Covid 19 Tiada Bazar Ramadhan Di Terengganu Tahun Ini


Gambar Hiasan
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu hari ini mengambil keputusan membatalkan penganjuran bazar Ramadan di semua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada tahun ini bagi menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) secara total

Pembatalan itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semalam

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Dr Alias Razak berkata, arahan itu dimaklumkan kepada semua PBT berasaskan kepada klasifikasi bazar Ramadan tidak termasuk kategori 'essential services' atau perkhidmatan asas

“Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 14 April depan, iaitu 10 hari sebelum awal Ramadan dan mengambil kira suasana tidak menentu ketika ini, kerajaan negeri telah mengkaji kesesuaian pelaksanaan bazar Ramadan tahun ini

“Ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula virus Covid-19 sekali gus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya


“Kerajaan negeri telah pun memperhalusi perkara ini dengan sebaiknya dan pembatalan ini dibuat setelah mengambil kira kemaslahatan kesihatan serta nyawa semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Dr Alias turut menyarankan kepada peniaga bazar Ramadan membuat persediaan ekoran pembatalan itu dengan mempertimbangkan alternatif jualan lain seperti mengusahakan pemasaran perniagaan secara dalam talian

Beliau berkata, peniaga juga boleh melakukan perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk termasuk makanan, menggunakan platform seperti GrabFood, Foodpanda atau cara lain yang difikirkan sesuai

“Kerajaan negeri juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas komitmen tinggi rakyat negeri ini yang berjaya melepasi paras 95 peratus kepatuhan kepada PKP diisytiharkan oleh kerajaan Persekutuan sejak 18 Mac lalu dan berharap komitmen rakyat ini akan berterusan hingga ke akhirnya

“Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi ujian ini. Marilah sama-sama kita berdoa agar negeri serta negara kita pulih sepenuhnya daripada virus Covid-19 ini,” katanya

Sumber: Sinar Harian

from Sehinggit Media https://ift.tt/33WsKAm
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/03/covid-19-tiada-bazar-ramadhan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Terengganu Wujud Bazar Ramadan Online

Covid 19 Terengganu Wujud Bazar Ramadan Online

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 245 hits
KUALA TERENGGANU 30 Mac Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu akan menyediakan satu platform perniagaan online atau secara atas talian kepada peniaga Bazar Ramadan tahun ini Pengerusi Jawatankuasa Sumber Man...
Ramadhan 2020 Tiada Bazar Ramadhan Di Negeri Terengganu

Ramadhan 2020 Tiada Bazar Ramadhan Di Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 328 hits
Ramadhan 2020 Tiada Bazar Ramadhan Di Negeri Terengganu Tiada Bazar Ramadhan di Terengganu Berikut kenyataan media tiada Bazar Ramadhan di Negeri Terengganu Kerajaan Negeri Terengganu memandang serius akan masalah Covid 19 yang sedang melan...
Kerajaan Negeri Terengganu Batalkan Bazar Ramadhan 2020

Kerajaan Negeri Terengganu Batalkan Bazar Ramadhan 2020

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 330 hits
Assalamualaikum wbt Kerajaan Negeri Terengganu Batalkan Bazar Ramadhan 2020 KENYATAAN MEDIA BERKAITAN BAZAR RAMADHAN Gambar GoogleKerajaan Negeri Terengganu memandang serius akan masalah Covid 19 yang sedang melanda negeri dan negara kita k...
Bazar Ramadhan Ada Tahun 2020 Ini

Bazar Ramadhan Ada Tahun 2020 Ini

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 649 hits
Penambahan tarikh Perintah Kawalan Penggerakan dari 1 April kepada 14 April semestinya menggusarkan semua pihak terutama peniaga peniaga kecil yang terjejas teruk dari PKP ini PKP ini juga membawa kepada persoalan selepas tamat tarikh ini B...
Bazar Ramadhan Bagi Tahun 2020 Dibatalkan Di Seluruh Negara Adalah Palsu

Bazar Ramadhan Bagi Tahun 2020 Dibatalkan Di Seluruh Negara Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 442 hits
SEBENARNYA RTM menafikan penyebaran berita palsu pembatalan bazar Ramadhan di seluruh negara SUMBER Facebook Rasmi RTM MAINKAN PERANAN ANDA Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan
Covid 19 Atlet Sukma Terengganu Dibantu

Covid 19 Atlet Sukma Terengganu Dibantu

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 206 hits
BAGI memastikan kebajikan atlet Sukan Malaysia Terengganu terjaga Majlis Sukan Negeri Terengganu menghulurkan bantuan barangan keperluan kepada mereka semalam Timbalan Pengarah MSNT Ahmad Shahrizal Yahya berkata seramai 200 atlet termas
Dakwaan Pihak Polis Hantar Pesakit Suspek Covid 19 Balik Ke Rumah Di Marang Terengganu Adalah Palsu

Dakwaan Pihak Polis Hantar Pesakit Suspek Covid 19 Balik Ke Rumah Di Marang Terengganu Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 288 hits
SEBENARNYA Polis menafikan pesakit suspek koronovirus dihantar pulang ke rumah seperti yang ditularkan di media sosial Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata sejak semalam 30
Terengganu Nafi Berita Tular 30 Kes Jangkitan Covid 19 Dari Majlis Tahlil

Terengganu Nafi Berita Tular 30 Kes Jangkitan Covid 19 Dari Majlis Tahlil

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 233 hits
KUALA TERENGGANU Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menafikan satu kenyataan yang tular di aplikasi WhatsApp kononnya terdapat 30 kes jangkitan Covid 19 di Kampung Durian Burung di sini yang didakwa berpunca daripada satu majlis tahlil Dr ...
Cara Semak Gula Dalam Darah Di Rumah

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Pengalaman Mengajar Bahasa Inggeris Peringkat Spm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa

Perfume Dah Tinggal Botol Kosong

Usik Bawa Lari Bola Pm Anwar Sempat Bergurau Dengan Kanak Kanak Di Surau

Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat

Dua Kanak Kanak Lelaki Lemas Terjatuh Parit

The Forgotten Engineers Of The Roman Empire Builders Of Civilization