Tebal Muka Mortar Board Melayang Gadis Bikin Drama Di Pentas Konvo Tak Sangka Dapat Peluang Ke 2 Terima Skrol
DAR4H gemuruh belum hilang, tiba-tiba berlaku ‘drama’ yang tidak disangka-sangka di atas pentas konvokesyen.
Wajah manis seorang gadis ketika hendak menerima skrol berubah serta-merta apabila mortar board yang dipakai bukan sahaja jatuh, malah pelitup muka juga tertanggal.
Rakaman video ketika majlis konvokesyen di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Terengganu, Terengganu itu, menjadi tular di media sosial.
Bercakap kepada mStar, gadis berkenaan, Nor Alia Munirah Shamsuddin berkata, ins1den tersebut berlaku di ketika Majlis Idul Ilmi Konvokesyen ke-13 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS) di UnisSZA, pada Rabu petang.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Alia merupakan graduan Diploma Sains Kejururaw4tan.
Graduan Diploma Sains Kejururaw4tan itu memberitahu, segala persiapan rapi dibuat pada hari istimewa itu terutama penampilannya dalam persalinan jubah dan mortar board.
“Sebelum tu semua okay. Bila dah naik atas pentas, tiba-tiba magnet pada extender untuk face mask saya tercabut sikit, menyebabkan mortar board yang dipakai tercabut dan terjatuh.
“Face mask saya juga tertanggal dan terpaksa pegang dan tutup guna tangan. Masa tu tak fikir apa dah, rasa malu sangat dan saya jalan terus je selepas ambil skrol,” katanya ketika dihubungi.
Alia (kanan) menerima skrol daripada Prof Dr Fadzli Adam.
Gadis berusia 22 tahun itu berkata, insiden yang dianggapnya sebagai memalukan itu membuatkan dirinya ‘terlepas pandang’ untuk mengambil semula mortar board yang terjatuh.
“Bila semua dah tercabut, mortar board yang terjatuh tu pun saya terlupa nak ambil, pandang kamera untuk bergambar pun tak.
“Saya kembali ke tempat duduk selepas turun dari pentas. Mujur pihak pengurusan datang ke tempat saya dan serahkan mortar board yang terjatuh tu,” ujarnya yang berasal dari Kuala Terengganu.
Alia (duduk, tengah) bersama keluarga.
Lebih mesra disapa Alia, katanya, dia bagaimanapun terkejut apabila dijemput oleh pihak pengurusan universiti untuk naik semula ke atas pentas bagi penerimaan skrol.
“Walaupun menahan malu, saya terkejut dengan peluang kedua yang diberikan. Tak sangka boleh naik sekali lagi.
“Saya pinjam extender daripada kawan. Saya juga pinjam jarum peniti untuk pin pada face mask dan tudung supaya kejadian tak berulang,” kata anak keenam daripada lapan beradik itu.
Saya terkejut dengan peluang kedua… tak sangka boleh naik sekali lagi.NOR ALIA MUNIRAH SHAMSUDDINApa yang membuatkan gadis yang menimba pengalaman dengan bekerja di sebuah klinik ini berasa terharu apabila Naib Canselor UniSZA, Prof Dr Fadzli Adam yang mengesyorkan supaya dirinya diberi peluang kedua untuk menyempurnakan istiadat konvokesyen di atas pentas.
“Kebetulan sesi untuk jurusan saya di sebelah petang. Saya kemudian naik atas pentas sekali sebagai orang terakhir untuk tampil semula di hadapan untuk terima skrol.
Alia (dua, kiri) berterima kasih kepada Prof Dr Fadzli Adam (tiga, kanan) di atas peluang yang diberikan.
“Alhamdulillah, peluang kedua ini membolehkan saya bercakap dengan Naib Canselor, Prof Dr Fadzli Adam dan pandang kamera lebih lama untuk sesi fotografi.
“Saya siap boleh melambaikan tangan lagi. Memang saya sangat gembira, rasa excited dan berterima kasih kepada Prof Dr Fadzli Adam dan pihak pengurusan UniSZA.
“Turun dari pentas, saya diminta untuk berdiri di tepi bagi memberi laluan dan iring Prof dan dif-dif kehormat keluar dewan di karpet merah. Bila nak ke bahagian luar dewan, Prof ajak jalan sama sebelum sesi bergambar. Satu kenangan yang tidak dilupakan,” kata Alia dengan nada teruja
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2022/04/tebal-muka-mortar-board-melayang-gadis.html