Tips Mudah Buat Popia Sayur Super Sedap Dan Lebih Rangup


 As Salam,
Dengan Bismillah,
Popia Sayur Rangup Dengan Inti Yang Sedap- Alhamdulillah.Semalam petang, saya ada buat Popia sayur untuk minum petang sekeluarga.Sejak PKP dan bekerja WFH, rutin makan di rumah saya dah berbeza.Kami tak ambik lunch sebab masing-masing breakfast pun dah lambat, sekitar jam 10 pagi. Saya hanya siapkan makanan Dinner.Makan malam pula kami akan ambil sekitar jam 6 petang. Itupun ikut En Boss kat umah ni.Kalau dia tak mau makan berat, saya akan buat kudap-kudapan ringan sahaja macam Popia sayur ni.Okeylah.Nampaklah rajin sikit kan.kiki.
Popia sayur rangup by Cik Matahariku :)Untungnya bila kita buat sendiri popia di rumah, kita boleh masukkan inti banyak-banyak ikut selera kita.Alhamdulillah, boleh makan panas-panas lagi lepas di goreng.Best kan :)
Kelebihan lain buat popia sayur sendiri ni kita juga boleh pilih sayur apa yang kita nak masukkan sebagai inti.Kebanyakan orang suka letak tauge dalam popia, tapi saya tak suka.Tambah lagi kalau kita tergigit tauge yang dah kecut. Memang spoil kan

Sebenarnya, dah banyak kali jugak saya buat Popia sayur ni kat rumah.Pernah sesekali buat popia carbonara,Tapi popia sayur tetap menjadi pilihan anak beranak.Iyelah.Kita masak sedap sangat kan.ciss.Saya akan kongsi resepi yang sama cara saya buat Popia Sayur ni,Korang bolehlah cuba buat sendiri kalau nak try di rumah ya.


Resepi Popia Sayur Rangup Dengan Inti Yang Sangat Mudah dan Sedap
Sumber resepi : Cik Matahariku
Bahan-Bahan :
Cara Buat Inti Popia Sayur Yang Mudah dan Sedap
Bahan-bahan
1 paket kulit popia ( 50 keping )
1 batang timun sederhana besar
1 batang carrot sederhana besar
1 biji sengkuang cina
satu gengam udang kering ( dikisar )
3 biji bawang merah ( dikisar )
2 biji bawang putih (dikisar )
2 biji telur
minyak untuk menumis


Antara bahan-bahan yang saya gunakan untuk sediakan popia sayur
Cili padi tu kadang saya ganti cili kering blend sebab family saya suka pedas
Just nak bagi rasa pedas-pedas manja gitu.heh.Nak lagi sedap, kat sos cicah pun kita boleh letak hirisan cili padi.hehe

Bab sagat sayur ni memang kena rajin sikit.Tapi kalau ada askar diraja yang boleh diharap,apa salahnya kita guna khidmat depa ni.Buat petang-petang, dah lepas PDPR, okeylah tu kan


Ini adalah bahan-bahan yang akan kita kisar.Sebenarnya udang kering saya tak masukkan dalam pic sebab dah masukkan dalam blender siap-siap.haha.Kalau korang tak suka udang kering sebab bau dia yang agak kuat, boleh ganti ikan bilis atau nak lagi senang ganti pati ikan bilis atau pati kiub ayam.Nak bagi rasa lemak-lemak kat inti sayur kita tu nanti.Telur pulak untuk extra inti yang lebih sedap, tapi kalau alergik telur, tak letak pun takpe


Cara Buat Inti Popia Sayur
1. Keluarkan kulit popia siap-siap dari fridge supaya senang kita nak menggunakannya nanti.


2. Sagat timun, carrot dan sengkuang dengan gunakan sagat buat kerepek.


3. Blend atau tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering.Boleh letak cili padi kalau suka pedas.


4. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk atau kisar tadi.Kalau ikut saya lagi sedap tumbuk sebab rasa bawang tu asli bila kita masukkan dalam minyak..ikut koranglah kann.


5. Kalau dah naik bau bawang yang ditumis tadi, masukkan segala mak nenek sayur yang disagat tadi.Kalau nak inti yang rangup bila kita makan, tak payah goreng lama-lama.


6. Masukkan gula, garam dan perasakan jika suka.


7. Pecahkan telur dan gaul sebentar.Tutup api.


8 .Letak inti sayur yang dah siap goreng tadi dalam bekas bertapis supaya air lebihan dalam inti sayur tadi dapat ditoskan.Senanglah kerja kita nak gulung popia nanti,Kalau tak toskan inti sayur ni, jadi lembiklah popia korang tu dan tak jadi rangup.


9. Mulalah gulung popia anda sehingga siap satu paket.


10.Lekatkan kulit popia dengan air masak atau putih telur supaya dia tak terbuka time kita goreng nanti.


Popia sayur rangup yang sangat mudah disediakan.Macam mana pun memang kena ada vitamin "R" la.Kalau ekau tengah mood malas, kita pakat tengok je pic ni sampai kenyang ek.hihi


Cara Buat Sos Cicah Popia Sayur Goreng
Bahan-bahan
2-3 ulas bawang putih
2 biji tomato (dikisar)
1 sudu besar cili kering kisar
Garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakan Sos Cicah Popia Goreng
Tumbuk kasar bawang putih.
Panaskan minyak dan tumis bwang putih sehingga naik bau.
Masukkan 1 sudu besar cili kisar ke dalam kuali. Kacau dan tunggu sehingga pecah minyak.
Masukkan tomato yang sudah dikisar ke dalam kuali. Kacau rata.
Masukkan garam dan gula secukupnya. Tunggu sehingga tomato masak dan sebati.
Siap!


Tips Mudah Buat Popia Sayur Super Sedap dan Lebih Rangup
1. Gunakan sayuran yang boleh tahan lama dan tidak mengecut apabila dimasak.Misalnya lebih baik guna carrot, sengkuang atau timun berbanding kita guna kobis atau taugeh.


2. Pastikan inti popia benar-benar kering sebelum kita gulung dengan kulit popia supaya popia lebih rangup apabila digoreng. Kelemahan kulit popia ialah ia akan jadi lembik bila terkena air.Jadi, jangan jangan lupa guna tapis untuk letak inti popia supaya air masakan tadi dapat disejat.


3. Panaskan minyak seperti biasa.Kecilkan api apabila popia sedang digoreng supaya kulit popia yang sebelah dalam dapat digoreng dengan lebih baik.Jangan lupa balik-balikkan popia dalam kuali untuk dapat warna yang sekata.


4. Bahan yang menjadikan popia sayur lebih sedap ialah penggunaan ikan bilis atau udang kering atau telur.Semua bahan tersebut akan menjadikan rasa sayur sedikit berlemak.Kalau nak sayur lebih rangup, jangan masak inti terlalu lama.
 
Popia sayur ini dihias sebegitu rupa sebab nak bagi photoshoot popia sayur ni lebih lawa.hehe.Tapi lepas tu depa ratah anak beranak sekali makan dengan popia sayur tu.Yang penting sayur pun rangup


Kalau anda buat jualan popia sayur ni, boleh juga guna resepi ni sebab bahan yang digunakan sangat mudah, ringkas dan menjimatkan.Sedap pun sedap.hehe


Sekiranya ada kalangan pembaca blog ini yang suka buat popia frozen, saya juga ada kongsikan tips dan cara menyediakan popia frozen supaya kekal rangup walaupun sudah difrozenkan.Boleh tengok kat sini  : Tips Popia Frozen Kekal Rangup


Orait readers semua,
Selamat mencuba ya!.Doakan saya sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat selalu memberi manfaat kepada sesiapa sahaja :)aamin.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2021/06/tips-mudah-buat-popia-sayur-super-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Popia Vietnam Mudah Dan Sedap

Resipi Popia Vietnam Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 372 hits
Popia Vietnam Ketam Popia Vietnam UdangMemang kegemaran juju dan suami Pertama kali buat suami dan anak cakap lulus Tudiaaaa boleh buat banyak makan sungguh sungguh Kalau nak beli musim sekarang susah nak cari PKP lagi kan Kalau tak PKP bol...
Tips Mudah Buat Burger Malaysia Viral Sukatan Cawan Yang Lembut Gebus Sedap Dan Menjadi

Tips Mudah Buat Burger Malaysia Viral Sukatan Cawan Yang Lembut Gebus Sedap Dan Menjadi

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 575 hits
As Salam Dengan Bismillah Resepi Burger Malaysia Viral Pau Sambal Sukatan Cawan Yang lembut Sedap dan Gebus Mungkin ramai yang mencari resepi Burger Malaysia Viral dengan sukatan cawan kan Orang lain saya tak tahu tapi saya memang sejak dul...
Resepi Cucur Roti Viral Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Cucur Roti Viral Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 693 hits
Cucur roti antara resepi viral yang menjadi perkongsian ramai di media sosial Bila ada dua tiga orang rakan di Facebook berkongsi gambar hasil percubaan mereka dan memberi pendapat mengatakan resepi dari lebihan roti tersebut sedap apalagi ...
Urusan Aqiqah Qurban Tahun 2021 Lebih Mudah Dengan Aqiqah Centre

Urusan Aqiqah Qurban Tahun 2021 Lebih Mudah Dengan Aqiqah Centre

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 334 hits
Urusan Aqiqah Qurban Tahun 2021 Lebih Mudah Dengan Aqiqah Centre Alhamdulillah makin ramai diantara kawan kawan seusia saya sedang menimang cahaya mata baru Bagi ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata mesti sedang teruja untuk melak...
Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap

Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 910 hits
Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap Assalamualaikum hi korang Korang dah cuba makan ayam masak serai Kalau belum cubalah sebab ayam masak serai ni sedap sangat dan berbau wangi serai Rasa serai yang menyerap ke dalam ayam menjadikan ras...
Wagub Dki Soal Usulan Ptm 25 Persen Lebih Mudah Saat Uji Coba Kapasitas 50 Persen

Wagub Dki Soal Usulan Ptm 25 Persen Lebih Mudah Saat Uji Coba Kapasitas 50 Persen

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 281 hits
Lanjut Riza pihaknya akan melakukan diskusi kembali kepada sejumlah pihak seperti halnya epidemiolog
2 Kuih Tradisional Yang Sedap Mudah Membuatnya Tak Rugi Cuba

2 Kuih Tradisional Yang Sedap Mudah Membuatnya Tak Rugi Cuba

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 682 hits
Pernah dengar Kuih Sopang dan Kuih Cememek Dulu kuih ini antara kuih wajib buat di bulan puasa atau bila ada majlis keraian Sesuai dengan peredaran masa kuih ini semakin dilupakan Sedangkan ia sangat sedap dan mudah membuatnya Apa waktu cut...
Puding Susu Kotak 3 Bahan Mudah Amp Sedap Makan Sejuk Sejuk

Puding Susu Kotak 3 Bahan Mudah Amp Sedap Makan Sejuk Sejuk

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 235 hits
Resepi puding susu kotak yang hanya menggunakan 3 bahan ini menjadi viral apabila ia telah dikongsi dan dicuba oleh ramai netizen dalam musim lockdown ini Memang nampak sedap nak buat pun senang Ramai yang dah cuba dan berjaya buat malah ia...
Satu Adunan Dapat 3 Jenis Kuih Resepi Pau Sambal Mudah Dan Sedap

Satu Adunan Dapat 3 Jenis Kuih Resepi Pau Sambal Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 483 hits
Satu Adunan Dapat 3 Jenis Kuih Resepi Pau Sambal Mudah Dan Sedap Petang petang macam ni memang teringin nak makan macam macam Dekat timeline asyik keluar gambar pau sambal aka burger malaysia Nak buat tapi ikan bilis pula takdak Simpan deka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching