Nik Nazmi Lapor Polis Dakwaan Campur Tangan Kes Himpunan Black 505


Shakira Buang 
   
Anggota Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan salah laku hakim-hakim tertentu yang didedahkan dalam afidavit Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer.

Nik Nazmi berkata, laporan polis tersebut dibuat bagi merujuk secara spesifik kes yang melibatkan dirinya di bawah Akta Perhimpunan Aman berhubung Himpunan Black 505, pada 2013.

“Saya rujuk kepada kes saya secara spesifik kerana ada dalam perenggan 86 ke-90 afidavit tersebut, Hamid memaklumkan tentang kes Himpunan Black 505 saya.

“Jadi, saya rujuk kepada perkara itu dan sekarang masuk akal apabila berkali-kali saya didakwa walaupun saya telah dibebaskan serta cubaan untuk menghalang pimpinan pembangkang (Pakatan Harapan) ketika itu untuk bertanding pilihan raya,” katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.

Nik Nazmi pada Disember 2016 mengaku bersalah kerana tidak memberi notis 10 hari untuk mengadakan perhimpunan Black 505 yang diadakan beberapa hari selepas pilihan raya umum ke-13.

Timbalan pendakwa raya K Mangai ketika itu mahukan Nik Nazmi didenda RM5,000, iaitu jumlah denda yang jika dibenarkan mahkamah akan menyebabkan hilang kelayakan bertanding dalam PRU ke-14.

Bagaimanapun, pada 17 2018, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan diketuai Mohtarudin Baki menolak rayuan pihak pendakwaan dan sebaliknya mengekalkan denda RM1,500 yang membolehkan Nik Nazmi bertanding.
Himpunan Black 505 pada 201314 Febuari lalu, Hamid mengemukakan afidavit setebal 63 halaman yang mendedahkan butiran maklumat berhubung campur tangan hakim-hakim tertentu dalam beberapa kes melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang merupakan pembangkang ketika itu.

Dalam afidavitnya, Hamid turut menamakan seorang hakim tertinggi sebagai "ARLC".

"Akibat keterlaluan (dakwaan melanggar) keperlembagaan yang dikatakan, terdapat peluang untuk mendakwa ahli-ahli pembangkang yang penting yang mengakibatkan sesetengah daripada mereka tidak dapat bertanding dalam pilihan raya.

"Kesan bersih kes Nik Nazmi membuat ramai hakim Mahkamah Persekutuan tidak suka kepada saya yang masih berterusan," kata Hamid dalam afidavit itu.

Tubuh RCI serta-merta Sementara itu, Nik Nazmi hari ini mengulangi gesaan agar pihak berkuasa menyiasat dakwaan Hamid.

Jelasnya, meskipun penubuhan RCI adalah atas keputusan kabinet, laporan polis yang dibuatnya adalah sebagai gesaan kepada pihak berkuasa agar mengambil serius dakwaan salah laku berkenaan.

"(Dakwaan salah laku) ini melibatkan sistem kehakiman kita yang paling teras. Maknanya, orang perlu ada keyakinan bahawa sistem kehakiman kita ini bebas serta tidak ada berlaku permainan politik sebegini.

“Tetapi kita lihat, prinsip-prinsip asas kebebasan kehakiman telah dirosakkan sekian lama seperti yang kita tahu, tapi ini adalah pendedahan yang amat mendalam oleh seorang hakim mahkamah rayuan,” katanya.

Sementara itu, mengulas kenyataan Mahathir bahawa kerajaan akan mengkaji terlebih dahulu penubuhan RCI terbabit, Nik Nazmi menegaskan tidak ada keperluan untuk kerajaan berbuat demikian.
Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu BackerSebaliknya, tegas Nik Nazmi, penubuhan RCI itu perlu dibuat serta merta kerana ia melibatkan kepercayaan orang awam kepada sistem kehakiman negara.

“Perkara (RCI) ini perlu dibuat serta-merta sebab sistem kehakiman ini ialah satu perkara...yang juga melibatkan kes-kes Dr Mahathir ketika beliau keluar daripada Umno ada disebut, yang mana cuba dihalang oleh kerajaan ketika itu.

“Jadi, bagi saya tak perlu (dikaji) dan ini bukan soal parti dan sebagainya tetapi soal keadilan. Bagi saya itu (RCI) adalah sangat penting untuk orang kembali yakin dan percaya kepada sistem kehakiman negara kita,” tambahnya.

Terdahulu Nik Nazmi tiba di IPD Dang Wangi sekitar 10.00 pagi dan keluar selepas hampir dua jam berada di balai tersebut.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/nik-nazmi-lapor-polis-dakwaan-campur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terbongkar Campur Tangan Hakim Tertinggi Kes Liwat Anwar

Terbongkar Campur Tangan Hakim Tertinggi Kes Liwat Anwar

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 521 hits
Dalam pendedahan menggemparkan hari ini Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer mendakwa hakim hakim tertinggi negara berkali kali memanggil panel hakim Mahkamah Rayuan kes perbicaraan Liwat II Presiden PKR Anwar Ibrahim dan memberi a...
Individu Minta Polis Siasat Dakwaan Saksi Rakaman Audio Nik Abduh

Individu Minta Polis Siasat Dakwaan Saksi Rakaman Audio Nik Abduh

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 488 hits
Diterbitkan Hari ini 5 28 petangSeorang lelaki hari ini tampil membuat laporan polis berhubung tuduhan seorang pengguna Facebook mengenai rakaman audio yang didakwa melibatkan pemimpin PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Che Amir Farid Che...
Kes Cubaan Culik Di Wakaf Tembesu Ini Penjelasan Polis

Kes Cubaan Culik Di Wakaf Tembesu Ini Penjelasan Polis

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 393 hits
KUALA TERENGGANU Polis menafikan berlakunya kes cubaan culik di kawasan perumahan Wakaf Tembesu Kuala Nerus oleh dua lelaki yang menaiki van jenis Urban pada Khamis lalu sebagaimana yang tular dalam media sosial Ketua Polis Daerah Kuala Ter...
Dakwaan Serang Syed Saddiq Polis Tahan Papagomo

Dakwaan Serang Syed Saddiq Polis Tahan Papagomo

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 507 hits
Bernama KUALA LUMPUR Penulis blog kontroversi Papagomo ditahan di sekitar Wangsa Maju hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa beliau dikasari dan diugut blogger berken...
Dr Muhammad Atiullah Lapor Polis Isu Pas Terima Duit Umno

Dr Muhammad Atiullah Lapor Polis Isu Pas Terima Duit Umno

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 743 hits
Berani sungguhSAYA DAH BUAT LAPORAN POLIS DENGAN PERMOHONAN SUPAYA DIMAJUKAN KPD SPRM JUGA TENTANG TUDUHAN BAHAWA YB USTAZ NIK MUHAMMAD ABDUH PERNAH MENGAKU DIHADAPAN 40 SAKSI BAHAWA BELIAU PERNAH MENERIMA DUIT RASUAH DARI UMNO Laporan di b...
Campur Tangan Menteri Ekonomi Di Belakang Jokowi

Campur Tangan Menteri Ekonomi Di Belakang Jokowi

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 258 hits
Kubu petahana tidak banyak melibatkan pakar dan akademisi dari luar lingkaran Semua menteri terkait dengan tema debat memberi pasokan materi
When Boiling Eggs Does Adding Salt Really Do Anything Beneficial For The Eggs

Woman Who Tried To Hug Perak Ruler Charged With Assault

Blood Moon Draws Crowd To National Planetarium Despite Cloudy Skies

Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

Dahulu Pergi Sekarang Tidak Lagi

Buasir Otak Tv Bila Budak Cakap Ayam Boleh Terbang

Kerajaan Pihak Industri Perlu Bertindak Metro Ahad 07 09 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berehat Seketika Dari Tulis Artikel Seo

Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Johor Wau Bulan Di Muzium Layang Layang Pasir Gudang

Resipi Sayur Lemak Putih Tauge

First Time Lunch Date Sempena Hari Lahir Ke 56

Bermain Sambil Belajar Ilmu Kewangan Di Mortgagecalculator Org