10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Best


SOURCE : 10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang Best appeared first on Mypt3.
10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang Best

Terdapat pelbagai tarikan yang sesuai dan menarik untuk keluarga beriadah di kawasan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan. Pada entri kali ini kami akan berkongsikan senarai 10 tempat menarik di Kuala Lumpur yang sesuai untuk membawa anak-anak dan keluarga beriadah. Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di Kuala Lumpur ini.
Kebiasaannya hujung minggu sentiasa dinantikan untuk meluangkan masa bersama. Terdapat tempat yang mengenakan bayaran, namun masih juga terdapat beberapa tempat yang percuma. Pokok pangkalnya, kasih sayang antara anak dan keluarga tercinta dapat dieratkan dengan aktiviti sebegini. Tambahan pula, anak-anak selalunya sukakan aktiviti supaya dapat merasai nikmat cuti yang sebenarnya.
Terdapat beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda bawa anak-anak anda. Terdapat beberapa tempat yang telah kami jejak bersama dan ada juga yang masih belum berkesempatan.
Jom lihat senarai yang patut dikunjungi.
10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur Sesuai Dikunjungi Keluarga 1. District 21 Ia terletak di dalam kawasan IOI Putrajaya Mall. Ia penuh dengan aktiviti yang penuh mencabar dan berskala agak besar. Rasanya kawasan aktiviti sebegini lahir dari rancangan seperti Ninja Warriors yang ditayangkan di televisyen.
Sememangnya hero kecil akan selalu berangan untuk melakukan aktiviti sebegitu. Terdapat beberapa tarikan menarik di sini seperti Power Station, The Maze, Sky Trail untuk mencuba wall climbing, Roller Glider.
Yang menariknya di sini, pengalaman boleh turut dirasai oleh anak-anak kecil juga kerana juga dibina untuk saiz mereka. Pendek kata kawasan ini memang sesuai untuk semua peringkat umur.
Anak-anak amat digalakkan untuk dibawa ke sini kerana dengan fasiliti yang disediakan pasti adrenalin mereka akan meningkat. Orang kata itu adalah cara kanak-kanak melepaskan keaktifan tenaga mereka.
Harga Tiket :
Isnin – Jumaat: RM58/paxSabtu, Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah RM75/pax 2. Icescape Ice Rink, IOI Ice rink ini terletak dalam shopping mall yang sama di IOI Putrajaya Mall. Ice skating ini boleh dikatakan penuh hampir setiap minggu ataupun cuti sekolah.
Tetapi agak kurang pengunjungnya pada hari biasa. Icescape ini merupakan satu kawasan yang agak menarik berbanding shopping mall yang lain yang turut menyediakan lantai ice skating kerana terdapat cermin dan tingkap yang luas dan boleh menikmati pandangan luar.
Sebenarnya untuk mereka yang biasa berkunjung Ice Scape ini sememangnya boleh menjimatkan kos seperti memakai stokin dan sarung tangan yang sana. Jadi, jangan lupa bawa jika anda berkunjung kali kedua.
Kami pernah beberapa kali membawa anak-anak untuk beriadah di sini. Buat yang pertama kali mencuba ice skating ini pasti sangat teruja dan seronok. Tapi sayangnya tiada gambar diambil untuk dikongsi di sini. Yang pasti fenomena seperti jatuh terduduk dan terlentang adalah biasa di kawasan ini, jadi untuk bermain di sini hati mestilah kuat dan cekal.
Disebabkan kawasan ini terlampau sesak, hari minggu bukanlah pilihan yang terbaik bagi anak-anak yang biasa bermain ataupun sudah pandai dalam bermain aktiviti ini.
3. Mini Zoo di Menara Mini Zoo Menara KL terletak di kawasan menara Kuala Lumpur. Ia mampu memberikan satu pengalaman yang berharga untuk anak-anak walaupun ia tidak sebesar kawasan zoo negara. Terutamanya mereka yang betul-betul sukakan haiwan.
Yang pasti anak-anak pasti seronok dan teruja melihat haiwan yang ada.
Apakah yang bakal diperolehi anak-anak di situ? Berpeluang memberi makanan kepada setiap haiwan. Seronok apabila melihat haiwan meragut sayur kita bagi.Mereka dapat mengenali setiap hidupan liar dengan lebih dekat.Sambil melawat sambil memperoleh ilmu tentang habitat haiwanPupuk perasaan sayang pada haiwanDapat lari daripada gadjet dan GO WILD. Info KL Tower Mini Zoo
Harga Tiket :
Kanak-kanak : RM27.00Dewasa : RM32.00Warga Emas : RM27.00 Waktu Operasi :
Isnin – Ahad : 10 pagi hingga 9 malam 4. Aquaria KLCC Aquaria KLCC adalah salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang mesti pergi.
Ia menempatkan lebih daripada 150 spesies hidupan laut. Ianya berdekatan dengan KLCC dan terletak betul-betul di tengah-tengah Kuala Lumpur. Untuk mengetahui lebih dekat hidupan air, Aquaria KLCC menawarkan satu pengalaman yang pasti menyeronokkan untuk anak-anak. Antara tarikan menariknya adalah kita seolah-olah berada dalam akuarium bersama-sama hidupan liar tersebut.
Aquaria KLCC boleh dikunjungi untuk memenuhi masa jika anak-anak tidak berminat untuk mengikut ibu membeli-belah di KLCC. Program Diving with Sharks adalah salah satu tarikan disini di mana anda boleh mendekati jerung ini di dalam air sekiranya anda memiliki lesen menyelam dan anda haruslah mempunyai lesen diving terlebih dahulu.
Alamat : Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur Petrosains.
Harga Tiket :
Kanak-kanak MyKID : RM39, Biasa : RM59Dewasa MyKAD : RM49, Biasa : RM69Warga Emas MyKAD : RM39, Biasa : RM49 Waktu Operasi :
Setiap Hari (10 am – 8 pm) 5. KL Car Free Ride Kuala Lumpur Di Kuala Lumpur, aktiviti riadah bersama keluarga juga boleh dinikmati secara percuma. Bagi program ini, kami sudah beberapa kali berjaya terlibat sama. KL car free ride ini diadakan setiap hari pertama dan ketiga setiap bulan pada setiap pagi dari jam pagi hingga 9 pagi dan jalan tertutup ditawarkan untuk orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk rollerskate, skateboard, larian, rollerblade atau hanya berjalan kaki. Pendek kata, pelbagai ragam dan gaya boleh dilihat.
Bila lagi mahu merasa berjalan di Kuala Lumpur tanpa sesak dengan kenderaan kan.
Kebiasaannya kami sekeluarga lebih berminat untuk menaiki basikal dan ini adalah peluang anak anda untuk menyertai program sebegini. Memang seronok apabila melihat ramai orang ramai berduyun-duyun ke acara itu setiap kali diadakan.
Nampaknya kesedaran kesihatan di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat dan penghargaan bagi mereka yang seringkali terlibat di dalam program KL Car Free Ride ini.
Ia bermula dari Dataran DBKL (berhampiran Dataran Merdeka) dan para peserta dibawa melalui jalan-jalan utama sekitar 7km di Segi Tida Emas Kuala Lumpur.
Salah satu penaja OCBC Bank akan menawarkan 140 basikal setiap kali program ini berlangsung untuk digunakan oleh orang ramai secara percuma.
6. Bukit Gasing Bukit Gasing ini sangat sesuai untuk beginner seperti kami ini. Ianya betul-betul terletak di kawasan segitiga Kuala Lumpur, dan dari beberapa kawasan seperti Petaling Jaya dan Pantai Hillpark boleh diakses. Terdapat beberapa laluan mendaki di dalam taman untuk memenuhi semua peringkat kecergasan dan tenaga.
Hutan Simpan Bukit Gasing membahagikan bandar Petaling Jaya (negeri Selangor) dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ianya terletak di sebidang hijau 100 hektar. “Bukit Atas” merupakan titik tertinggi di Bukit Gasing yang terletak kira-kira 160 meter. Terdapat berberapa cerun curam di sini yang dipanggil Abu Bakar Slope dan ia adalah tempat yang sesuai dan baik untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar.
Rata-rata pendaki di Bukit Gasing ini dari pelbagai peringkat umur iaitu dari kanak-kanak sehinggalah orang tua. Kawasan ini memang menjadi tempat favourite atau kegemaran untuk mereka yang mahu melepaskan penat lelah atau ingin menikmati alam sekitar sambil beriadah dalam masa yang singkat.
7. FRIM FRIM terletak di kawasan Kepong. Ianya ada kawasan terbuka kepada orang ramai tetapi untuk menikmati pelbagai aktiviti seperti berbasikal, hiking, jogging atau hanya berkelah akan dikenakan bayaran yang kecil. Terdapat beberapa laluan dalam FRIM dengan salah satu daripada yang lebih popular iaitu Rover Track yang menuju ke arah Kanopi Walk. Sebelum anda memulakan perjalanan, tiket boleh dibeli di Pusat Setempat kerana yuran tambahan akan dikenakan untuk Kanopi Walk.
Disebabkan kawasan ini merupakan tempat tarikan untuk penduduk setempat sebaiknya datang pada awal pagi kerana lebih mudah untuk mencari kawasan parking kereta.
Di sini juga terdapat kawasan curam untuk aktiviti yang lebih mencabar, jadi ramai peminat basikal extreme memilih kawasan FRIM ini. Selain dari itu, IPTA dan sekolah juga memilih kawasan ini untuk aktiviti seperti berkhemah.
Pihak FRIM menyelia baik pokok-pokok besar merimbun di kawasan ini. Beberapa ilmu mengenai pokok-pokok di sini boleh dipelajari sambil beriadah dengan membayar tour guide yang disediakan oleh pihak FRIM.
GPS Coordinates:
3.236079, 101.634778
Ketinggian : 215m
Tahap Kesusahan : Senang – Sederhana
Harga Tiket :
Kereta – RM5.03/Canopy Walk – RM5/ Malaysian & RM20/Non-MalaysianMasuk – RM1.05/Malaysia & RM5.30/bukan warganegara Malaysia 8. Putrajaya Di Putrajaya, terdapat pelbagai tarikan menarik yang boleh memberikan anda pengalaman menarik dan berbeza, selain ia dikenali dengan nama pusat pentadbiran negara. Disebabkan berhampiran dengan kawasan tempat tinggal kami, boleh dikatakan Putrajaya adalah pilihan terbaik kami sekeluarga sekiranya mahu beriadah dan berbasikal.
Antara tempat aktiviti yang boleh dilakukan :
Bersantai di Taman Botani dan WetlandCruise di Tasik PutrajayaBerenang di beberapa pusat komuniti dan di PutrajayaBermain FlyboardBerbasikal di sekeliling Putrajaya atau di kawasan ekstrem parkMenunggang kuda di Taman Equestrian PutrajayaSukan ekstrem di Putrajaya Challenge ParkTaman Warisan PertanianMenaiki belon udara panas di Skyride Festival Park Terdapat beberapa tempat masih boleh dinikmati secara percuma, namun ada juga yang disenaraikan di atas yang dikenakan bayaran
9. Petrosains Jika anda ke Kuala Lumpur, Petrosains adalah tempat yang wajib dilawati. Yang pastinya ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Tempat ini seringkali menjadi tumpuan anak-anak sekolah dari seluruh Malaysia walaupun berada di dalam KLCC.
Petrosains, The Disocovery Centre adalah tempat hands-on interaktif, pameran interaktif pendidikan dan menunjukkan sains adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan dan menarik. Sains berjaya dipaparkan untuk semua. Apa yang menarik di sini terdapat pameran perjalanan dan pelbagai tema istimewa semasa lawatan di dalamnya, dan turut berpeluang untuk meneroka dan mencuba setiap barang pameran secara mental dan fizikal. Proses bagaimana cari gali minyak dilakukan juga dapat dilihat atau disaksikan oleh anak-anak dan juga orang dewasa. Malah beberapa tempat pameran juga diadakan secara simulasi.
Jadi pastikan anda mengunjungi tempat ini yang merupakan salah satu dari 10 tempat menarik dan sesuai untuk keluarga di Kuala Lumpur.
Ahli keluarga pasti dapat berkongsi aktiviti menarik dan pengalaman di sini.
Harga Tiket :
HARGACAJ DENGAN MYKADCAJ TANPA MYKADChild (2 tahun & ke bawah)Percuma Kanak-kanak (3-12 tahun)RM8.00RM18.00Dewasa (13-60 tahun)RM20.00RM30.00Warga Emas (61 tahun & ke atas)RM10.00RM15.00
Waktu Operasi Selasa – Khamis
9.30 am – 5.30 pmLast Admission : 4pm Sabtu, Ahad & Cuti Umum
9.30 am – 6.30 omLast admission : 5.00 pm Isnin
Tutup (kecuali jika jatuh pada cuti sekolah dan Cuti Umum)
SUMBER: http://www.kuala-lumpur.ws/attractions/10-things-to-see.htm
10. Muzium Negara Muzium Negara dibina dalam gaya istana Melayu dan ia adalah penjaga sebuah negara dan terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Galeri yang baru dinaik taraf ini memberikan pendekatan yang inovatif dan menarik untuk menerokai sejarah Malaysia dari zaman prasejarah sehingga sekarang. Pada 31 Ogos 1963, Yang Mulia, Yang di-Pertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamamlullail telah merasmikan pembukaan Muzium Negara.
Untuk mengenali sejarah Negara kita, ianya merupakan satu tempat yang menarik untuk aktiviti sekeluarga yang mengenali dan berkongsi pengalaman.
Impak yang sangat positif boleh diperolehi dalam mengenali sejarah negara kita jika kita sesekali buat lawatan ke tempat seperti ini. Malah pasti dapat membuka pemikiran anak-anak kita dalam pembelajaran mereka. Sambil melawat kita dapat berkongsi ilmu bermanfaat ini bersama anak-anak.
KATEGORICAJKanak-kanak (3-12 tahun) (Malaysian Citizen)  FreeWarga Emas dan Orang Kurang UpayaRM1.00Warganegara MalaysiaRM2.00Pelajar dengan berbaju uniform (Malaysian Citizen)FreePelajar tidak beruniform (Malaysian Citizen)RM2.00International Council of Museums Members (ICOM)FreeBukan warganegara MalaysiaRM5.00Kanak-kanak 6 tahun ke bawah (Non Malaysian Citizen)FreeKanak-kanak 3-12 tahun (Non Malaysian Citizen)Free Warwakan dan kongsikan 10 senarai tempat menarik di kuala lumpur ini di Whatapps dan Facebook ahli keluarga anda yang terdekat atau kawan-kawan jika mereka ada plan sama ke KL. JOM!
SOURCE : 10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang Best appeared first on Mypt3.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mypt3.com/tempat-menarik-di-kuala-lumpur

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Makan Makan Mengikut Sop Di Hotel Maya Kuala Lumpur

Pengalaman Makan Makan Mengikut Sop Di Hotel Maya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 423 hits
Hi Korang Lama betul menulis mengenai makan makan nieh Selalu update di social media jer Dapat jugaklah kitorang berjumpa setelah sekian lama ada yang dah mula kerja dan ada yang masih bekerja di rumah lagi Bila ada kesempatan ni haruslah k...
Hotel Maya Kuala Lumpur Membuka Restoran Untuk Menikmati Juadah Enak Dengan Normal Baharu

Hotel Maya Kuala Lumpur Membuka Restoran Untuk Menikmati Juadah Enak Dengan Normal Baharu

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 367 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Alhamdulillah setelah lebih kurang 3 bulan kita menghadapi situasi yang sangat genting dan juga diluar kebiasaan dengan PKP kini kita ...
Sehari Di Tasik Titiwangsa Di Kuala Lumpur Di Malaysia

Sehari Di Tasik Titiwangsa Di Kuala Lumpur Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 372 hits
Hari ini merupakan hari yang berbahagia buat aunty Yati dan pasangannya kerana hari ini hari perkahwinan mereka Kenduri diadakan di Restoran Terapung Nelayan Titiwangsa di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur Sambil makan kenduri kita boleh per...
Tedi Di Pesta Buku Antabangsa Kuala Lumpur

Tedi Di Pesta Buku Antabangsa Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 399 hits
Ini panorama di sekitar 2010 Pesta ni merupakan acara tahunan dan setakat ini lokasinya tetap di Pusat Dagangan Dunia Putra atau lebih dikenali PWTC yang terletak di Jika kawan2 naik kereta boleh letak kereta di dengan bayaran RM 3 00 sekal...
Tempat Tempat Menarik Destinasi Pelancongan Dalam Negeri Johor

Tempat Tempat Menarik Destinasi Pelancongan Dalam Negeri Johor

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 1280 hits
Bagi anda yang suka melancong ada banyak destinasi yang menarik dan unik yang boleh dilawati di dalam negara terutamanya dalam negeri masing masing Sekiranya anda adalah warga negeri Johor ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi dan...
New Normal Orang Bekerja Di Bandaraya Kuala Lumpur

New Normal Orang Bekerja Di Bandaraya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 416 hits
Salam to all readers Hi geng Siapa masih WFH sekarang ini Untuk pengetahuan semua aku dah masuk office semula dari awal PM umumkan syarikat dah boleh beroperasi Masuk office gilir gilir tapi sadisnya nama aku kena datang hari hari Redha jer...
Kuala Lumpur International Book Fair Goes Online For The First Time In 38 Years

Kuala Lumpur International Book Fair Goes Online For The First Time In 38 Years

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 385 hits
Over 30 000 books right at your fingertips small Cover image via Mawardibahar Dreamstime span span amp Alyssa Pong SAYS span span small After its postponement due to the various movement control orders the 39th Kuala Lumpur International Bo...
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 Dianjurkan Secara Atas Talian Bermula 25 Jun

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 Dianjurkan Secara Atas Talian Bermula 25 Jun

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 356 hits
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 sebelum ini sepatutnya telah dijadualkan untuk diadakan antara 27 Mac sehingga 5 April lepas Namun disebabkan oleh penularan wabak Covid 19 ia telah ditangguhkan Kini dengan Perintah Kawalan Pergera...
Taman Burung Kuala Lumpur Dah Mula Beroperasi Jangan Lupa Follow Sop Ni

Taman Burung Kuala Lumpur Dah Mula Beroperasi Jangan Lupa Follow Sop Ni

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 499 hits
Mesti korang tengah bingung lagi kan taktahu nak jalan kemana Lagi lagi yang ada anak tu takde idea nak bawa diorang kemana yang selamat dan dah bukak So ni salah satu cadangan apa kata korang jalan jalan ke Taman Burung Kuala Lumpur Facts ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities