Tempah Aqiqah Qurban Secara Online Dengan Aqiqah Centre Lebih Mudah Dan Murah
hai assalammualiakum Tempah Aqiqah Qurban Secara Online Dengan Aqiqah Centre Lebih Mudah dan Murah - Teringat dulu, buat Aqiqah anak, sebelum adanya covid, semua urusan kenduri Aqiqah nad buat dekat kampung. Yela bila buat dekat kampung lagi meriah, ada orang tolong. Masa tu pun mintak tolong abang ipar uruskan bab kambing ni, sebab dia je yang tau mana nak cari kambing, tempat sembelih dan masak sekali. Nad ni duduk Kuala Lumpur, memang tak sempat nak buat tu semua..hehee. Nasib ada abang ipar, kita tinggal hulur duit je..hehe. Sampai masa tarikh nak buat Aqiqah, kitaorang balik kampung dan semua selesai
Kos untuk Aqiqah ni memangla mahal. Selalunya seekor kambing dalam RM900-RM1000 macam tu
Tak termasuk kos lain memang dalam tangan kena ada dalam RM2000 la macam tu. Tu kalau anak perempuan, kalau anak lelaki, mesti lagi tinggi. Biasalah kalau Aqiqah anak, nak buat kenduri tu semua, ikut orang tua la kan. Kalau buat dekat kampung memang macam-macam la nak kena buat
Masalah Yang Dihadapi Untuk Menjalankan Ibadah Aqiqah Qurban
Selalunya masalah yang kita hadapi, takda masa untuk mencari kambing, tempat penyembelihan dan tempat untuk memasak bagi menjamu kepada orang. Amat sukar ya bagi yang duduk di bandar ni.
Masalah lain bila ibu atau baby tu ada komplikasi yang menyebabkan tidak dapat buat apa-apa lagi selagi baby dan ibu sihat. Tempoh yang sangat disyorkan untuk melaksanakan ibadah aqiqah adalah selepas 7 hari anak dilahirkan, jika tidak berkelampangan 14 hari kemudiaannya. Begitulah seterusnya. Namun tidak dinafikan adakalanya ibu terpaksa berhadapan dengan masalah komplikasi selepas melahirkan. Begitu juga bayi yang ada juga mengalami masalah jaundice dan sebagainya. Ini menyukarkan untuk ibubapa menguruskan ibadah Aqiqah anak mereka
Sebelum pandemik pun kita akan ada masalah, apatah lagi waktu pandemik. Lagi bertambah sukar untuk kita laksanakan ibadah Aqiqah Qurban. Tak boleh berkumpul, tak boleh keluar rumah, tak boleh bersentuhan, tak boleh buat majlis, semuanya terhad. Dengan aspek keselamatan dari segi peralatan, lokasi kawasan tersebut berisiko tinggi ke tak. Ditambah pulak kos dan caj yang dikenakan makin lama makin tinggi
Memang waktu sekarang mesti korang buntu nak buat aqiqah qurban kan!!Tempah Aqiqah Qurban Secara Online Dengan Aqiqah Centre Lebih Mudah dan MurahTakpe, ni nad share tempat yang korang boleh buat Aqiqah Qurban secara online. Yes!!, Aqiqah buat secara online, semua dihujung jari sahaja, dan harganya pun tersangatla berpatutan. Nad pun baru tau, kalau dah lama tau, mesti nad buat dekat sini juga.
Nad terjumpa dekat google, tentang AqiqahCentre.com ni, di mana semua urusan 100% dilaksanakan secara atas talian. Cara ini lebih selamat, tidak perlu keluar rumah dan hanya melihat di skrin sahaja. Masalah yang korang hadapi tadi semua dapat diselesaikan dengan mudah. Aqiqah Centre adalah syarikat milik Bumiputera yang menguruskan ibadah aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah.
Harga yang ditawarkan memang sangat berpatutan dan mampu milik dengan harga RM499. Dengan harga ni semua urusan diselesaikan oleh pihak Aqiqah Centre. Murah kan!!, takda dekat tempat lain hanya di Aqiqah Centre. Dengan harga ni sesiapa sahaja boleh buat Aqiqah dan Qurban.
Hah, walaupun dalam talian, masih lagi boleh melihat bukti sembelihan yang dilakukan melalui perkongsian video yang akan diberikan bersama dengan sebutan nama anak. Ini hanya untuk Aqiqah sahaja tidak termasuk qurban.Video akan dihantar selepas 2 hari berkerja dari hari sembelihan dan sijil dalam 30 hari. Untuk Qurban tidak disediakan video, tetapi segala urusan akan dimaklumkan di melalui email, sms dan whatsapp
Aqiqah Centre ni telah menjalankan ibadah Qurban dan Aqiqah sejak tahun 2014 lagi dan sudah menguruskan aqiqah lebih 21,000 sembelihan. Jadi jangan takut, memang boleh dipercayai dan diyakini. Ramai yang telah membuat Aqiqah Qurban dengan Aqiqah Centre, tengok sahaja review yang diberi pelanggan semuanya beri komen positif seperti servis semua bagus, senang, urusan semua berjalan dengan lancar. Artis pun ada buat servis dengan Aqiqah Centre. Nampak kan semua berpuas hati dengan Aqiqah Centre.
Paling menarik setiap peserta Qurban akan terima satu sijil kayu premium Aqiqah Centre. Selain sijil, anda juga akan terima satu lagi hadiah istimewa. kalau buat sendiri takda dapat ni semua..hehee
Menurut istilah hukum syarak aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”
Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”.
(Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Aqiqah yang afdal adalah pada hari ke-7, ke-14 dan ke-21 kelahiran anak. Jika terlepas hari-hari afdal, boleh laksanakan aqiqah pada bila-bila sahaja
Hah, kalau ada yang nak buat Aqiqah untuk anak, tu cepat-cepat Daftar Aqiqah Qurban 2021 dengan AqiqahCentre.com , mudah, selamat dan harga pun berpatutan, hanya RM499 sahaja. Hari Raya Haji pun dah nak dekat, boleh juga tempah dekat sini.
Untuk pertanyaa lanjut boleh layari Website: https://aqiqahcentre.com/pakej-qurban-mekahInstagram: instagram.com/aqiqahcentredotcom
Facebook: https://www.facebook.com/aqiqahcentredotcom/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2021/06/tempah-aqiqah-qurban-secara-online-dengan-aqiqah-centre.html