Teddy Bear Kotor Punca Anak Tak Sihat Ibu Ni Kongsi Cara Cuci Yang Betul Senang


Anak-anak sudah tentu memiliki patung kegemarannya terutama anak perempuan. Itulah yang menjadi temannya dan akan dibawa ke mana-mana. Masalahnya bila sudah dikelek ke sana ke mari, itulah yang merungsingkan kerana kita tidak tahu berapa banyak kuman yang ada padanya. Kemudian anak pula pegang selalu, dicium dan dipeluk pasti boleh memberi kesan kepada kesihatannya juga.

Di dalam perkongsiannya di laman Facebook, Yatie Emra, berkongsi tip cara-cara mencuci patung beruang atau mainan lembut yang menjadi kegemaran anak-anak. Menurut ibu ini, terdapat sesetengah patung lembut yang boleh dibersihkan dengan mesin basuh. Paling penting, rujuk label pada patung tentang cara membersihkannya kerana telah tercatat di situ cara cucian terbaik untuk patung tersebut.
Baca Juga:
Tak Sangka Boleh Ajar Anak Guna Mainan Rosak, Speech Therapist Ini Kongsi Caranya
Dah Besar Dia Tak Peluk Cium Dah. Ayah Ni Kongsi Cara Buat Anak Rasa ‘Dekat’ Dengan Kita!
Susah Fokus & Dengar Arahan, Ibu Ini Kongsi Efek Tonton Kartun Jenis ‘Fast-Paced’
🧸CARA CUCI TEDDY BEAR & PLUSHY🧸 Antara perkara kena buat akhir² tahun camni termasuk ler pilih barang² mainan, patung lembut (plushy) dak Fydh & asingkan yang mana dah rosak/nak buang, mana yang nak give away, etc.
Fydh ada banyak gak koleksi plushy sebab dakni suka sangat suruh abinya gi “tangkap teddy” kat claw machine😅. Tu belum lagi yang nenek & makcik² dak Fydh ni bagi. Sebelum ni dah banyak gak bagi kat orang, yang ada ni pun nak pilih² untuk give away gak. Ekeke.. Dalam banyak² tu sebenarnya ada 3 jer yang dia betul² sayang — bunny pemberian neneknya masa baby dulu, teddy putih (untuk peluk² dalam kete) & gak plushy kucing.
Sumber foto: www.freepik.com Fydh ni memang takleh berpisah dengan bunny dia merangkap “bantal busuk” sebab tu lah teman dia sejak dari kecik. Walaupun Bunny dia dah lembik & buruk, tapi yang penting tak bau busuk tau😆. Saya memang kerap basuh sebab bunny tu la yang dia selalu gomol, dipelukcium, lap tangan & mulut bagai. Pendek kata pakej all in 1 ler😂. Since teddy & plushy lain saya simpan dalam storage box & Fydh pun jarang nak main.. saya hanya cuci bila kena kotoran atau sebelum nak bagi orang.
Ramai kawan terkejut & tak tahu yang sesetengah teddy/plushy boleh dibasuh dengan mesin basuh (bergantung pada jenisnya). Sebab tu penting rujuk simbol cucian pada tag/label mainan tu. Biasanya pada label ni ada ditulis cara cucian yang DISARANKAN/KAEDAH CUCIAN TERBAIK. Tapi tu tak bermakna kaedah lain TAK BOLEH digunakan walaupun tetap ada risikonya tersendiri.
Kalau teddy anak korang harga ratus² ribu riban, ikut ler cara cucian yang disarankan supaya tahan lebih lama. Setakat teddy & plushy murah² ni, saya basuh gunakan mesin basuh jer. Maklum ler teddy & plushy dak Fydh ni banyak, 3 round gak nak basuh semuanya. Kalau semua nak basuh tangan memang ler leceh 😅.
Sumber foto: www.freepik.com Apape pun, kalau teddy/plushy ada ciri² kat bawah ni, sila jangan masuk mesin ye —
🔹Pada label dinyatakan langsung tak boleh dibasuh – bermakna teddy tu hanya boleh dicuci dengan cucian kering jer
🔹Hanya surface cleaning — perlu cuci permukaan teddy dengan kain lembap je
🔹Teddy daripada wool (benang bulu biri²)
🔹Plushy yang mengandungi foam beads/poly beads (butiran styrofoam)
🔹Teddy/plushy yang koyak. Kalau nak basuh mesin, pastikan bahagian yang koyak dijahit dulu supaya isi dalam tak terburai lak.
CARA BASUH TEDDY/PLUSHY DENGAN MESIN BASUH
====================================
👉Sebaik²nya gunakan mesh bag/laundry net untuk extra protection. Kalau takde sangat, gunakan sarung bantal pun boleh.
👉Gunakan setting cucian air sejuk/suam je. (ala kalau korang basuh dengan tangan pun guna air sejuk je pun😆)
👉Gunakan setting/program/kitaran yang paling lembut & sekejap.
👉Jangan spin untuk elak teddy/plushy rosak
👉Gunakan sikit jer sabun pencuci yang lembut, lagi bagus kalau guna sabun pencuci untuk pakaian bayi jer. Jangan guna sabun pencuci yang kuat atau jenis gel macam daiya, dynamo, breeze, etc.
👉Jangan gunakan pelembut fabrik. Bahan kimia dalam pelembut fabrik boleh merosakkan tekstur bulu teddy/plushy.
Sumber foto: www.freepik.com 👉Optional — boleh gantikan pelembut fabrik dengan ½ cawan cuka. Cuka bukan jer berfungsi sebagai pelembut fabrik (tanpa bahan kimia!😊) tapi dalam masa yang sama boleh kurangkan sisa² sabun pencuci (incase korang terletak banyak). Saya tambahkan 2-3 titik essential oil sebab nak bau wangi😊
👉Perah teddy/plushy gunakan tangan setakat yang boleh. Kemudian lapkan teddy dengan tuala/kain bersih untuk serap lebihan air lak. Dengan cara ni, teddy/plushy korang akan lebih cepat kering nanti.
👉 Kalau boleh, jemur teddy dengan cara letakkan diatas jaringan/ampaian (kaedah pengeringan — kering rata/titis kering). Teddy yang basah agak berat, jika digantung dikhuatiri boleh merosakkan tekstur lak.
👉Optional — Lepas jemur dalam sejam–2, boleh perah lebihan air pada bahagian kaki/badan supaya cepat sikit kering.
👉Bila dah kering, kalau korang rajin sikat ler bulu teddy bear untuk gebukan.🧸😊
Selamat mencuba! Eloklah periksa patung-patung lembut anak yang sudah lama tak dibersihkan tu. Semoga perkongsian dari ibu ini dapat membantu anda.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
 
 
The post Teddy Bear Kotor, Punca Anak Tak Sihat. Ibu Ni Kongsi Cara Cuci Yang Betul, Senang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/teddy-bear-kotor-punca-anak-tak-sihat-ibu-ni-kongsi-cara-cuci-yang-betul-senang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Asyik Nak Berdukung Melalak Bila Tak Nampak Ibu Ot Kongsi Cara Atasinya

Anak Asyik Nak Berdukung Melalak Bila Tak Nampak Ibu Ot Kongsi Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 176 hits
Penatnya Ya Ampun anak asyik nak berdukung je Bila letak terus menangis Pernah tak anda mengalami situasi ini kadang kadang penat dengan sikap anak yang tak boleh nak berpisah langsung ANAK SAYA 24 JAM NAK BERDUKUNG Baru baru ini ramai mak ...
Cara Betul Cuci Botol Susu Anak Jom Buat 7 Langkah Mudah Ini

Cara Betul Cuci Botol Susu Anak Jom Buat 7 Langkah Mudah Ini

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 261 hits
Penggunaan botol susu memang tak dapat nak dielakkan terutama bagi ibu yang bekerja tak kiralah anak minum susu ibu atau susu formula Bila menggunakan botol semestinya ia perlu dicuci sebersihnya dengan menggunakan kaedah yang betul Bukan a...
Kongsi Gambar Terbaru Tanpa Ayah Anak Zainal Abidin Luah Sokongan Terhadap Ibu

Kongsi Gambar Terbaru Tanpa Ayah Anak Zainal Abidin Luah Sokongan Terhadap Ibu

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 185 hits
nbsp Baru baru ini kecoh di media sosial mengenai dua isteri bekas jurulatih kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan yang didakwa bergaduh di sebuah restoran mamak di Seksyen 9 Shah Alam Selangor Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah...
Tak Bawa Anak Kena Matahari Punca Kurang Vitamin D Doktor Kongsi Waktu Sesuai Bawa Anak Main Matahari

Tak Bawa Anak Kena Matahari Punca Kurang Vitamin D Doktor Kongsi Waktu Sesuai Bawa Anak Main Matahari

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 177 hits
Kebanyakkan ibu bapa zaman sekarang terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk membawa anak anak bermain dan pendedahan kepada cahaya matahari Tambah pula bagi yang tinggal di kawasan rumah bertingkat Sebolehnya luangkan sedikit masa untuk baw...
Anak Tak Pandai Bagi Rehat Pada Mak Ayah Doktor Kongsi Cara Isteri Jaga Anak Banyak Akal

Anak Tak Pandai Bagi Rehat Pada Mak Ayah Doktor Kongsi Cara Isteri Jaga Anak Banyak Akal

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 255 hits
Bukan mudah untuk menjaga anak anak tambahan pula yang masih dalam fasa nak membesar Ada saja kerenah yang kadang kadang tu boleh buat kita jadi nak marah Sebenarnya anak tak faham pun erti letih jadi pada mereka untuk biarkan ibu ayah dudu...
Kawan Kata Ibu Masak Sedap Cikgu Kagum Anak Murid Tak Lokek Kongsi Bekal Dengan Kawan Rezeki Dikongsi

Kawan Kata Ibu Masak Sedap Cikgu Kagum Anak Murid Tak Lokek Kongsi Bekal Dengan Kawan Rezeki Dikongsi

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 165 hits
Bukan semua dari kita berada dan mampu untuk makan sedap sedap setiap hari Kerana itulah perlu kita didik anak anak kita untuk berbagi rezeki Berkongsi rezeki bersama anak anak yang kurang senang Perkongsian seorang pendidik yang cukup dike...
Ibu Ini Kongsi Tip Naikkan Berat Anak Dengan Cantik Cuba Amalkan Makanan Ini

Ibu Ini Kongsi Tip Naikkan Berat Anak Dengan Cantik Cuba Amalkan Makanan Ini

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 222 hits
Tengok anak orang lain berselera makan berat badan pun ok automatik tertanya tanya dalam diri kenapa anak kita makan macam macam berat tak naik naik Ini antara cabaran ibu bapa yang berada dalam situasi anak anak susah makan atau tidak mahu...
Pakar Kongsi Cara Rangsang Otak Anak Bawah 7 Tahun Kalau Tak Buat Rugi Sangat

Pakar Kongsi Cara Rangsang Otak Anak Bawah 7 Tahun Kalau Tak Buat Rugi Sangat

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 279 hits
Hadiah terbaik daripada mak ayah kepada anak adalah rangsangan perkembangan otak anak semasa anak umur 6 tahun ke bawah Menurut Terapis Cara Kerja Puan Maryam Jamadi 90 perkembangan otak adalah semasa umur 6 tahun ke bawah Ramai mak ayah in...
Cara Mandi Wajib Yang Betul

Cara Mandi Wajib Yang Betul

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 378 hits
Assalamualaikum Hi korang Salam Jumaat penghulu segala hari semalam SA scroll FB dan terjumpa perkongsian tentang cara mandi wajib yang betul dan SA terpanggil nak share kat sini untuk menambah ilmu Of course bukan ilmu yang baru tetapi bag...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah