Terbongkar Campur Tangan Hakim Tertinggi Kes Liwat Anwar


Dalam pendedahan menggemparkan hari ini, Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer mendakwa hakim-hakim tertinggi negara berkali-kali memanggil panel hakim Mahkamah Rayuan kes perbicaraan Liwat II Presiden PKR Anwar Ibrahim dan memberi arahan tindakan yang perlu dilakukan.
Pendedahan itu antara beberapa dakwaan campur tangan dalam institusi kehakiman yang didedahkan Hamid dalam afidavit sokongan terhadap permohonan peguam Sangeet Kaur Deo untuk mengisytiharkan bahawa ketua hakim negara gagal mempertahankan integriti dan kredibiliti badan kehakiman.
“Hakim (Tertinggi Mahkamah Rayuan) tersebut memberitahu saya bahawa koram Mahkamah Rayuan telah dipanggil ke ruang hakim tertinggi berkali-kali dan diberi arahan atas apa yang harus dilakukan.
“Terdapat lebih banyak lagi yang saya ingin katakan berhubung dengan ini, tetapi saya akan menyimpannya untuk mengatakannya kepada RCI (suruhanjaya siasatan diraja),” katanya dalam afidavit berkenaan yang turut dilihat Malaysiakini.
Hamid turut mengesahkan dakwaan peguam Haniff Khatri bahawa seorang hakim tertinggi masuk campur dalam kes di bawah Akta Hasutan melibatkan bekas pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh.
Beliau merujuk hakim tertinggi yang didakwanya terlibat masuk campur kes berkenaan sebagai “ARLC”.
“Maklumat kedua sebenarnya adalah pengakuan salah satu jenayah perlembagaan yang dirancang oleh ARLC.
“Hakim yang memaklumkan kepada saya adalah ahli koram Karpal dalam kes hasutan. Beliau berkata keputusan Mahkamah Rayuan sebelum pengumuman itu adalah untuk membebaskan secara majoriti
“Bagaimanapun, seorang hakim tertinggi memanggil koram dan meminta untuk menolak rayuan tersebut, yang bermaksud bahawa sabitan itu akan berdiri (kekal). 

“Hakim wanita yang merupakan salah satu ahli koram dan majoriti pada masa itu enggan mematuhi arahan tersebut.
“Namun, hakim yang lain bersetuju untuk menukar keputusan untuk membebas kepada sabitan. Akibatnya majoriti menegaskan sabitan itu.
“Hakim senior tersebut juga memberitahu saya bahawa hakim-hakim tertinggi telah mencampuri urusan kehakiman dan beliau sangat kecewa alas tingkah laku yang diadunya yang mana telah menjejaskan integriti badan kehakiman itu sendiri.
“Terdapat lebih banyak lagi yang saya ingin katakan berhubung dengan ini tetapi saya akan menyimpannya untuk mengatakannya kepada RCI,” katanya.
Tambah Hamid lagi, kes pertama membawanya kepada masalah adalah keputusannya mengenai keperlembagaan Seksyen 27 Akta Polis 1967, yang menetapkan permit polis diperlukan mengadakan perhimpunan.
Akta berkenaan telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Damai 2012.
Dalam hal berkenaan, jelas Hamid, mahkamah perbicaraan telah mensabitkan tertuduh dan rayuan kemudian dibuat di hadapan Mahkamah Rayuan, di mana beliau salah seorang ahli koram.
Hamid mendakwa, dia diminta Merangka penghakiman mahkamah dan mengedarkannya kepada ahli-ahli koram lain untuk kelulusan mereka.
“Saya menulis penghakiman yang menyatakan kewibawaan yang berkaitan dengan supremasi perlembagaan dan menyimpulkan bahawa seksyen itu tidak berperlembagaan.
“la adalah kali pertama dalam sejarah kehakiman kami yang berkaitan dengan Akta Polis yang dimansuhkan.
“Apabila peredaran draf ahli koram dibuat, draf tersebut telah diluluskan oleh satu ahli.
“Walau bagaimanapun, ahli yang lain memaklumkan bahawa beliau tidak bersetuju dan akan menulis drafnya dan mengedarkannya.
“Selepas beberapa ketika ahli itu mengedarkan drafnya, satu mesyuarat diadakan untuk membincangkan draf tersebut.
“Ini adalah prosedur biasa untuk menerangkan mengapa draf ahli tersebut harus membentuk keputusan sebulat suara atau majoriti.
“Perbincangan sedemikian dibenarkan. Apa yang tidak dibenarkan ialah untuk satu ahli untuk meletakkan tekanan luar yang tidak berkaitan dengan undang-undang untuk meyakinkan seorang hakim untuk menerima drafnya.
“Semasa perbincangan, ahli yang membuat dugaan yang tidak setuju dengan saya memberitahu ahli lain “if you follow Hamid’s draft it will create Arab Spring and there will be unrest to topple the government’. (‘Jika kamu ikut draf Hamid, ia akan menyebabkan Arab Spring dan akan ada usaha menjatuhkan kerajaan’),” katanya.
Hamid berkata, apabila dia enggan mengubah pendiriannya, salah seorang hakim memberitahu bahawa dia tiada masa depan dalam kehakiman jika bersikap seperti itu.
Susulan kejadian itu, Hamid berkata ketua hakim ketika itu memanggilnya untuk bermesyuarat dan memberitahu bahawa “sekiranya kerajaan tidak suka dengan kamu, jika saya cadangkan kamu dinaik pangkat, ia akan ditolak”.
“Jawapan saya adalah saya tidak mencari masa depan dalam kehakiman tapi untuk melakukan tugas saya seperti ketika saya angkat sumpah memegang jawatan,” katanya.
Hamid turut mendakwa, koramnya dipanggil “ARLC” dalam keputusan penghakiman kes Indira Gandhi.
“Teguran yang dibuat terhadap saya oleh ARLC dan kegagalan berterusan hakim-hakim tertinggi serta hakim lain yang saya akan jelaskan kemudian bersama-sama dengan perkara-perkara lain yang melemahkan integriti dan kebebasan badan kehakiman, yang mewajibkan RCI,” katanya. -mk


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sabahdaily.com/2019/02/terbongkar-campur-tangan-hakim-tertinggi-kes-liwat-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Teliti Afidavit Campur Tangan Hakim

Sprm Teliti Afidavit Campur Tangan Hakim

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 207 hits
Feb 18 2019 0 Comments PUTRAJAYA ndash Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan meneliti maklumat afidavit se
Nik Nazmi Lapor Polis Dakwaan Campur Tangan Kes Himpunan Black 505

Nik Nazmi Lapor Polis Dakwaan Campur Tangan Kes Himpunan Black 505

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 270 hits
Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan salah laku hakim hakim tertentu yang didedahkan dalam afidavit Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer Nik Nazmi berkata laporan polis t...
Campur Tangan Menteri Ekonomi Di Belakang Jokowi

Campur Tangan Menteri Ekonomi Di Belakang Jokowi

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 171 hits
Kubu petahana tidak banyak melibatkan pakar dan akademisi dari luar lingkaran Semua menteri terkait dengan tema debat memberi pasokan materi
Panas Anwar Jawab Isu Pas Tak Sokong Umno Ini Hanya Naratif Pas Untuk Elak Kes Rm90 Juta

Panas Anwar Jawab Isu Pas Tak Sokong Umno Ini Hanya Naratif Pas Untuk Elak Kes Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 358 hits
Panas Anwar Jawab Isu Pas Tak Sokong Umno Ini Hanya Naratif Pas Untuk Elak Kes Rm90 Juta
Malu Apa Bossku Untuk Alih Perhatian Kes Korupsi Penganalisis

Malu Apa Bossku Untuk Alih Perhatian Kes Korupsi Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 416 hits
Malu apa bossku untuk alih perhatian kes korupsi PenganalisisPosted By on February 06 2019Kerancakan Najib Razak dalam media sosial dan kerap tampil di tempat awam sejak kebelakangan ini merupakan usaha bekas perdana menteri itu untuk menai...
Bekas Pegawai Bank Mengaku Salah Kes Pecah Amanah Wang Pelanggan

Bekas Pegawai Bank Mengaku Salah Kes Pecah Amanah Wang Pelanggan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 470 hits
KUALA LUMPUR Seorang bekas penolong pengurus sebuah bank mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang pelanggan berjumlah RM715 000 dua tahun lepas Loading S Sugunan 46 membuat pe...
Tujuh Individu Di Kehendaki Bantu Siasatan Kes Tipu Jurujual

Tujuh Individu Di Kehendaki Bantu Siasatan Kes Tipu Jurujual

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 267 hits
KUANTAN Tujuh individu termasuk tiga wanita dikehendaki polis untuk siasatan berhubung kes penipuan terhadap seorang jurujual hingga mangsa kerugian RM136 000 kelmarin Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir...
Clare Yang Minta Supaya Kes Tidak Dipanjangkan Dan Selesai Di Luar Mahkamah

Clare Yang Minta Supaya Kes Tidak Dipanjangkan Dan Selesai Di Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 307 hits
Menjelang PRK Semenyih yang bakal menyaksikan kerjasama PAS UMNO dilihat berpotensi besar untuk melupuskan PPBM dan Pakatan di kerusi DUN tersebut semakin kerap dan semakin banyak pula fitnah yang dibuat oleh Melayu Melayu yang menjadi maca...
Sprm Siasat Kes Derma Rm90 Juta

Sprm Siasat Kes Derma Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 337 hits
SPRM diharap siasat Keadilan perlu ditegakkan Isu terima RM90 juta isu antarabangsa
Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama My Stolen First Kiss

Emy Yusuf Feat Driant Kenyang Beraya Chord

Dani Kurama Sumpah Kali Ini Chord

Kedai Mamak Sorok Minyak Masak And Then

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Aafiyah Minta Datuk Siti Nurhaliza Doa Supaya Dapat Adik Perempuan Di Makkah Curi Perhatian Warga Maya