Tarik Balik Bantahan Mccbchst Cabaran Terhadap Islam Kata Pas


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 3, 2024 1:54 PM
PAS hari ini menyelar kumpulan antara agama bukan Islam yang membantah cadangan menempatkan pegawai agama Islam di semua jabatan kerajaan

Menurut Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, bantahan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) itu jelas menunjukkan sikap Islamofobia dan cabaran mereka terhadap Islam.
“PAS mendapati pendirian MCCBCHST mempunyai kesan yang serius, malah merupakan cabaran terhadap hak orang Islam untuk mengamalkan agama mereka dengan bebas, hubungan baik dan keharmonian dalam masyarakat, serta menimbulkan persoalan berkenaan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, menurut Takiyuddin, MCCBCHST berselindung di sebalik tafsiran undang-undang yang tersasar, dan mahu menjadi hakim serta pendakwa untuk menentukan amalan orang Islam yang tidak berkaitan dengan kedudukannya.

Katanya, MCCBCHST juga seolah-olah mempersoal kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

“PAS terkilan dan kecewa atas sikap pendirian mereka yang sengaja menimbulkan suasana tidak harmoni dan permusuhan dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Rujukan dan tafsiran sumbang undang undang dikemukakan mereka hanya topeng untuk menyembunyikan wajah dan niat sebenar yang lebih gelap dan berbahaya.

“Naratif sumbang dan berbahaya MCCBCHST bukan sahaja dibuat tanpa bukti, malah timbul sebaik sahaja kita menyambut Hari Kebangsaan ke-67,” katanya.

Tambah Takiyuddin, MCCBCHST jelas menunjukkan sikap Islamofobianya berserta naratif sumbang untuk menggambarkan bahawa sebarang langkah dan usaha untuk menambah baik kedudukan dan pengamalan Islam di negara ini merupakan ancaman terhadap hak dan kebebasan orang bukan Islam.

Semalam, kumpulan antara agama bukan Islam itu dalam kenyataan media bersama mereka berkata, tindakan itu berpotensi menjejaskan jaminan perlembagaan termasuk hak asasi yang dilindungi oleh Perkara 5 hingga 13, yang juga membentuk struktur asas perlembagaan.

Menurut MCCBCHST, penglibatan Jakim dalam penggubalan dasar kerajaan untuk memastikan ia sejajar dengan prinsip Islam adalah dalam ruang awam sedangkan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian.
Selanjutnya, mereka berkata, pencerobohan dalam ruang awam itu mungkin tidak berperlembagaan kerana ia boleh menjejaskan hak asasi yang dijamin kepada semua rakyat negara ini.

Kenyataan MCCBCHST itu ditandatangani bersama oleh presidennya Tan Hoe Chieow, dan naib-naib presidennya, Julian Leow, Chuan Yuan, Ganesh Babu Rao serta Sardar Jagir Singh.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, dalam konteks kebebasan orang Islam untuk mengamalkan agama mereka, sama seperti bantahan terhadap cadangan pindaan Akta 355, MCCBCHST sekali lagi menunjukkan sikap melampau dan angkuhnya untuk campur tangan dalam urusan orang Islam.

Dia juga berkata, MCCBCHST seolah-olah mempersoalkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan serta dukungan undang-undang terhadap ruang lingkup, bidang kuasa serta peranannya dalam pentadbiran negara dan kehidupan awam rakyat.
Sehubungan itu, katanya, PAS menggesa MCCBCHST agar menarik balik kenyataan mereka yang dianggap sebagai tidak berhemah.

“PAS juga percaya MCCBCHST harus kembali kepada peranan asalnya sebagai badan perundingan antara agama dengan tujuan yang murni ke arah persefahaman dan keharmonian hubungan antara kelompok-kelompok agama di Malaysia.

“... dan bukannya menjadi barisan depan atau jurucakap kepada mana-mana kumpulan, aliran atau ideologi politik yang boleh memecahkan kerukunan hidup bersama,” katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/tarik-balik-bantahan-mccbchst-cabaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarik Balik Gelaran Federal Dari Penjenayah Kata Agong

Tarik Balik Gelaran Federal Dari Penjenayah Kata Agong

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 275 hits
Tarik balik gelaran federal dari penjenayah kata Agong ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be DAT70QD2WOo src in org https www youtube com embed DAT70QD2WOo wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www yo...
Tarik Balik Kenyataan Sijil Halal Dan Mohon Maaf Kata Pemuda Bersatu

Tarik Balik Kenyataan Sijil Halal Dan Mohon Maaf Kata Pemuda Bersatu

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 276 hits
suaramerdeka 7 September 2024PEMUDA Bersatu meminta Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya mengenai pensijilan halal untuk semua premis makanan yang tidak menghidangkan daging babi atau alkoh...
Lagi Pas Bantu Rakyat Dap Bia Dap Masuk Islam

Lagi Pas Bantu Rakyat Dap Bia Dap Masuk Islam

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 426 hits
1 Lagi PAS bantu rakyat Peneroka Perasu paling awal terima geran di Gua Musang al hamdulillah GUA MUSANG Peneroka di Felda Perasu di DUN Nenggiri agak bernasib baik kerana mereka paling awal menerima geran hak milik tanah daripada kerajaan ...
Sijil Halal Sikap Ekstrem Dap Terhadap Islam

Sijil Halal Sikap Ekstrem Dap Terhadap Islam

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 348 hits
harakahdaily comSeptember 8 2024Dr Muhammad Khalil Abdul HadiKUALA TERENGGANU Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi melihat kenyataan pemimpin DAP berhubung sijil halal adalah satu contoh sikap ekstrem dan melampau parti...
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Gesa Tarik Balik Gelaran Tan Sri Muhyiddin

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Gesa Tarik Balik Gelaran Tan Sri Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 247 hits
KUANTAN Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Lee Chin Chen menggesa agar gelaran Tan Sri yang diberikan kepada bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin ditarik balik Menurut Lee ini kerana kenyataan pengerusi Perikatan Nasional yang ...
Lagi Pas Tarbiah Sukan Fu Ceen Peluk Islam

Lagi Pas Tarbiah Sukan Fu Ceen Peluk Islam

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 498 hits
Fu Ceen Put Thai atau nama Islamnya Fathurrahman 1 Raih pingat emas SUKMA 2024 Fu Ceen peluk agama IslamKUALA LUMPUR Atlet taekwando Terengganu Fu Ceen Put Thai yang meraih pingat emas dalam penampilan sulungnya di Sukan Malaysia 2024 di Bu...
Anwar Betrays Reform By Endorsing Appointments For Political Loyalty

Zaid Toys With Bold Rafizi As Macc Chief

Bahagia Cara Sendiri

Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Cerai Fast Track Jimat Masa Kurang Tekanan

Rafizi Needed To Be Out Of The Way So Ph Can Work With Pn In Ge16

Tauhu Bergedil Sambal Kicap

Kenapa Seks Sangat Penting Dalam Rumahtangga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Dan Terima Kasih

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Harimau Merah Intrik Dalaman

Resipi Telur Bistik Sos Black Pepper Menu Simple Tapi Menggoda Selera

Trump Menjadi Pemacu Dinamik Pasaran

Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam