Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Berbagai Pilihan Ada Untuk Semua


Hello pembaca kesayangan,


Baru-baru ini Misz-ella telah menghadiri Majlis Pelancaran Koleksi Baju raya Jakel 2019 bersama Duta Jakel dan pelancaran jakelstore.my di Jakel Mall, Kuala Lumpur.
Majlis pelancaran yang diadakan secara santai ini telah dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel dan dihadiri oleh duta-duta Jakel iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana dan Ayda Jebat. Turut memeriahkan kempen Raya Jakel 2019 adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan anak comel pasangan ini iaitu Yusuf Iskandar.


Hampir ke semua duta Jakel berborak santai di majlis ini berkongsi kisah tentang kelebihan baju melayu mereka tahun ini. Aktor terkenal Aaron Aziz berkongsi kisah koleksi baju Melayu Aaron Aziz yang direka khas dan khusus untuk memberikan kekemasan dan keselesaan. Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz istimewa dan ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna.
Bagi mereka yang gemarkan potongan slim fit, boleh lah tinjau koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak ) dan di pergelangan tangan (sleeve). Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad juga telah diinovasi menjadi mesra wuduk dimana ada zip di lengan untuk memudahkan pengambilan wuduk. Zip di tepi badan juga ada untuk beri si pemakainya lebih selesa. Terdapat lebih dari 60 pilihan warna baju Melayu Nabil Ahmad, so you all jangan risau tak dapat cari warna pilihan buat hari raya tahun ini ye ..
Menariknya di Jakel, kesemua pembelian baju Melayu akan mendapat kain samping dan butang baju melayu percuma. Jimat, kan!
Awal Ashaari tak ketinggalan bercerita tentang koleksi Baju Melayu Awal Ashaari yang mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Koleksi baju Melayu Awal Ashari lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari.
Manakala pelakon Hairul Azreen bercerita tentang koleksi kurta raya beliau yang sangat selesa bila dipakai di hari raya.
Koleksi Kurta Hairul Azreen dibuat menggunakan kain coton yang berkualiti  dan diberi kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini juga turut dilengkapi dengan detailing poket dan berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Bukan kurta sahaja, ada juga Koleksi Baju Melayu Hairul Azreen tau!

Jangan risau kalau you all bersaiz besar kerana Jakel turut menyediakan produk baju Melayu plus size
Yang ni Misz-ella tak sabar nak cerita .. iaitu Koleksi baju Kurung moden Jakel 2019. Bagi tahun 2019, Jakel masih mengekalkan Koleksi Baju Kurung Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, kesemua koleksi baju kurung dibawah label-label tersebut direka khas bersesuaian dengan citarasa wanita moden terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya.



Pelbagai pilihan ada .. buat yang mahu nampak lebih glam, bolehlah pilih baju kurung moden Hanis Zalikha ini.
Yang ini simple tetapi tetap menarik!
Kalau nak sedondon dengan pasangan pun tiada masalah kerana di Jakel, semuanya ada *koleksi Hanis Zalikha dan Hairul Azreen*




Koleksi Baju Kurung Moden Ayda Jebat juga mencuri perhatian Misz-ella kerana designnya sangat menarik! Haihhh .. Meriahlah raya kita dengan koleksi Jakel Barulah Raya ni, kan!

Koleksi Baju Kurung Moden Scha Alyahya juga tak kurang hebatnya... sweet-sweet je, kan.  Wahhh .. rambang mata kita di Jakel Mall ni tau .. semuanya lawa-lawa, cantik-cantik belaka ..

Koleksi baju raya buat si cilik juga ada iaitu koleksi Upin & Ipin dan Yusuf Iskandar. 
Selain dari suasana mall yang selesa, pilihan pakaian yang banyak dan merupakan one stop centre dimana kita boleh membeli pakaian raya buat sekeluarga di sini, Jakel juga mengadakan sessi jualan lelong dimana pengunjung berpeluang untuk membeli pakaian idaman hati dengan harga yang lebih rendah. Sambil-sambil sibuk membeli belah tu, jangan lupa pasang telinga dan beli ketika acara Lelong sedang dijalankan. Jimat banyak you alls!


Satu lagi berita baik ialah, pada hari tersebut, pihak Jakel telah melancarkan kedai online Jakel iaitu JAKELSTORE.MY. Pihak Jakel sangat prihatin dengan permintaan para pelanggan yang berada di kawasan yang tiada kedai fizikal Jakel tetapi merupakan peminat jenama Jakel dan mahu mendapatkanbarangan Jakel. So dengan cara ini tiada lagi masalah atau rungutan tak dapat beli baju cantik Jakel kerana kini barangan Jakel boleh didapati di hujung jari sahaja! Jangan lupa layari www.JAKELSTORE.MY, tekan butang demi butang di keyboard you all dan mulalah bershopping!
Jakel turut meraikan golongan asnaf, golongan OKU dan anak-anak yatim dengan meraikan mereka di hari bersejarah ini. Ini sememangnya merupakan salah satu dari tanggungjawab sosial korporat pihak Jakel. Golongan asnaf, OKU dan anak-anak yatim ini telah menerima sumbangan baju raya dan duit raya dari pihak Jakel.
Ini gambar Misz-ella di kenduri kahwin anak kak Norehan menggayakan Koleksi baju raya Hanis Zalikha 2018! Tahun ni taktau lagi yang mana satu kerana koleksi Jakel barulah raya lebih meriah!


So pembaca-pembaca sekalian, Misz-ella dah habis berkongsi kisah pada Majlis Pelancaran Koleksi Raya 2019 Jakel. Sejujurnya, saya sangat bangga dengan Jakel, syarikat textile milik 100% Bumiputera yang bermula di bandar Muar pada tahun 1983, kemudian membuka cawangan di Segamat, lepas tu berkembang dengan Kedai Jakel di Jalan Bunus, seterusnya Jakel Mall di Jalan Munshi Abdullah ini dan hari ini, Jakel telah mencipta satu lagi sejarah dengan wujudnya kedai online Jakel.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen Jakel Barulah Raya, you all jangan lupa ikuti media sosial Jakel di sini ye :-
Instagram Jakel TextileFacebook Jakel Textile







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://misz-ella.blogspot.com/2019/05/koleksi-jakel-barulah-raya-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Dan Jakelstore My

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Dan Jakelstore My

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 467 hits
KOLEKSI JAKEL BARULAH RAYA 2019 DAN JAKELSTORE MY Assalamualaikum semua Ni nak tanya korang dah buat persiapan untuk raya ke Kalau dah baguih la senang kalau buat persiapan awal ni Nanti takdak la kalut kan Lagipun bila dah masuk bulan puas...
Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Kini Atas Talian

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Kini Atas Talian

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 385 hits
Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Kini Atas Talian l Assalamualaikum Siapa tak kenal Jakel kan Destinasi wajib untuk shopping kelengkapan raya kot tu Macam Ana sendiri wajib setiap tahun ke Jakel Sebab apa Sebab senang tau korang semua under ...
Jakel Barulah Raya 2019

Jakel Barulah Raya 2019

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 786 hits
Jakel Barulah Raya 2019Jakel Barulah Raya 2019 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Baru sahaja masuk Ramadan pastinya ramai yang sedang mencari baju raya awal sebelum kehabisan stok kan Kalau cari awal mesti banyak lagi saiz dan fesyen yan...
Jakel Mall Melancarkan Koleksi Baju Raya 2019 Bersama Duta Jakel Jakelstore My

Jakel Mall Melancarkan Koleksi Baju Raya 2019 Bersama Duta Jakel Jakelstore My

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1409 hits
Setiap tahun Jakel Mall memang sangat terkenal dengan fesyen baju raya terkini up to date dan menarik untuk kita membeli baju raya di sini Bukan baju raya sahaja malah segala kain pasang sampin kain untuk langsir carpet pun turut jual di Ja...
Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di Jakelstore My

Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di Jakelstore My

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 869 hits
Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore my Assalammualaikum semua Seiring dengan perkembangan teknologi dan kemudahan internet yang tersedia di hujung jari Jakel Textile juga tidak ketinggalan melancarkan laman sesawang
Lelong Besar Besaran Di Jakel Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019

Lelong Besar Besaran Di Jakel Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 1043 hits
Korang dah siap shopping baju raya Kalau belum jomlah ke Jakel cuci mata sambil cuci poket Kenapa korang perlu ke Jakel Sebab ada lelong besar besaran di Jakel sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 Kira kalau korang shopping kat Jakel ni semua ...
Pelancaran Kempen Jakel Barulah Raya Dan Jakelstore My

Pelancaran Kempen Jakel Barulah Raya Dan Jakelstore My

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1600 hits
Alhamdulillah syukur masih diberi peluang berjumpa Ramadhan sekali lagi bulan mulia yang dinanti nantikan yang penuh keberkatan bulan yang sangat di rindui oleh semua umat Islam di seluruh dunia dalam meningkatkan amal ibadat dan merebut pa...
Koleksi Baju Raya Yang Cantik Dari Jakel Dan Pelancaran Jakelstore My

Koleksi Baju Raya Yang Cantik Dari Jakel Dan Pelancaran Jakelstore My

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 907 hits
Koleksi Baju Raya Yang Cantik Dari Jakel Dan Pelancaran jakelstore my Assalamualaikum Sabtu baru baru ni Amni pergi ke majlis pelancaran koleksi baju raya yang cantik dari Jakel bersama dengan duta duta Jakel tahun ni Majlis ni berlangsung ...
Jakel Barulah Raya Boleh Dibeli Online Untuk Pakaian Jenama Selebriti Popular

Jakel Barulah Raya Boleh Dibeli Online Untuk Pakaian Jenama Selebriti Popular

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1331 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Maha nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua moga puasa tahun ni lebih bermakna Walaupun masih terlalu awal kita di bulan penuh Al ...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional