Clare Yang Minta Supaya Kes Tidak Dipanjangkan Dan Selesai Di Luar Mahkamah



(The Devoured Saviour) – Menjelang PRK Semenyih yang bakal menyaksikan kerjasama PAS-UMNO dilihat berpotensi besar untuk melupuskan PPBM dan Pakatan di kerusi DUN tersebut, semakin kerap dan semakin banyak pula fitnah yang dibuat oleh Melayu-Melayu yang menjadi macai dan orang suruhan DAP.
Dan sudah tentulah sasaran mereka adalah terhadap PAS. Mereka berasakan dan menganggap, kebanyakan orang Melayu khususnya, tidak tahu apa yang berlaku di London membabitkan proses perundangan antara PAS dan Presiden PAS dengan penfitnah tersohor belaan Mahathir, Clare Rewcastle-Brown.
Kalau kita rajin mengelebek page-page di Facebook khususnya, terutama sekali yang didominasi oleh puak-puak PAN dan PPBM, mereka sekarang sedang membangkitkan kononnya, persetujuan penyelesaian luar mahkamah oleh PAS dan Presidennya dengan Clare membuktikan bahawa tuduhan Clare adalah benar. PAS kata mereka tersangat takut dan akhirnya meminta agar penyelesaian tersebut dibuat di luar mahkamah kerana kalau dibicarakan dan diteruskan, banyak temberang dan rahsia besar PAS membantu Najib menyonglap duit 1MDB akan terbongkar.
Hakikatnya, seperti yang disebutkan oleh Setiausaha Politik Presiden PAS yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri fitnah yang dilemparkan oleh macai-macai dan Melayu-Melayu suruhan DAP itu, terlalu jauh daripada hakikatnya.
Yang meminta kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah adalah Clare Rewcastle-Brown selepas 75% laporan pembelaannya ditolak oleh hakim menerusi penghakiman interlokutori. Clare takkan meminta supaya kes diselesaikan di luar mahkamah kalau dia yakin dia boleh menang. Dia hanya meminta penyelesaian tersebut selepas 75% hujah pembelaannya ditolak. Malahan Clare sendiri mengakui bahawa dia tidak ada bukti selain daripada ‘widespread suspicion’.
Kes PAS vs Clare di London kurang mendapat perhatian apabila perhatian di Malaysia lebih terarah kepada berpuluh-puluh pendakwaan dibuat terhadap Najib yang kesudahannya Peguam Negara belum menyiapkan kertas pendakwaan dan kertas siasatan.
Sebenarnya sesi pendengaran kes telah berlangsung selama 4 jam di hadapan Hakim Dingermans di Mahkamah Tinggi London pada 20 April 2018.

Dalam sesi pendengaran tersebut, mahkamah menolak kenyataan pembelaan Sarawak Report dan permohonan Clare untuk meminda pembelaan. Mahkamah kemudiannya memerintahkan Clare untuk membayar kos guaman sebanyak £41,400 (RM 227,700.00) kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Secara rasminya, mahkamah telah menolak keseluruhan pengakuan kebenaran Clare. Atau dalam bahasa yang lebih  mudah, Abdul Hadi Awang mempunyai asas yang kuat untuk terus mengemukakan saman terhadap defendan.
Clare juga secara rasmi telah meninggal-biarkan permohonannya untuk meminta pembelaan ‘kebenaran’nya bagi menggunakan rakaman audio satu kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga bekas Ahli Parlimen Pasir Mas. Defendan kemudiannya memberikan gambaran bahawa dia cuba dan berhasrat untuk mengemukakan lagi deraf pembelaan berkenaan rakaman audio yang merupakan cubaan kali ketiga bagi pembelaan ‘kebenaran’nya.
Hakim juga turut menolak cubaan melewat-lewatkan perbicaraan oleh defendan apabila defendan cuba memohon perintah mahkamah supaya diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan yang dikatakannya tidak merujuk kepada Presiden PAS.
Pasukan peguam Presiden PAS menolak cadangan tersebut yang bagi mereka hanyalah bertujuan dan cubaan untuk defendan lari dari isu sebenar kes di dalam perbicaraan.
Perkembangan inilah yang menggambarkan kekalahan awal Clare dan Sarawak Report. Hal ini juga ditunjukkan melalui perintah Hakim untuk defendan membayar £41,400 (RM227,700.00) sebagai kos bayaran guaman Presiden PAS yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari.
Hakim kemudiannya menetapkan tarikh pengurusan kes dan tarikh perbicaraan iaitu pada awal April 2019.
Keputusan PAS dan Presidennya untuk melakukan penyelesaian di luar mahkamah dengan Clare seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media oleh Setiausaha Politik Presiden PAS sekarang, Shahir Sulaiman walaupun PAS dan Presidennya mempunyai peluang cerah untuk menang dalam perbicaraan pada April 2019 nanti, tidak lain dan tidak bukan adalah sama seperti ketika Raja Nong Chik menarik balik pertuduhan dan saman ke atas Nurul Izzah untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah.
Dengan kata lain, Clare telah mengakui dia adalah seorang penfitnah dan semua cerita-cerita buruknya tentang PAS dan Presiden PAS tidak lebih daripada cerita dongeng semata-mata. Penghakiman Interlokutori sudah jelas dan terang.
Justeru, tidak perlulah macai-macai DAP dan Melayu-Melayu suruhan DAP berterusan mencipta fitnah kononnya, persetujuan penyelesaian luar mahkamah tersebut adalah disebabkan PAS takut!
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/02/05/clare-yang-minta-supaya-kes-tidak-dipanjangkan-dan-selesai-di-luar-mahkamah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Selesai Kes Saman Editor Sarawak Report Di Luar Mahkamah

Hadi Selesai Kes Saman Editor Sarawak Report Di Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 346 hits
MALAYSIAKINI Presiden PAS Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown di luar mahkamah di London United Kingdom Hal ini dimaklumkan Setiausaha Politik kepada presiden PAS Sy...
Pas Bayar Sarawak Report Rm2 Juta Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah

Pas Bayar Sarawak Report Rm2 Juta Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 412 hits
Saman SR Dedahkan Terma London1 Maafkan saya kerana memberikan ulasan lanjut terhadap fiasco penarikan saman fitnah Presiden Pas yang berakhir dengan kredibiliti Pas semakin dipersoalkan Bermakna persetujuan penyelesaian itu nampaknya terde...
Selesai Luar Mahkamah Adakah Pas Akui Artikel Sarawak Report Soal Mp

Selesai Luar Mahkamah Adakah Pas Akui Artikel Sarawak Report Soal Mp

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 352 hits
Diterbitkan Hari ini 9 09 pagiAnggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempersoalkan sama ada tindakan PAS tidak meneruskan saman terhadap Sarawak Report menunjukkan dakwaan laman itu bahawa ada pemimpinnya menerima dana RM90 juta sebagai usaha ...
Hadi Terima Penyelesaian Luar Mahkamah Kes Saman Fitnah Terhadap Claire Rewcastle Brown

Hadi Terima Penyelesaian Luar Mahkamah Kes Saman Fitnah Terhadap Claire Rewcastle Brown

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 422 hits
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat ketetapan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dalam kes saman beliau terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown Setiausaha politik presiden PAS Syahir Sulaiman dalam k...
Februari Harga Tiket Pesawat Domestik Tetap Lebih Mahal Dibanding Luar Negeri

Februari Harga Tiket Pesawat Domestik Tetap Lebih Mahal Dibanding Luar Negeri

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 324 hits
Pengamat penerbangan Alvin Lie menilai bahwa murahnya harga tiket pesawat keluar negeri dikarenakan adanya beragam program promo dari pihak maskapai Promo lanjutnya wajar dilakukan pihak maskapai karena jumlah penumpang keluar negeri lebih ...
Bpn Sebut Logika Wali Kota Semarang Soal Jalan Tol Di Luar Akal Sehat

Bpn Sebut Logika Wali Kota Semarang Soal Jalan Tol Di Luar Akal Sehat

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 268 hits
Juru Bicara Badan Pemenangan Nasional Prabowo Subianto Sandi Uno Suhendra Ratu Prawiranegara menegaskan bahwa jalan tol adalah milik semua rakyat Tidak bisa diklaim milik penguasa tertentu atau dijadikan alat politik untuk mempertahankan ke...
Tips Cawapres Ma Ruf Amin Tetap Bugar Meski Jadwal Kampanye Di Luar Kota Padat

Tips Cawapres Ma Ruf Amin Tetap Bugar Meski Jadwal Kampanye Di Luar Kota Padat

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 225 hits
Jika Jokowi mengaku selalu konsumsi jamu setiap pagi Ma ruf malah sebaliknya Dia tidak diperbolehkan mengonsumsi minuman tradisional tersebut
Sekjen Pdip Sebut Fadli Zon Contoh Degradasi Kepemimpinan Yang Luar Biasa

Sekjen Pdip Sebut Fadli Zon Contoh Degradasi Kepemimpinan Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 232 hits
Hasto mengapresiasi puisi yang dibacakan anak perempuan yang masih bersekolah SMP kelas 1 Dia malah membandingkan hobi berpuisi Wakil Ketua DPR Fadli Zon Menurut Hasto puisi politisi Gerindra itu tanpa kebudayaan karena berisi makian
Pancake Je Pun Tapi Luar Biasa Hasilnya Pasti Sayang Nak Makan

Pancake Je Pun Tapi Luar Biasa Hasilnya Pasti Sayang Nak Makan

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 431 hits
Bagi yang dah biasa makan pancake dalam kepala mesti terbayang bentuk bulat warna coklat Lain pula hal nya dengan tukang buat pancake pelik ni Ada bermacam rupa dan warna tau Menerusi akaun instagram Tiger Tomato yang mempunyai lebih 300 RI...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik