Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat Lakonan Hebat Elvina Mohamad Dan Azlee Khairi Ikmal Amry Izzendra
Perghh akhirnya berjaya juga marothon cerita ni. 3 malam berturut-turut layan drama tangkap leleh ni. Boleh dikatakan setiap episode la wajib ada scene menitis air mata punya.
Tapi kesian jugalah dekat si Tuah tu tapi tapi asyik disindir oleh adiknya, Si Teja (Izzendra) tu. Memang la semuanya berpunca dari dia tapi bila dia dah sedar, dah berubah dan masih lagi dalam proses nak kuatkan diri untuk sembuh, dia pula asyik disindir. Biasalah kita kalau dah buat silap, memang sebolehnya taknak orang yang kita kita rapat, yang kita sayang ulangi kesilapan kita tu. Tapi benda tu orang tak nampak. Diorang cuma nampak kita kongkong kebebasan dia je.
Drama 26 episode arahan Ejump terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini menampilkan Azlee Khairi dan Elvina Mohamad sebagai teraju utama dan dibantu oleh Ikmal Amry, Mimi Ernida, Izzendra.
Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat lakonan hebat Elvina Mohamad dan Azlee Khairi, Ikmal Amry, IzzendraDrama yang diadaptasi dari Novel Derhaka Cinta Jebat karya Cik Tet ini mengisahkan Aishah Humairah (Elvina Mohamad) yang berkahwin dengan Jebat Zulkefnain (Azlee Khairi) setelah kecewa dicurangi kekasihnya, Tuah Iskandar (Ikmal Amry) tanpa dia mengetahui niat sebenar Jebat mengawininya hanya untuk membalas dendam diatas kesengsaraan adiknya sahaja. Bijaknya Jebat mengatur rancangan sehingga dalam masa yang singkat Aishah mula jatuh cinta kepadanya.
Perkenalan yang berakhir dengan perkahwinan yang disangka dapat membantu melupakan kisah silamnya rupanya permulaan penderitaan sebagai isteri yang paling malang ciptaan Jebat untuknya (menjadi tahanan di rumah suaminya sendiri). Dengan bantuan Inara (Mimi Ernida), Jebat yang sememangnya seorang yang panas baran, cepat marah serta ego berhasil melukakan hatinya. Tanpa usul periksa dan peluang untuk dia menjelaskan perkara sebenar, Jebat terus menerus menjatuhkan hukuman kepadanya. Aishah dituduh curang semasa menjalinkan hubungan cinta dengan adiknya sehingga menyebabkan adik kesayangannya ditimpa musibah.
Aishah semakin kecewa, walaupun telah berusaha untuk menjelaskan perkara sebenar dan pelbagai cara dilakukan untuk meraih cinta Jebat. Bahagia yang diharapkan tetapi penderitaan dan kesengsaraannya yang diterima daripada suami yang dicintainya sepenuh hati. Terlalu kecewa dan terluka menyebabkan dia mengambil keputusan pergi meninggalkan Jebat. Dan ketika kebenaran mula terungkap, Jebat pula mula bernasaran dan menyesal dengan apa yang telah dilakukannya. Walaupun mengakui dirinya memang sudah menyintai isterinya tetapi disebabkan ego, dia menangkis perasaan itu jauh-jauh dan tidak mahu Aishah mengetahui kebenaran hakikat itu. Dia tersepit diantara janjinya dengan keluarga untuk melunaskan dendam dan kasihnya kepada Aishah.
Bila dah jadi macam tu, jenuhlah nak mencari dan mengambil hati insan yang dicintai tu semula. Dan disebabkan cemburu dia asyik salah faham ajelah. Suka buat kesimpulan sendiri hingga melukakan hati orang yang disayangi tanpa mengetahui kedudukan sesuatu perkara.
Tapi last happy ending juga la cumanya apasal screan akhir tu Camelia pergi rumah diorang ye 🤔
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciktie.com/2022/03/sinopsis-drama-derhaka-cinta-jebat.html