Tarikh Tukar Duit Raya 2019 Di Bank Cimb Maybank Dan Lain Lain
Tarikh Tukar Duit Raya 2019 di Bank CIMB, Maybank dan lain-lain | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Alhamdulillah dah 14 hari kita berada dalam bulan Ramadhan. Puasa, puasa juga. Persiapan raya untuk Syawal jangan dilupakan pula hehe. Mesti ramai yang sedang mencari bila tarikh tukar duit raya di bank untuk tahun 2019 ni kan? Yelah, nanti kalau lambat-lambat tukar duit kecil di bank.. duit kertas RM1/ RM5/ RM10/ RM50 ada yang dah tak ada. Nanti kalau last minit nak pecah duit kecil seringgit, 5 ringgit.. kaunter penukaran duit raya pun dah ditutup haaa baru nak menangis tak berlagu haha. So, time awal awal lah kalau nak buat tukaran duit raya dan dapat duit raya baru, cantik dan fresh 'keluar' dari bank! Kalau dah nak dekat raya baru nak pergi bank tukar duit, takut duit baru dah habis & duit kecil tak available je nanti.
Tukar Duit Raya 2019 di BankTarikh Tukar Duit Raya 2019 di Bank:CIMB - 22 Mei 2019MAYBANK - 23 Mei 2019Lain lain bank - 24 Mei 2019
Haa ingat tarikh tu. Nak dekat dah. Tak lama je lagi. Mana yang suka duit baru cetak, take note the date!
BACA JUGA: Staff Bank Beri Tips.. 7 Syarat Tukar Duit Raya di Bank!
Pengalaman Tukar Duit Raya di Bank Untuk Kali Pertama! (2018)Korang jangan jadi macam saya dan umi saya pada tahun lepas. Tukar duit raya last minute di bank, haa baru tahu erti kesal dan insaf hahaha. Terus trauma walaupun it was the first time saya tukar duit di bank.
Bayangkan.. esok lusa nak sambut hari raya, harini baru nak pergi tukar. Memang saja menempah la kan? haha.
Mula mula semangat je pergi bank CIMB (dalam hati berdoa moga kaunter still buka), tup tup penukaran duit raya dah tutup. Then, Maybank? Sama juga hasilnya. Dah tak boleh tukar duit.
Merata bank pergi.. last last rezeki kan Allah nak bagi. Pergi PUBLIC Bank. Saja nak try nasib. Fuhh FINALLY! Nasib baik kaunter masih dibuka. Tu pun berderet orang beratur nak tukar duit.Tukar Duit Raya 2019 di BankAl-maklumlah, baru pertama kali kan. Blur nak buat apa mula mula masuk bank tu haha. Tak tahu cara nak tukar duit. Tak tahu nak tulis apa dekat kertas yang diberi.
Tapi selepas tanya staff Bank yang bertugas di situ dan dia pun tolong terangkan.. okayy after that everything berjalan lancar je walaupun perjalanan menuju ke kaunter tu memakan masa yang agak lama.Tukar Duit Raya 2019 di BankTukar Duit Raya 2019 di BankTukar Duit Raya dengan my Umi!Tukar Duit Raya 2019 di BankKesimpulannya.. bersusah sudah dahulu, bersenang senang kemudian. Bersusah susah sikit pergi bank awal untuk tukar duit, bersenang lenang di kemudian hari tak perlu beratur panjang.
Gitchuww haha.
Okay till next time, daa~ wassalam! :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2019/05/tarikh-tukar-duit-raya-2019-di-bank.html