Tempat Tempat Menarik Destinasi Pelancongan Dalam Negeri Johor
Bagi anda yang suka melancong, ada banyak destinasi yang menarik dan unik yang boleh dilawati di dalam negara terutamanya dalam negeri masing-masing. Sekiranya anda adalah warga negeri Johor, ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi dan ada juga tempat yang anda tak pernah dengar, anda boleh mula melawati kawasan tersebut. Ya la, sekarang ni kan tak boleh lagi nak ke luar negara kerana pandemik covid-19 masih belum pulih di seluruh dunia. Lagipun melancong di dalam negara amatlah mudah, tak perlu tukar wang asing dan makanan pun senang nak telan. Almaklum, negeri sendiri. Maka, melanconglah dalam negeri sendiri dulu kemudian barulah pergi negeri lain. Hehe.
Negeri Johor ada 10 daerah di dalamnya iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Mersing, Muar, dan Tangkak.
Pilih lah mana-mana daerah yang anda hendak lawati dan rancang perjalanan anda dengan sebaiknya. Kenali daerah-daerah di negeri anda, kemudian boleh lah pula melawat negeri lain. Orang kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Hehe.
Tempat-Tempat Menarik Destinasi Pelancongan Dalam Negeri Johor
Sebagai rujukan dan kemudahan anda semua, saya senaraikan di bawah ini destinasi pelancongan yang menarik di dalam negeri Johor:
1. Legoland2. Dataran Penggaram3. Masjid Sultan Abu Bakar4. Bangunan Sultan Ibrahim5. Muzium Kota Tinggi6. Taman Negara Endau-Rompin7. Kuso Trick Art Gallery8. Angry Birds Activity Park9. Desaru Coast Adventure Waterpark10. The Little Big Club11. Austin Heights Water & Adventure Park12. Sanrio Hello Kitty Town13. Puteri Harbour Indoor Park14. Kluang Coffee Powder Factory15. Ayer Hitam16. Johor Premium Outlet17. Istana Bukit Serene18. Taman Merdeka19. Zenxin Organic Park20. Gunung Lambak21. Kota Tinggi Firefly Park22. Air Terjun Gunung Ledang23. Dinasour Alive Water Theme Park24. Desaru Fruit Farm25. UK Agro Resort26. Taman Buaya Teluk Sengat27. Ladang Burung Unta28. Zoo Johor29. Pulau Dayang30. Pulau Pemanggil31. Pulau Rawa32. Bangunan Dato' Jaafar Muhammad33. Muzium Nenas34. Kulim Eco Trail Retreat35. Gunung Ledang36. Air Terjun Kota Tinggi37. Danga Bay38. Teluk Mahkota39. Pantai Desaru 40. Pantai Stulang Laut41. Pulau Tinggi42. Pulau Aur43. Hutan Lipur Gunung Pulai44. Pulau Besar45. Pulau Kukup46. Taman Awam Hutan Bandar47. Bazar Karat48. Muzium Warisan Tiong Hua49. Muzium Nenas50. Pantai Air Papan, Mersing51. HOME SWEET HOME.. 😊😊
Itulah antara destinasi pelancongan dalam negeri Johor yang boleh anda kunjungi bsrsama anak-anak dan keluarga tersayang. Jika anda ada tempat-tempat menarik yang ingin di kongsi, bolehlah tambah di bahagian komen di bawah. Saya akan update senarai ini dari semasa ke semasa
Jaga diri, jaga kebersiham negeri kita. Kalau tidak kita, siapa lagi. Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/06/tempat-tempat-menarik-destinasi.html