Agong Maklumkan Tidak Perlu Usul Undi Percaya Terhadap Pm Dedah Menteri



(Malaysia Now) – Yang di-Pertuan Agong memaklumkan kepada Ismail Sabri Yaakob bahawa usul undi percaya tidak perlu lagi dibentangkan di Dewan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata perdana menteri memberitahunya dalam mesyuarat Kabinet kali pertama di bawah Ismail minggu lalu.
Pendedahan Junaidi tampil dua hari selepas gesaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang berkeras menggesa Ismail membentangkan usul undi percaya pada sidang Dewan Rakyat selain menuduh Peguam Negara Idrus Harun “derhaka” terhadap titah Agong.
Bercakap pada sidang media di Putrajaya, Junaidi merujuk peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan Agong melantik mana-mana ahli Dewan Rakyat sebagai perdana menteri yang pada hemat beliau memiliki sokongan majoriti ahli-ahli Dewan.
Beliau turut menambah 114 dari 220 ahli Parlimen menyuarakan sokongan kepada Ismail, mengatakan tidak mungkin mereka akan mengubah pendirian mereka terlalu cepat.
“Ini bukan anggapan lagi, (ahli Parlimen) memang mengadap Agong (untuk menyatakan sokongan). Jadi dalam masa singkat, saya tidak lihat mereka mengubah pendirian.
“Jika tempoh masa enam atau tujuh bulan, mungkin ada yang ubah fikiran. Jadi berdasarkan ini, Agong berkenan undi percaya tak perlu diadakan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini,” katanya.
Pada 4 September, Idrus berkata tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Ismail di Dewan Rakyat kerana ia bermakna kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara itu boleh diatasi pihak lain.
Sehari selepas itu, pemimpin PH menggesa Idrus meletakkan jawatan, mengatakan beliau “mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.”
Ketiga-tiga pemimpin gabungan itu merujuk kanyataan Istana Negara pada 18 Ogos lalu, sebelum Agong mengesahkan lantikan Ismail sebagai perdana menteri.
Sehari selepas Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sekali gus menyebabkan kelompongan kuasa dalam negara, 220 ahli Parlimen dimaklumkan istana mereka mempunyai tempoh sehingga 4 petang pada 18 Ogos untuk menyerahkan surat akuan bersumpah bagi menyatakan calon pilihan perdana menteri mereka.
Istana juga turut berkata perdana menteri yang baru perlu membentangkan usul undi percaya di sidang Dewan Rakyat bagi mengesahkan sokongan terhadap pemimpin negara yang baru.
Bagaimanapun, istana tidak mengulangi syarat tersebut ketika ia mengumumkan Ismail mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat pada 20 Ogos lalu, susulan Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Agong maklumkan tidak perlu usul undi percaya terhadap PM, dedah menteri



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/09/07/agong-maklumkan-tidak-perlu-usul-undi-percaya-terhadap-pm-dedah-menteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Bab Melawan No 1 Usul Undi Percaya Menteri Agama Melawan Titah Agong

Dia Bab Melawan No 1 Usul Undi Percaya Menteri Agama Melawan Titah Agong

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 208 hits
September 5 2021 Naib Presiden PAS Idris Ahmad berpandangan bahawa tiada keperluan untuk melakukan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen Idris berkata keabsahan pelantikan Ismail Sabri tidak p...
Tiada Usul Undi Percaya Terhadap Pm Dalam Sidang Dewan Rakyat Akan Datang

Tiada Usul Undi Percaya Terhadap Pm Dalam Sidang Dewan Rakyat Akan Datang

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 216 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE August 31 2021Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung 6 September depan ditangguhkan kepada 13 September dan tidak ada usul undi percaya kepada perdana menteri Menurut ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Si...
Dr M Tak Setuju Undi Percaya Terhadap Pm

Dr M Tak Setuju Undi Percaya Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 214 hits
Pada 18 Ogos lalu Yang di Pertuan Agong bertitah perdana menteri baharu dilantik perlu melaksanakan undi percaya untuk membuktikan keabsahan di Parlimen PETALING JAYA Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Parlime...
Undi Percaya Pm Boleh Jejas Kuasa Agong Peguam Negara

Undi Percaya Pm Boleh Jejas Kuasa Agong Peguam Negara

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 321 hits
malaysiakini comDiterbitkan 4 Sep 2021 6 36 pmMemandangkan Yang di Pertuan Agong telah melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan maka tidak perlu undi percaya di Dewan Rakyat kata Peguam Negara I...
Anwar Undi Percaya Terhadap Ismail Sabri Dia Takut Sama Sama Dia

Anwar Undi Percaya Terhadap Ismail Sabri Dia Takut Sama Sama Dia

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 380 hits
ARIF ATANPengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh menganggap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob takut dengan parti parti dalam kerajaan berhubung tuntutan undi percaya Presiden PKR itu berkata proses undi percaya mer...
Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 316 hits
Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan agar melaksanakan usul Undi Percaya pada sidang Parlimen sesi September ini atau menghadapi kehilangan keyakinan rakyat terhadap pentadbirannya seperti bekas PM Mahiaddin Yassin...
Anwar Dakwa Belum Ada Petanda Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini

Anwar Dakwa Belum Ada Petanda Usul Undi Percaya Akan Di Buat Di Parlimen Setakat Ini

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 420 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata belum ada petanda usul undi percaya akan diadakan di Parlimen setakat ini walaupun Yang di Pertuan Agong menitahkan Perdana Menteri baharu perlu menunjukkan beliau mendapat sok...
Tiada Usul Undi Percaya Pm Ismail Takut Tak Cukup Majoriti

Tiada Usul Undi Percaya Pm Ismail Takut Tak Cukup Majoriti

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 278 hits
Ketiadaan usul Undi Percaya dalam jadual sidang Dewan Rakyat kali ini mungkin berpunca daripada ketidakyakinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau akan mendapat sokongan majoriti Ahli ahli Parlimen Menurut Ketua Whi...
Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Isham Jalil Backs Pas Leader For Pm Citing Clean Record On Corruption


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elakkan 5 Jenis Buah Ini Ketika Diet

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup

Pertama Kali Makan Nasi Khao Mok Sedap Laparoti

Agar Agar Pandan Gula Melaka 3 Lapis Cantik Ini Resipinya

Bila Yang Tenang Dituduh Ribut