Hati Hati Tinggalkan Rumah Musim Orang Nak Cari Duit Raya


Oleh : Nazia Suhaimi

Lepas solat Jumaat, saya terima panggilan dari brader Pos Laju. Brader pos cakap ada parcel untuk saya. Saya jawab kami dah dua hari balik kampung di Kota Tinggi. Brader pos cakap eh? Pintu rumah akak terbuka ni.
 

 
Saya terus mengeletar. Baru semalam kecoh dalam group wasap komuniti, rumah jiran kena pecah. Emas dan wang tunai 2k lesap. Saya tanya, pintu pecah ke? A'ah kak pintu pecah ni, jawab brader Pos.

Saya terus lari bergegas kejutkan suami, bos baru lelap balik dari masjid. "Bang! Bang! Rumah kita kenah pecah!"

Saya panik! Terus wasap dalam group komuniti minta jiran tengokkan rumah. Ya, memang kena pecah. Saya terus call polis minta tolong datang rumah. Kami bergegas bersiap balik Putrajaya.

On the way balik, terima wasap dari adik cleaner. Katanya pagi tadi dia menyapu depan rumah, pintu masih berkunci. Jam 11 pagi, jiran searas lalu depan rumah, pintu dah terbuka.

6 jam perjalanan dalam kereta, rasa sangat lama. Kami banyak berdiam diri. Bercampur-baur perasaan.

Sampai rumah, nak luruh jantung. Duit tunai RM500 buat beli barang dapur untuk Ramadan ini, lesap. Duit tu sebenarnya tertinggal. Bilik-bilik pula macam tongkang pecah. Stor dengan dapur pun tak terkecuali.

Sedih. Marah. Kecewa. Semua ada. Saya tengok suami, suami tengok saya.

Polis call minta nyatakan berapa nilai kerugian. Report dah dibuat petang tadi oleh pihak polis. Tak banyak, tak sampai RM1k.. Tapi duit RM500 tadilah saja yang ada buat nak hidup sampai gaji nanti.

Polis pun siap pesan, sekarang ni memang dah banyak kes pecah rumah di Putrajaya. Kalau nak tinggalkan rumah, bawa sekali barang berharga.

Allah Maha Baik. Syukurlah masih ada sedikit simpanan. Ini pun macam nak habis nyawa menabung.

Rumah kami, rumah kedua yang kena pecah masuk dalam tempoh tak sampai 24 jam. Modus operandi jenayah sama, tak tinggalkan mangga. Polis syak, suspek ada alat yang boleh merosakkan mekanisma mangga. Kerja mungkin 2 orang, sebab pintu rumah kami berat. Pintu ni solid. Mana mungkin orang tak dengar masa pintu dipecahkan. Benda yang suspek ambil, sama. Duit dan emas je. Lain tak usik.

Malam itu, anxiety saya triggered agak teruk. Saya resah lain macam, nak tidur rumah sendiri jadi takut. Saya ajak suami balik rumah mak di KL. Saya pujuk suami. Kita rehat di KL dulu ya bang. Esok kita kemas.

Semalam, pagi-pagi kami dah balik Putrajaya. Sehari suntuk kami mengemas. Brader maintenance pun dah siap repairkan pintu, pasang lock. Sambil-sambil mengemas, air mata mengalir lagi. Yalah, tak pernah kena kan. Jadi menangislah juga mengenang nasib.

Lepas dah siap semua, usai solat, saja saya selak-selak tafsir Quran. Hati saya tersentak bila terbaca ayat ini;

"Apa yang ada pada kamu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami akan membalas orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan" (97)

"Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan" (98)

"Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam" (99)

"Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka" (100)

Surah An-Nahl.

Saya menangis lagi. Sentap beb. Sebab saya susah hati sangat bab duit sampai solat pun tak khusyuk. Saya lupa, saya ada Allah untuk saya minta sungguh-sungguh. Sungguh saya alpa hanya sebab mengenangkan susah di dunia.

Banyak betul pengajaran pecah rumah ini buat kami. Nak-nak pula, esok sudah masuk bulan Ramadan. Kalau nak difikirkan, sikit saja Allah uji. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, mungkin lebih dasyat dan tragis.

Ya Allah.. Aku mintak maaf Ya Allah, aku mintak ampun..

Terima kasih baca coretan saya disini. Saja tulis panjang-panjang, buat kenangan.

Dengan rasa rendah diri, saya Nor Nazia Suhaimi, minta ampun dan minta maaf atas segala salah silap saya. Sama ada saya sedar atau tidak. Saya betul-betul minta maaf.

Selamat menyambut bulan puasa, sahabat. Semoga kita pulun kejar pahala.

Ahlan wasahlan Ya Ramadan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/hati-hati-tinggalkan-rumah-musim-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baliklah Ayah Tak Tahu Nak Cari Kamu Di Mana Lagi Remaja Perempuan Sudah Tiga Hari Tidak Pulang Ke Rumah

Baliklah Ayah Tak Tahu Nak Cari Kamu Di Mana Lagi Remaja Perempuan Sudah Tiga Hari Tidak Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 403 hits
Baliklah Ayah Tak Tahu Nak Cari Kamu Di Mana Lagi Remaja Perempuan Sudah Tiga Hari Tidak Pulang Ke Rumah Kehilangan seorang remaja perempuan sejak Selasa lalu membuatkan keluarganya bimbang dan terpaksa membuat laporan polis selain merayu k...
Cari Panduan Untuk Berjaya Sertai Program Keusahawanan Nak Ubah Hidup 2019

Cari Panduan Untuk Berjaya Sertai Program Keusahawanan Nak Ubah Hidup 2019

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 679 hits
Setiap tahun kita pasti berazam untuk berjaya dalam hidupkan tapi selalu terbabas tak tau hala tuju dan matlamat Kita inginkan hidup yang bebas dari masalah kewangan tekanan kehidupan perniagaan dan peribadi tapi tak tahu macam mana menguru...
Semudah Abc Tak Perlu Guna Oven Inilah Cara Nak Buat Choco Ball Paling Mudah Dan Sedap Untuk Santapan Hari Raya

Semudah Abc Tak Perlu Guna Oven Inilah Cara Nak Buat Choco Ball Paling Mudah Dan Sedap Untuk Santapan Hari Raya

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 820 hits
Pejam celik lagi 3 minggu saja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Pasti anda sudah membuat persiapan baju raya kan Selain baju raya mesti ada dalam kalangan anda yang tengah sibuk selongkar resepi kuih muih untuk dijadikan hidang...
Tak Lama Nak Raya Ini Rutin Kecantikan Puteri Diana Setiap Hari Bolehlah Cuba

Tak Lama Nak Raya Ini Rutin Kecantikan Puteri Diana Setiap Hari Bolehlah Cuba

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 689 hits
Tak Lama Nak Raya Ini Rutin Kecantikan Puteri Diana Setiap Hari Bolehlah CubaPuteri Diana
Nak Reject Ni Customer Tak Cukup Duit Ibu Dua Anak Hanya Tunduk Bila Dimalukan Oleh Cashier Kedai Eco

Nak Reject Ni Customer Tak Cukup Duit Ibu Dua Anak Hanya Tunduk Bila Dimalukan Oleh Cashier Kedai Eco

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 476 hits
Apabila sebut sahaja kedai Eco mula terbayang pelbagai aneka barangan yang dijual dengan harga RM2 Kedengaran sahaja RM2 tetapi yang dibawa pulang bukan setakat berpuluh puluh tetapi kadangkala beratus ratus Ini situasi bagi yang berkemampu...
Buat 5 Tips Ini Sepanjang Ramadan Duit Berkepuk Menjelang Hari Raya

Buat 5 Tips Ini Sepanjang Ramadan Duit Berkepuk Menjelang Hari Raya

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 518 hits
Ikut logik akal sepanjang bulan puasa perbelanjaan kita semakin berkurangan
Rumah Mampu Milik Pun Nak Sub Pada Negara China

Rumah Mampu Milik Pun Nak Sub Pada Negara China

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 777 hits
Kontraktor Dalam Negara bakal gulung tikar Antara Kejayaan Kerajaan PH adalah memberi Projek Pembinaan Rumah Mampu Milik kepada Negara China Ini adalah Penindasan kepada Kontraktor dalam Negara yang amat jelas Apa susahkah membina Rumah Mur...
Kalau Betul Nak Bertudung Ikhlaskan Hati Kuatkan Iman

Kalau Betul Nak Bertudung Ikhlaskan Hati Kuatkan Iman

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 353 hits
Sejak kebelakangan banyak cerita yang tidak sedap di dengar dan seperti sudah menjadi satu trend apabila satu demi satu selebriti membuat keputusan The post appeared first on
Resepi Ayam Ungkep Sempena Bulan Puasa Ni Cari Cari Idea Nak Masak Apa Untuk Berbuka

Resepi Ayam Ungkep Sempena Bulan Puasa Ni Cari Cari Idea Nak Masak Apa Untuk Berbuka

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1086 hits
Resepi Ayam Ungkep Bahan Resepi Ayam Ungkep Jawa 1 ekor ayam 1 batang serai diketuk 1 keping asam keeping 3 helai daun limau purut Sedikit air 2 senduk minyak masak Garam dan gula secukup rasa 1 sudu makan jintan putih ditumbuk 1 sudu makan...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur