Ramadhan 2020 Tiada Bazar Ramadhan Di Negeri Terengganu


Ramadhan 2020 Tiada Bazar Ramadhan Di Negeri Terengganu | Tiada Bazar Ramadhan di Terengganu. Berikut kenyataan media tiada Bazar Ramadhan di Negeri Terengganu. Kerajaan Negeri Terengganu memandang serius akan masalah Covid-19 yang sedang melanda negeri dan negara kita ketika ini


Kerajaan Negeri juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas komitmen tinggi rakyat negeri ini yang berjaya melepasi paras 95 peratus kepatuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan sejak 18 Mac lalu dan berharap komitmen rakyat ini akan berterusan hingga ke akhirnya

Memandangkan PKP telah dilanjutkan lagi sehingga 14 April depan, iaitu 10 hari sebelum Awal Ramadhan, dan mengambilkira suasana tidak menentu ketika ini, Kerajaan Negeri telah mengkaji kesesuaian pelaksanaan Bazar Ramadhan tahun ini

Ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula Virus Covid-19 sekaligus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya

Bagi mencapai hasrat pembasmian wabak ini secara total, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini *MEMBATALKAN* penganjuran Bazar Ramadhan tahun ini berasaskan kepada klasifikasi Bazar Ramadhan yang tidak termasuk dalam kategori 'essential services'. Perkara berkaitan pembatalan ini juga telah DIPERSETUJUI dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu Bagi Menangani Covid-19 Bil. 3/2020 pada 29 Mac 2020 dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu

Kerajaan Negeri juga menyarankan kepada para peniaga Bazar Ramadhan untuk membuat persediaan akibat pembatalan ini dengan mempertimbangkan alternatif-alternatif lain seperti berikut:-
i) mengusahakan pemasaran perniagaan secara dalam talian (online);
ii) perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk termasuk makanan;
iii) menggunakan platform seperti Grab Food, Food Panda atau yang seumpama dengannya; atau
iv) apa saja alternatif lain yang difikirkan sesuai

Kerajaan Negeri telah pun memperhalusi perkara ini dengan sebaiknya dan *Pembatalan ini dibuat setelah mengambilkira kemaslahatan kesihatan serta nyawa semua pihak*
Untuk rekod, Negeri Sembilan telah pun memutuskan untuk membatalkan penganjuran Bazar Ramadhan di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri tersebut sebagaimana pengumuman oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan pada 26 Mac baru-baru ini

Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi ujian ini

Marilah sama-sama kita berdoa agar negeri serta negara kita akan pulih sepenuhnya daripada Virus Covid-19 ini

Kepada Allah kita berserah

Salam hormat

'TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA'
*Y.B. DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK*Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu30 MAC 2020


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2020/03/ramadhan-2020-tiada-bazar-ramadhan-di-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Terengganu Batalkan Bazar Ramadhan 2020

Kerajaan Negeri Terengganu Batalkan Bazar Ramadhan 2020

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 302 hits
Assalamualaikum wbt Kerajaan Negeri Terengganu Batalkan Bazar Ramadhan 2020 KENYATAAN MEDIA BERKAITAN BAZAR RAMADHAN Gambar GoogleKerajaan Negeri Terengganu memandang serius akan masalah Covid 19 yang sedang melanda negeri dan negara kita k...
Covid 19 Tiada Bazar Ramadhan Di Terengganu Tahun Ini

Covid 19 Tiada Bazar Ramadhan Di Terengganu Tahun Ini

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 313 hits
Gambar HiasanKUALA TERENGGANU Kerajaan Terengganu hari ini mengambil keputusan membatalkan penganjuran bazar Ramadan di semua kawasan pihak berkuasa tempatan pada tahun ini bagi menangani penularan wabak koronavirus secara total Pembatalan ...
Bazar Ramadhan Bagi Tahun 2020 Dibatalkan Di Seluruh Negara Adalah Palsu

Bazar Ramadhan Bagi Tahun 2020 Dibatalkan Di Seluruh Negara Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 417 hits
SEBENARNYA RTM menafikan penyebaran berita palsu pembatalan bazar Ramadhan di seluruh negara SUMBER Facebook Rasmi RTM MAINKAN PERANAN ANDA Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan
Bazar Ramadhan Ada Tahun 2020 Ini

Bazar Ramadhan Ada Tahun 2020 Ini

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 620 hits
Penambahan tarikh Perintah Kawalan Penggerakan dari 1 April kepada 14 April semestinya menggusarkan semua pihak terutama peniaga peniaga kecil yang terjejas teruk dari PKP ini PKP ini juga membawa kepada persoalan selepas tamat tarikh ini B...
Koleksi Resipi 18 Menu Berbuka Puasa Menarik Sepanjang Ramadhan 2020

Koleksi Resipi 18 Menu Berbuka Puasa Menarik Sepanjang Ramadhan 2020

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 444 hits
by on March 29 2020 Tidak sampai sebulan lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan mulia Dalam kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan marilah sama sama kita doakan agar kita dapat menyambut Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran dan b...
Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya

Buffet Ramadhan 2020 Hotel Armada Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 561 hits
Ramadhan 2020 semakin menghampiri kta Ia merupakan bulan mulia yang dinanti nantikan umat Islam Ramai antara kita mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama sama tidak kiralah bersama teman rakan pejabat keluarga mahupun insan teristimewa da...
Covid 19 Terengganu Wujud Bazar Ramadan Online

Covid 19 Terengganu Wujud Bazar Ramadan Online

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 223 hits
KUALA TERENGGANU 30 Mac Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu akan menyediakan satu platform perniagaan online atau secara atas talian kepada peniaga Bazar Ramadan tahun ini Pengerusi Jawatankuasa Sumber Man...
Terengganu Batal Bazar Ramadan Gesa Peniaga Guna Alternatif Dalam Talian

Terengganu Batal Bazar Ramadan Gesa Peniaga Guna Alternatif Dalam Talian

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 296 hits
PETALING JAYA Kerajaan Terengganu memaklumkan tiada penganjuran bazar Ramadan di semua kawasan pihak berkuasa tempatan tahun ini bagi menangani penularan wabak Covid 19 Exco Kerajaan Tempatan Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Tere...
Covid 19 Prihatin 2020 Beri Kelegaan Kepada Rakyat Mb Terengganu

Covid 19 Prihatin 2020 Beri Kelegaan Kepada Rakyat Mb Terengganu

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 245 hits
KUALA TERENGGANU 28 Mac Menteri Besar Terengganu Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam amat melegakan sebahagian besar rak...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi