Tak Semua Orang Mampu Me Time Lain Ceritanya Bila Anak High Need Baby Tabahlah Ibu


Ujian setiap dari kita tidak tidak sama. Ada yang dikurniakan rezeki dan dipermudahkan dari pelbagai perkara. Namun ada juga diuji dengan hal-hal yang tidak dijangka.
Dikurniakan dengan rezeki masa untuk ber ‘me time’ bersama kawan-kawan sememangnya satu rezeki yang perlu disyukuri. Ada ibu yang langsung tidak punya masa me time, semuanya gara-gara ‘high need baby’.

Sebab itulah bila punya waktu untuk ber me time, maka gunakanlah sebaiknya. Perkongsian OT, Pn Maryam Jamadi yang turut berdepan hal yang sama boleh kita jadikan panduan malah jangan sekali mengecam ibu yang me time kerana itu rezeki.
Tak semua orang mampu “Me Time”. Ya “me time” memang bagus, tapi entahlah bagi saya bukan semua ibu mampu nak “me time”.
Masa anak pertama saya Eva masih bayi, dia seorang “high need baby”. Sehinggakan saya terpaksa berhenti kerja sebab Eva menangis sepanjang hari sehingga tak minum susu. Waktu itu dia baru umur 2 bulan.

Saya tak pernah terfikir pun yang saya akan jadi suri rumah. 100% masa bersama dengan anak. Tapi sebab Eva hanya mahukan saya,
Mandi, nak saya mandikan.
Makan, nak saya suap/bersama dia.
Tidur, nak peluk.
Main, dengan saya.
Walaupun suami saya ada sentiasa bersama sebab waktu itu sedang belajar Master. Suami saya cuma boleh uruskan Eva sampai umur 2 bulan sahaja.
Selepas itu, Eva akan menangis setiap kali suami saya uruskan dia. Menangis yang bukan main-main, tapi muka merah air mata hingus semua keluar.
Memang tiada istilah “me time” langsung, kecuali anak tidur. Itu pun tak lama, biasanya 30 minit saya tiada dia akan terjaga. Ini di rumah yang sama, kalau keluar rumah apatah lagi.

Ada sekali itu, saya nak pergi salon konon nak “me time”. Suami saya tunggu sahaja dalam kereta dengan Eva. Waktu itu Eva umur 4 bulan.
20 minit tunggu giliran saya, suami saya telefon sebab Eva menangis menjerit yang sampai muka pucat. Rupanya dia dah menangis sejak saya keluar kereta. Terus tak jadi potong rambut.
Yang tak pernah ada ada jenis “high need” memang tidak akan faham keadaannya. Bayangkan di rumah pun, kalau saya angkat baju, saya berdiri dekat dengan grill untuk Eva tahu saya tak tinggalkan dia pun dia menangis satu taman boleh dengar.
Masa Eva dah besar sedikit, umur 1 tahun 6 bulan saya perlu keluar atas urusan bisnes. Tak lama pun hanya 4 jam sahaja, 4 jam itulah dia menangis tak berhenti sampai demam seminggu. Umur 2 tahun baru ok, boleh tinggal dengan atok nenek. Maka 2 tahunlah, saya tiada “me time”.
Buat apa “me time” kalau hati tak tenang, sebab saya tahu anak saya menangis sepanjang saya tiada. Jadi, saya faham sangat kalau ada ibu-ibu yang lebih suka “we time” dari “me time”. Lagi-lagi anak kecil lagi, tapi dalam masa yang sama jangan kecam pula ibu-ibu yang selalu “me time”.

Masa Eva umur 3 tahun 6 bulan, saya mengandung anak kedua, saya fikir nak luangkan masa dengan kawan-kawan sebab risau anak kedua pun sama macam Eva.
Itulah kali pertama saya bercuti dengan kawan tanpa anak. Tak pergi jauh pun, kami ke Langkawi 3 hari 2 malam. Seronok sangat sebab boleh borak non-stop.
Sekarang, saya dah mampu untuk “me time” dengan tenang. Anak kedua saya bukan kategori “high need baby”, dia rapat juga dengan papanya berlainan dengan Eva yang hanya mahukan saya.
Begitulah. Bagi saya bukan semua orang “mampu” untuk “me time”. Yang penting pasangan perlu selalu memahami, syukur sangat waktu fasa Eva melekat 24 jam dengan saya memang suami saya banyak bantu.
Beliaulah yang masak 100% di rumah, sebab kalau saya yang masak memang nak kena dukung Eva atau biar dia menangis macam kena dera.
Jadi, sampai sekaranglah suami saya pegang tugasan memasak di rumah.
Mak-mak lain, cuba cerita sikit “me time” kalian 😍
Menarik: Sikit Lagi Dengar Sampai Kuala Kedah, Marah Anak Macam Komando, Ramai Terhibur Dengan Suara Mua Bellaz

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma
The post “Tak Semua Orang Mampu Me Time” Lain Ceritanya Bila Anak “High Need Baby” Tabahlah Ibu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-semua-orang-mampu-me-time-lain-ceritanya-bila-anak-high-need-baby-tabahlah-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Bahasa Melayu B Terkedu Ibu Dengar Jawapan Spontan Anak Selamba Je Dia

Kenapa Bahasa Melayu B Terkedu Ibu Dengar Jawapan Spontan Anak Selamba Je Dia

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 122 hits
Bila anak dah masuk sekolah sudah menjadi harapan kita untuk mereka dapat menguasai subjek yang diajarkan di sekolah Memang lega rasanya bila anak anak dapat memahami apa yang diajarkan oleh guru mereka Sebagai ibu ayah kita juga memainkan ...
Cepat Abang Tinggalkan Mama Luluh Hati Ibu Anak Terk0rban Dalam Perjalanan Kerja

Cepat Abang Tinggalkan Mama Luluh Hati Ibu Anak Terk0rban Dalam Perjalanan Kerja

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 297 hits
Seorang remaja lelaki terk0rban selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemaIangan dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Tunku Bendahara berhampiran Wisma Darul Aman Alor Setar semalam Dalam kejadian jam 9 pagi itu mngsa yang dikenali d...
Tak Perlu Stress Urus Anak Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik Makin Kuat Dalaman

Tak Perlu Stress Urus Anak Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik Makin Kuat Dalaman

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 117 hits
Tak dinafikan bergelar suri rumah tangga terus membuatkan kita stress dan mula memikirkan pelbagai perkara Tak perlu stress melampau sehingga memudaratkan diri sendiri Cari aktiviti apa jua untuk me time dan terapi untuk diri sendiri Namun ...
Lasak Betul Masa Mengandung Anak Pun Aktif Sekali Tak Duduk Diam Macam Ibu

Lasak Betul Masa Mengandung Anak Pun Aktif Sekali Tak Duduk Diam Macam Ibu

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 220 hits
Mungkin sesetengah wanita hamil menganggap waktu mengandung untuk berehat Tidak boleh bergerak aktif atau terlalu lasak dikhuatiri memberi kesan kepada kandungan Sebenarnya jika seseorang wanita hamil itu aktif dan banyak bersenam sewaktu m...
Telefilem Anak Ibu Buangan Ibu

Telefilem Anak Ibu Buangan Ibu

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 193 hits
Tonton Telefilem Anak Ibu Buangan Ibu telefilem Cerekarama TV3 ulang siaran pada hari Isnin 9 Januari 2023 pukul 8 30 malam di slot Skrin di 9 TV9 Telefilem Anak Ibu Buangan Ibu telefilem arahan Ellie Suriaty Omar dibintangi pelakon Janna N...
Keluarga Kecil Kami Bertambah Kongsi Gambar Baby Bump Nina Nadira Umum Hamil Anak Kedua

Keluarga Kecil Kami Bertambah Kongsi Gambar Baby Bump Nina Nadira Umum Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 162 hits
Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi Nina Nadira yang mengumumkan kehamilan anak keduanya baru baru ini Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nina menerusi laman Instagramnya Malah Nina juga menzahirkan rasa syukur selepas...
Beri Ruang Isteri Me Time Suami Tak Kisah Bawa Anak Main Badminton Siap Dukung

Beri Ruang Isteri Me Time Suami Tak Kisah Bawa Anak Main Badminton Siap Dukung

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 197 hits
Menjadi seorang ibu bukanlah kerja yang mudah Menguruskan keluarga menyediakan segela keperluan suami dan anak anak sememangnya meletihkan Sesekali perlu juga recharge tenaga dapat rehat sekejap pun dah puas hati Dapat suami yang sentiasa b...
Ya Allah Lain Masa Anak D4ra Dengan Dah Ber4nak Pinak Ni Penampilan Baharu Almy Nadia Buat Ramai Terkejut

Ya Allah Lain Masa Anak D4ra Dengan Dah Ber4nak Pinak Ni Penampilan Baharu Almy Nadia Buat Ramai Terkejut

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 326 hits
Pelakon Datin Almy Nadia atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah 36 sudah lama juga tidak muncul di kaca televisyen Dalam perkembangan terbaru Almy kembali menjadi bualan ramai gara gara melihat perubahan fizikalnya...
Ibu Ini Kongsi Tip Naikkan Berat Anak Dengan Cantik Cuba Amalkan Makanan Ini

Ibu Ini Kongsi Tip Naikkan Berat Anak Dengan Cantik Cuba Amalkan Makanan Ini

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 214 hits
Tengok anak orang lain berselera makan berat badan pun ok automatik tertanya tanya dalam diri kenapa anak kita makan macam macam berat tak naik naik Ini antara cabaran ibu bapa yang berada dalam situasi anak anak susah makan atau tidak mahu...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding