Taknak Ikan Patin Dah Jangan Risau Ada Lebih 20 Tempat Makan Menarik Yang Ada Di Temerloh



Jangan ingat di Temerloh hanya ada Ikan Patin masak tempoyak je tau. Sebenarnya banyak je tempat makan menarik yang ada di sini kalau anda rasa nak cuba makanan lain selain masak tempoyak tersebut. Meh tengok sini senarainya.

Biasa kalau orang luar akan datang Temerloh sebab nak cari Ikan Patin je la. Lagi-lagi bila hujung minggu, memang ramai la orang daripada luar datang. Tapi sebenarnya, ada je tempat lain makanan sedap-sedap yang anda boleh dapat disini.

Sebagai orang Temerloh, senarai-senarai ini boleh diluluskan sebagai tempat makan menarik yang ada di Temerloh. Tapi ada beberapa yang aku tak sempat cuba lagi.


Jadi kepada mereka yang nak datang Temerloh dan cari makanan best selain Ikan Patin, anda boleh tengok senarai 20+ lebih tempat makan menarik yang ada di Temerloh. Senarai ini dikongsikan oleh Huda Risma di Twitter.

1.   Hogoh De Coco
Di Melaka ada coconut shake, di Temerloh pun ada la. Antara coconut shake yang terkenal di Temerloh. Boleh cuba di Hogoh De Coco dengan 2 lokasi iaitu di Seberang Temerloh dan juga di dalam bandar Temerloh

2.   Bangman Fried Chicken
Ayam goreng viral di Temerloh. Ini kerana, ayam goreng anda akan diselubung dengan cheese sebanyakknya. Memang kena cuba siapa yang datang Temerloh. Lokasi di Berhampiran SK Paya Pulai Seberang temerloh

3.   Warong Selai
Nikmati masakan melayu kampung dengan suasana yang tenang, datanglah ke Warong Selai. Lokasi di Batu 4 Jalan Maran selepas Sekolah Rendah Paya Pulai

4.   Vanilla Temerloh
Dengan tanaman vanila sendiri, mereka bina sebuah kedai untuk menjual Aiskrim Vanila. Jadi ianya fresh dari ladang. Sambil makan, boleh tengok tanaman dan kebun vanila disini. Lokasi adalah di Kg Bangau Parit
5.   Nasi Air Kak Na
Nasi air paling sedap di Temerloh. Datang la ke kedai Nasi Air Kak Na di Bandar Lama Temerloh. Dah cuba, pasti nak repeat lagi

6.   Along Tehpeng Pior
Orang Temerloh tak perlukan teh ais Tealive (walaupun ianya baru dibuka), ini kerana kami ada Along Tehpeng Pior. Rasa teh ais pior dan boleh tambah boba sekali. Ini wajib cuba datang Temerloh. Lokasi di Taman Temerloh Jaya dan Taman Sri Semantan

7.   Steamboat D’Kilat
Nak cari tempat makan menarik di Temerloh yang menyediakan steamboat, datang la ke Steamboat D'Kilat. Tak tahu berapa lama dah dia berniaga. Start dari aku belajar lagi. 20 tahun dah kot. Lokasi di Dynaton Bukit Angin

8.   BamBam Cake House
Nak rasa manisan kek, di Temerloh ada sebuah kedai kek bernama BamBam Cake House. Menyediakan pelbagai jenis kek. Datang lah ke Gerai Mpt Lurah Semantan A21

9.   Rukutea
Nak merasai suasana santai dan sedikit hipster, datang lah dan rasai juada di Rukutea. Lokasi di 21-G Jalan Pekeliling Mentakab.

10.   Mango Shake D’ Temerloh
Tak minat kelapa, kami ada mangga untuk anda. Cubalah Mango Shake D' Temerloh dengan rasa mangga pior. Sedap amat weh! Boleh cari di Seberang Temerloh berdekatan dengan Sekolah Sukan Seberang Temerloh



11.   Clash Gida
Impikan makanan western dan makanan hipster, datang ke Clash Gida. Lepas tu boleh upload gambar makanan di Instagram hehe. Lokasi Jalan Setia 2/3 Belakang TF Temerloh
12.   Cozy Shake Cafe
Disini juga anda boleh rasa makanan western seperti chicken chop, french fries dan macam-macam lagi. Satu lagi kedai yang berada Dynaton Bukit Angin di Cozy Shake Cafe
13.   Idea Kitchen Cafe
Tak cukup dengna itu, satu lagi kawasan di Dynaton Bukti Angin yang menyediakan makanan western dan menu-menu lain lagi. Moh datang ke Idea Kitchen Cafe

14.   Shell Eat
Nak merasa seafood yang dihidangkan di atas meja, boleh datang ke Shell Eat. Anda boleh nikmati Shell Out dengan pelbagai jenis seafood. Lokasi di Dynaton Bukit Angin

15.   Pizza Anak Dol Temerloh
Pernah viral di Jerantu, Pizza Anak Dol kini di Temerloh. Nak cuba pizza hand made sambal hitam dan sebagainya, mari datang sini. Lokasi kedai di belakang Celcom dan sebaris al-Ikhsan

16.   Nazan's Corner
Nak cuba Char Kuew Teow sedap poh paleh amat. Datang ke Naza's Corner berhampiran PETRONAS seberang Temerloh
17.   Nasi Ayam Kak Mala
Nasi ayam paling terkenal di Temerloh, Nasi Ayam Kak Mala. Boleh datang ke TF Temerloh untuk cuba rasa nasi ayam yang sedap ini

18.   Roti John Cheese Sekilo
Roti john penuh dengan rasa keju. Boleh cuba Roti John Cheese Sekilo yang bertempat C-14 Gerai MPT Lurah Semantan.



19.   Warung Acu
Nak cuba makan ala-ala kfry, ayam Korea dan pelbagai lagi makanan wester. Boleh cuba di Warung Acu di Gerai MPT di Taman Temerloh Jaya

20.   Leaf n Co 
Nak makan makanan western dengan suasana mewah, mari singgah di Leaf n Co. Kedai ini terletak di Dynaton Bukit Angin

21.   Selera Anita 
Port lepak bagi orang Temerloh. Kalau orang luar datang pun, malam-malam lepak sini je. Roti canai ada, mee kari dia sedap disini. Lokasi di Jalan Bahagia sebaris dengan Mamak Old Town 
22.   Snow Ice
Datang Temerloh nak makan ais batu, mari datang ke Snow Ice dengan lokasi kedai di Dynaton Bukit Angin

23.   Cendol
Di Temerloh, anda boleh tengok senarai 5 cendol tersedap yang ada disini. Boleh cuba semua tempat ini. Pasti tidak kecewa. Boleh tengok sini senarai 5 cendol terbaik di Temerloh

sumber : twitter HudaRisma



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2020/06/tempat-makan-menarik-di-temerloh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gabungan Berbahaya Jangan Makan Durian Dengan 6 Makanan Minuman Ini

Gabungan Berbahaya Jangan Makan Durian Dengan 6 Makanan Minuman Ini

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 888 hits
GABUNGAN BERBAHAYA JANGAN MAKAN DURIAN DENGAN 6 MAKANAN MINUMAN INI HATI HATI gabungan berbahaya durian dengan 6 makanan minuman ini1 Durian Minuman Berkarbonat Air berkarbonat mengandungi kafein apabila bergabung dengan durian yang mengand...
Resipi Laksam Guna Pinggan Ikea Confirm Jadi Makan Dengan Kuah Putih Ikan Pekat Sedap

Resipi Laksam Guna Pinggan Ikea Confirm Jadi Makan Dengan Kuah Putih Ikan Pekat Sedap

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 692 hits
Sedap betul makan laksam dengan kuah putih yang pekat ditambah pula dengan sedikit cili boh Memang bertambah tambah Tapi yang menjadikan makanan ini sedikit susah nak sediakan bila masuk part penyediaan laksam itu sendiri Tak kena cara mema...
Ramai Keliru Sop Makan Di Restoran Ismail Sabri Ulas Lebih Lanjut Jika Ada Ketidakfahaman

Ramai Keliru Sop Makan Di Restoran Ismail Sabri Ulas Lebih Lanjut Jika Ada Ketidakfahaman

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 397 hits
Pengunjung mesti mengekalkan jarak satu meter antara satu sama lain ketika menjamu selera di premis restoran SELAGI mana penjarakkan sosial satu meter boleh dipatuhi adalah tidak menjadi masalah buat pengunjung restoran untuk duduk melebih ...
Makan Malam Dengan Ikan Selar Masak Kicap Dan Buncis Goreng Telur

Makan Malam Dengan Ikan Selar Masak Kicap Dan Buncis Goreng Telur

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 618 hits
Makan malam yang ringkas tapi semua perut kenyang Lauk apa tu Makan Malam Dengan Ikan Selar Masak Kicap Dan Buncis Goreng Telur Lepas makan semua bersandar Masak simple macam ni my family memang suka Saya pulak dah bosan asyik makan lauk ay...
Makan Di Mukmin Ikan Bakar Alai

Makan Di Mukmin Ikan Bakar Alai

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 533 hits
Assalamualaikum Sambungan dari Dari Nilai kami masuk balik ke lebuhraya Pak Inche asyik tanya nak makan di mana Kalau tanya dengan Sk makan di R R pun dah okey Tak kisahlah sama ada nak makan di medan selera ataupun restoran makanan segera ...
Setelah Dinikahi Kenapa Wanita Lain Lebih Menarik Dari Istri Kita

Setelah Dinikahi Kenapa Wanita Lain Lebih Menarik Dari Istri Kita

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 314 hits
Sekedar renungan buat para suami entah ada yang punya pikiran seperti ini apa tidak berikut ada sebuah cerita yang dapat dipetik hikmahnya Percakapa antara seorang suami dan seorang Syech ILustrasiSeorang suami mengadukan apa yang ia rasaka...
Makan Sizzling Sotong Ikan Ala Thai Dan Nasi Goreng Daging Di Sharin Low Cyberjaya

Makan Sizzling Sotong Ikan Ala Thai Dan Nasi Goreng Daging Di Sharin Low Cyberjaya

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 555 hits
Makan di Sharin Low Cyberjaya agak menyegarkan namun mungkin sedikit berminyak Mata ku sudah mengantuk namun jari jemariku masih mahu berbicara Baiklah kali ini mahu Tedi kongsikan hal atau pengalaman makan malam di Restoran Sharin Low di C...
Resepi Asam Pedas Ikan Patin

Resepi Asam Pedas Ikan Patin

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 1261 hits
RESEPI ASAM PEDAS IKAN PATIN Bahan bahan1 ekor ikan patin yang telah dipotong dan bersihkan dengan asam keping4 ulas bawang merah3 ulas bawang putih2 cm kunyit hidup1 cm halia1 btg serai dititikDaun kesum1 bunga kantan dibelah dua1 2 mangku...
Sambal Belacan Campur Perahan Limau Nipis Makan Dengan Nasi Lauk Ikan Goreng Nikmatnya

Sambal Belacan Campur Perahan Limau Nipis Makan Dengan Nasi Lauk Ikan Goreng Nikmatnya

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 684 hits
Kalau dah namanya orang Malaysia makan nasi kalau tak ada sambal belacan macam tak lengkap Walaupun ringkas tapi ia jadi penambat selera Sampai boleh bertambah tambah makan nasi Ada satu resipi sambal belacan yang menarik Buat pun mudah tap...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte