Tawaran Pm Anwar Letak Syarat Tambahan Peruntukan Dan Usul Percaya


agendadaily.com11/9/2021
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menimbang tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak syarat tambahan ke atas tujuh tawaran kerjasama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dikemukakan semalam.

Anwar mahu kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri menimbang usul blok pembangkang sebelum ini yang meminta peruntukan tambahan dan juga mengadakan usul percaya di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada Isnin nanti.

“Justeru itu, antara lain Pakatan Harapan turut mengusulkan peruntukan tambahan sebanyak RM45 bilion untuk segera meringankan beban hidup rakyat.

“Dalam isu usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Pakatan Harapan (PH) melihat bahawa masih wujud keperluan ianya diadakan secepat mungkin pada sidang Parlimen kali ini berdasarkan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada ketua-ketua parti politik sewaktu sesi menghadap di Istana Negara pada 17 Ogos lalu, bagi mengabsahkan bahawa Perdana Menteri telah mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata blok pembangkang masih dalam fasa perbincangan bagi mencari titik persamaan dan tidak menolak akan menerima tawaran Ismail Sabri tersebut.

“Walaupun begitu, proses perbincangan masih berjalan untuk mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik COVID-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri dari ancaman wabak dan membebaskan rakyat dari cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pendapatan dan pekerjaan,” katanya.

Jelasnya lagi, tawaran Ismail Sabri tersebut merupakan permulaan baik ke arah kerjasama dengan pembangkang, ia selepas pertemuan dengan pemimpin pembangkang pada 25 Ogos lalu.

“Ini adalah satu permulaan yang baik susulan daripada pertemuan saya dan pimpinan Pakatan Harapan bersama Perdana Menteri pada 25 Ogos lalu,” katanya lagi.

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Enam daripada tujuh tawaran itu pernah dibuat Muhyiddin ketika penghujung pentadbirannya sebagai PM sebelum Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang susulan peletakan jawatan beliau pada 16 Ogos lalu, setelah tidak mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Tawaran Muhyiddin tersebut pada mula menerima reaksi positif daripada beberapa pemimpin DAP seperti Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming namun pemimpin kanan PH tidak menerima tawaran itu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/tawaran-pm-anwar-letak-syarat-tambahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Dakwa Belum Ada Petanda Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini

Anwar Dakwa Belum Ada Petanda Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata belum ada petanda usul undi percaya akan diadakan di Parlimen setakat ini walaupun Yang di Pertuan Agong menitahkan Perdana Menteri baharu perlu menunjukkan beliau mendapat sok...
Agong Maklumkan Tidak Perlu Usul Undi Percaya Terhadap Pm Dedah Menteri

Agong Maklumkan Tidak Perlu Usul Undi Percaya Terhadap Pm Dedah Menteri

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 165 hits
Yang di Pertuan Agong memaklumkan kepada Ismail Sabri Yaakob bahawa usul undi percaya tidak perlu lagi dibentangkan di Dewan Rakyat kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Beliau berkata perdana menteri memberitahu...
Khalid Samad Pelik Sudah Ada 114 Sokongan Pun Masih Takut Bawa Usul Percaya

Khalid Samad Pelik Sudah Ada 114 Sokongan Pun Masih Takut Bawa Usul Percaya

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 166 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat lari dari anggapan bahawa dirinya kini sedang merasai ketakutan yang sama seperti bekas perdana menteri terdahulu Tan Sri Mahiaddin Md Yasin apabila enggan mem...
Pembangkang Tidak Perlu Pertikai Keabsahan Pm Melalui Usul Undi Percaya Kata Pakar

Pembangkang Tidak Perlu Pertikai Keabsahan Pm Melalui Usul Undi Percaya Kata Pakar

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 170 hits
BERNAMA Yang di Pertuan Agong sangat teliti dan mengambil kira pandangan semua pihak dalam membuat sebarang keputusan memilih pemimpin nombor satu negara itu Yang di Pertuan Agong telah meminta surat akuan bersumpah daripada ahli Parlimen d...
Dia Bab Melawan No 1 Usul Undi Percaya Menteri Agama Melawan Titah Agong

Dia Bab Melawan No 1 Usul Undi Percaya Menteri Agama Melawan Titah Agong

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 164 hits
September 5 2021 Naib Presiden PAS Idris Ahmad berpandangan bahawa tiada keperluan untuk melakukan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen Idris berkata keabsahan pelantikan Ismail Sabri tidak p...
Kesangsian Di Sebalik Usul Percaya Ismail

Kesangsian Di Sebalik Usul Percaya Ismail

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 213 hits
Ikut jadual asal Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke 14 bermula Isnin ini iaitu 6 September dan akan berlangsung hingga Khamis 30 September 2021 Ringkasnya sidang Parlimen bermula Isnin ini Pada sidang ini dipercayai satu usul und...
Usul Percaya Apa Yang Ismail Sabri Takutkan

Usul Percaya Apa Yang Ismail Sabri Takutkan

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 245 hits
Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan agar melaksanakan usul Undi Percaya pada sidang Parlimen sesi September ini atau menghadapi kehilangan keyakinan rakyat terhadap pentadbirannya seperti bekas PM Mahiaddin Yassin...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat