Aqiqah Centre Menawarkan Pakej Aqiqah Murah Dan Mudah Secara Online
Assalamualaikum,
Hai korang, susah kan nak aqiqah anak di musim PKP dan lockdown ni ye, qaseh tengah runsing fikir macam-macam, lagi-lagi menanti kelahiran anak ke-dua ni, segala plan yang qaseh rancang dah tak boleh diteruskan sebab tak dapat nak balik kampung, 1 Jun pulak negara kita akan lockdown, fikirkan baby ni terus terfikir tentang aqiqah dia, yelah sebab kat kampung agak senang untuk uruskan semua dengan bantuan mak ayah. Mana pulak daku nak cari kambing ni, hurmmm.
Bila berada dalam situasi macam ni, memang susah nak uruskan segala hal, semua tersekat, dan masalah utama adalah mencari tempat yang sesuai untuk aqiqah / qurban, dan sekarang kos untuk buat aqiqah pun sangat mahal ye, macam tak masuk akal pun ye jugak huhu, seriously di tempat qaseh ni, qaseh tak tahu tempat sesuai untuk urusan penyembelihan dan sebagainya
Ni lah antara masalah utama untuk urusan aqiqah disini, qaseh pasti korang pun ada masalah yang sama kan, mana nak cari tempat yang sesuai, tempat penyembelihan dan sebagainya, kos pulak makin lama makin mahal, tak semua orang mampu walaupun hukum aqiqah sunat muakkad
Tapi sebagai mak ayah akan mencari usaha jugak untuk buat aqiqah anak-anak, bila kos terlalu mahal, susah juga ye. Qaseh pulak bukan rumah teres, tinggi di puncak langit hihi dan menmang tiada masa nak cari kambing, cari orang untuk sembelih dan kenduri sememangnya tak dibenarkan langsung.
Apa itu Aqiqah Centre ?
Waktu fikiran berkecamuk ni tak terfikir pula untuk survey aqiqah secara online, so qaseh survey dan banyakla review dan iklan tentang Aqiqah Centre ni di facebook dan instagram, tapi boleh ke Aqiqah Centre ni dipercayai ? Haaa rupanya ada kawan-kawan pernah juga melakukan aqiqah anak mereka menggunakan khidmat Aqiqah Centre ni korang, so qaseh terus rasa lega sangat dan ianya trusted 100%
Untuk pengetahuan korang Aqiqah Centre adalah syarikat milik Bumiputera yang menguruskan ibadah aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah. Mereka telah wujud di dalam dunia pengurusan aqiqah dan qurban bermula sejak tahun 2015 lagi. Kenapa di Mekah ? Kerana di sana kos lebih murah memandangkan tak semua ibu bapa tak semua berkemampuan, dan harga ditawarkan memang mampu milik
Kenapa Aqiqah Centre Jadi Pilihan ?
100% Online
Banyak kelebihan yang korang boleh dapat bila memilih Aqiqah Centre ni. Yang pasti korang tak perlu runsing untuk fikirkan masalah-masalah yang qaseh kongsikan tadi sebab Aqiqah Centre memberi khidmat aqiqah secara atas talian, 100% boleh dibuat secara online. Haaa dah tak perlu nak keluar rumah bagai kan. Bukan untuk aqiqah sahaja, malah untuk qurban juga.
Harga Murah Dan Mampu Milik Hanya Serendah RM499
Alhamdulillah sekarang Aqiqah Centre menawarkan harga yang sangat rendah, hanya RM499 je, kalau korang survey harga seekor kambing kat sini fuhh agak mahal la harga dia, so dengan hanya RM499 dan diuruskan oleh Aqiqah Centre, selesai masalah yang membelenggu korang.
Bukti Sembelihan - Video Beserta Sebutan Nama Anak
Aqiqah Centre sememangnya mempunyai prinsip kepercayaan dan amanah, bila korang daftar aqiqah dengan menggunakan khidmat Aqiqah Centre, korang akan diberikan bukti video bersama sebutan nama anak dan bukti ni hanya untuk aqiqah sahaja, tidak termasuk ibadah qurban. Korang juga akan menerima sijil kayu premium bernilai Rm50 secara percuma. Video akan dihantar selepas 2 hari berkerja dari hari sembelihan dan sijil dalam 30 hari
Video Testimoni, korang boleh tengok di youtube Aqiqah Centre
Trusted - Dipercayai Lebih Dari 25000 Pelanggan Bila tengok testimoni, artis pun ramai menggunakan khidmat Aqiqah Centre dan telah menguruskan 21000 urusan sembelihan sejak 2014 lagi. Haaaa bukan scam ye, seriously boleh dipercayai
Jom Buat Tempahan Sekarang !
Nak daftar pun senang sahaja, korang boleh terus klik di Daftar Aqiqah , masukkan semua detail yang diperlukan sahaja, then siap ! Tempahan korang boleh buat bila-bila masa sahaja, ibadah Aqiqah dilaksanakan setiap hari. Bagi setiap pendaftaran baru, sembelihan akan dilaksanakan dalam 1-3 hari dari tarikh pendaftaran.
Bagi korang yang nak mengejar sunnah kelahiran untuk hari ke -7, inshaAllah Aqiqah Centre akan penuhi hajat korang, boleh hubungi nombor dibawah
1. Ustaz Musa, +6010-8400 803 (Call/Whatsapp)
2. Ustazah Laila, +6018-353 4803 (Call/Whatsapp)
Oh ye untuk yang nak daftar qurban untuk 2021 pun boleh juga, raya aidiladha pun dah nak tiba so boleh la buat tempahan qurban kambing 2021 di Aqiqah Centre.
“Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing.”-Riwayat Abu Daud (2842)
Apa Hukum Aqiqah?Hukum aqiqah adalah sunat muakkadah (dituntut) bagi yang berkemampuan.Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya:Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَىMaksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”More Info :
https://aqiqahcentre.com/pakej-qurban-mekah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2021/05/aqiqah-centre-menawarkan-pakej-aqiqah-murah-dan-mudah-secara-online.html