Tentera Bawang Serang Fb Paralympic Games
270119
LONDON - Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menarik balik hak Malaysia selaku penganjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya berlangsung di Kuching, Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos depan.
Keputusan tersebut diputuskan oleh ahli lembaga IPC dalam satu mesyuarat yang diadakan di London ekoran keengganan Malaysia yang tidak membenarkan atlet renang para Israel mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.
Susulan dari itu tentera bawang negara telah bersatu hati 'menyerang' laman fb milik badan induk itu...kikiki
Klik di sini untuk sertai sama2 membawang...hahaha
Presiden IPC, Andrew Parsons berkata, mana-mana negara yang dilantik dalam menganjurkan kejohanan tertentu harus bersifat terbuka dengan membenarkan atlet yang layak beraksi dengan bebas mewakili negara masing-masing.
“Apabila penganjur kejohanan menafikan hak sebilangan atlet dalam menyertai kejohanan berkenaan atas beberapa sebab politik, kami tidak mempunyai cara lain selain mencari penganjur baharu.
“Pada September 2017 apabila IPC menandatangani kontrak dengan Majlis Paralimpik Malaysia tentang hak penganjuran kejohanan ini, kami telah bersetuju untuk memastikan semua atlet yang layak bersaing boleh mengambil bahagian termasuk jaminan keselamatan para atlet.
“Ketika ini kami akan mencari penganjur baharu untuk kejohanan ini yang juga pentas untuk melayakkan diri ke temasya Paralimpik di Tokyo 2020, Jepun. Kami akan memastikan tarikh serta syarat yang ditetapkan untuk kejohanan ini kekal,” katanya dalam satu kenyataan di London, semalam.
Sebelum ini Malaysia melalui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding di kejohanan tersebut disebabkan dasar luar negara yang tidak mengisytiharkan Israel sebagai negara yang sah.
Kira-kira 600 atlet dari 60 negara dijangka akan mengambil bahagian beraksi di kejohanan Renang Para Punia 2019. - Agensi
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG! PASANG CCTV MURAH JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI! PERCUMA BUKU PANDUAN! SILA KLIK SINI! Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift! ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA! JANGAN BERASMARA DEPAN CCTV Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com Biaqpila...apa ada hal.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://biaqpila.blogspot.com/2019/01/tentera-bawang-serang-fb-paralympic.html