Lasak Betul Masa Mengandung Anak Pun Aktif Sekali Tak Duduk Diam Macam Ibu


Mungkin sesetengah wanita hamil menganggap waktu mengandung untuk berehat. Tidak boleh bergerak aktif atau terlalu lasak dikhuatiri memberi kesan kepada kandungan. Sebenarnya jika seseorang wanita hamil itu aktif dan banyak bersenam sewaktu mengandung, amalan ini dapat memudahkan proses kelahiran kelak.
Sumber foto: www.freepik.com Carilah jenis senaman mengikut kemampuan tubuh. Paling penting, ikuti kelas atau latihan kecergasan yang diawasi oleh instruktor bertauliah. Berminat untuk kekal aktif, tetapi keliru dengan pilihan senaman yang boleh diamalkan?
Baca Juga:
“Pernah Keluar Dari Mulut Dia..” Achey Kongsi Kata-Kata Tiara, Buat Ramai Tersentuh. Sebaknya!
Ibu Rasa Happy Masa Hamil & Lepas Bersalin, Anak Pun Jarang Meragam
“Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah.” 14 Tahun Berkahwin, Beto Kusyairy Bahagia Bersama Isteri
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa jenis senaman yang mungkin tidak anda sangkakan baik untuk wanita mengandung, tetapi amat bagus jika boleh diamalkan.
Carilah senaman yang anda suka kerana ia dapat membantu anda untuk kekal konsisten dan berdisiplin untuk melakukannya. Amalkan senaman sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
Pa&Ma senaraikan beberapa jenis senaman yang boleh anda cuba untuk kekal aktif dan mudah-mudahan memudahkan proses melahirkan anak nanti;
BERLARI
Senaman ini paling cepat dan berkesan untuk mengaktifkan jantung. Selagi tubuh anda berkemampuan, ubah jaraknya selagi tenaga anda mampu menanganinya. Jika baharu mula bersenam, jangan terus berlari. Mulakan perlahan-lahan dengan berjalan terlebih dahulu.
BERENANG
Aktiviti ini sangat baik untuk ibu hamil kerana ia membantu menggerakkan lengan dan kaki. Ia juga membantu mengaktifkan jantung dan paru-paru. Semakin besar kandungan, anda akan dapati tubuh semakin ringan di dalam air.
Menariknya aktiviti ini kerana anda boleh membuat senaman di dalam air yang membantu menguatkan sendi dan mengurangkan masalah edema terutamanya pada hujung waktu mengandung.
YOGA ATAU PILATES
Aktiviti yoga baik kerana ia memngajar anda untuk melenturka tubuh serta bersedia dengan posisi melahirkan bayi. Selain itu, senaman ini banyak mengajar teknik pernafasan yang baik untuk anda guna pakai ketika mahu bersalin.
Regangan yang dibuat haruslah mengikut kemampuan tubuh dan tidak dipaksa. Ikuti kelas dengan instruktor yoga bertauliah.
Sumber foto: www.freepik.com Pilates pula mensasarkan otot-otot yang lemah sewaktu anda mengandung. Anda akan diajar untuk menetapkan masa bersenam serta untuk kekal tenang dalam apa jua situasi. Jika berkesempatan, anda disarankan untuk mengikuti kelas pilates yang dianjurkan oleh jurulatih yang diyakini.
AEROBIK DAN TARIAN
Melakukan aerobik adalah selamat selagi anda melakukannya dengan impak rendah. Ia baik untuk memberi kekuatan kepada otot-otot tubuh anda. Dengan menari, anda akan menggalakkan aktiviti pengepaman darah ke jantung.
Menarilah mengikut jenis muzik yang digemari tetapi elakkan pergerakan lasak seperti melompat atau langkah yang terlalu rumit yang berkemungkinan menyebabkan anda hilang keseimbangan. Menari juga merupakan salah satu terapi terbaik buat wanita hamil.
SENAMAN KUATKAN LANTAI PELVIS
Senaman untuk lantai pelvis bertindak untuk menguatkan bahagian itu. Jika otot lantai pelvis lemah, anda cenderung untuk terkencing ketika bersenam, batuk, bersin atau ketawa. Dengan melakukan senaman ini secara konsisten, ia boleh dielakkan.
Sumber foto: www.freepik.com SENAMAN BEBAN
Jika anda mampu, lakukan senaman ini. Pilih berat mengikut kemampuan dan kekuatan tubuh anda. Biasanya senaman begini dibuat oleh wanita hamil yang sudah biasa melakukannya sebelum mengandung. Ia perlu dilakukan perlahan-lahan dan menggunakan beban yang tidak keterlaluan, sekadar untuk membantu menguatkan otot tubuh.
Senaman bertujuan untuk mengukuhkan otot serta membina ketahanan diri sebagai langkah persediaan untuk membawa bayi dalam kandungan yang semakin membesar.
Aktiviti yang bagus untuk wanita hamil akan mengepam jantung dan memudahkan tubuh untuk dilentur. Anda boleh berlari atau mengangkat berat tetapi rejim senaman harus ditukar mengikut trimester kehamilan.
Bersenam secara konsisten dapat membantu menguatkan bahagian tubuh untuk membawa berat badan yang bertambah, memperbaiki emosi, memberi tenaga, memastikan anda bersedia fizikal dan mental untuk bersalin, memberi tidur berkualiti kepada si ibu dan banyak lagi. Happy workout, mommies!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Lasak Betul Masa Mengandung, Anak Pun Aktif Sekali. Tak Duduk Diam Macam Ibu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lasak-betul-masa-mengandung-anak-pun-aktif-sekali-tak-duduk-diam-macam-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patutlah Anak Bila Dapat Kaki Tak Duduk Diam Rupanya Dia Dalam Fasa Nak Pandai

Patutlah Anak Bila Dapat Kaki Tak Duduk Diam Rupanya Dia Dalam Fasa Nak Pandai

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 219 hits
Anak yang lasak aktif petanda anak bijak dan baik tumbesarannya Jika anak kecil jenis tak mahu duduk diam jangan terus dihulurkan dengan gajet semata mata mahu mereka duduk diam Sebaiknya cari alternatif lain dulu seperti melakukan aktiviti...
Lepas Makan Tinggal Perangai Diva Anak Kerja Bagus Dilayan Macam Vip Pemuda Kesal Sikap Ibu Bapa Berat Sebelah

Lepas Makan Tinggal Perangai Diva Anak Kerja Bagus Dilayan Macam Vip Pemuda Kesal Sikap Ibu Bapa Berat Sebelah

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 186 hits
Satu perkongsian di media sosial baru baru ini telah menjadi bahan perdebatan netizen apabila seorang individu meluahkan rasa kesal kerana menjadi mangsa layanan berat sebelah oleh ibu bapanya sendiri Kata individu yang enggan dikenali itu ...
Ibu Rasa Happy Masa Hamil Lepas Bersalin Anak Pun Jarang Meragam

Ibu Rasa Happy Masa Hamil Lepas Bersalin Anak Pun Jarang Meragam

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 285 hits
Ketika seseorang wanita sedang hamil dia perlu sentiasa berada dalam keadaan positif dan menggembirakan Sebaiknya elakkan rasa tertekan atau sedih semasa dalam tempoh kehamilan Selain menggangu tahap kesihatan si ibu emosi semasa hamil bole...
Kalau Anak Anwar La Ni Habis Tapi Sebab Pas Ni Dah Join Dengan Parti Abahcow Diam Habis

Kalau Anak Anwar La Ni Habis Tapi Sebab Pas Ni Dah Join Dengan Parti Abahcow Diam Habis

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 259 hits
Kalau lah dia ni anak DSAI dah lama dah kena kafir dgn walaun Tapi oleh kerana dia ni anak AbahCow Walaun diam terus x berbunyi Tok Guru Walaun pun dah lari ke laut kot Candat sotong Nak sangat sokong AbahCow PN
Tak Relax Betul Bet Na Sorang Ni Dikritik Bingit Masa Jadi Hos Janna Nick Teruk Dikecam Netizen

Tak Relax Betul Bet Na Sorang Ni Dikritik Bingit Masa Jadi Hos Janna Nick Teruk Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 230 hits
Pelakon dan penyanyi Janna Nick baru baru ini dikritik netizen apabila dia dituduh meniru cara pengacaraan Elly Mazlein dalam sebuah program realiti yang dikendalikan Menjawab kepada kritikan tersebut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah...
Ibu Ayah Nak Buat Aqiqah Untuk Anak Meh Baca Ni Dulu

Ibu Ayah Nak Buat Aqiqah Untuk Anak Meh Baca Ni Dulu

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 222 hits
Mereka yang ada anak kecil mesti tak ketinggalan untuk melaksanakan ibadah aqiqah untuk anak mereka Namun korang tahu tak apa tujuan aqiqah yabg sebenarnya Ibadah aqiqah adalah tanda syukur kepada Allah atas nikmat anak yang diberikan Rujuk...
Tak Semua Orang Mampu Me Time Lain Ceritanya Bila Anak High Need Baby Tabahlah Ibu

Tak Semua Orang Mampu Me Time Lain Ceritanya Bila Anak High Need Baby Tabahlah Ibu

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 243 hits
Ujian setiap dari kita tidak tidak sama Ada yang dikurniakan rezeki dan dipermudahkan dari pelbagai perkara Namun ada juga diuji dengan hal hal yang tidak dijangka Dikurniakan dengan rezeki masa untuk ber me time bersama kawan kawan sememan...
Saya Sayang Dia Lebih Dari Diri Saya Kongsi Foto Kaki Anak Son Yejin Luah Perasaan Lepas Jadi Ibu

Saya Sayang Dia Lebih Dari Diri Saya Kongsi Foto Kaki Anak Son Yejin Luah Perasaan Lepas Jadi Ibu

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 315 hits
Menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada November lalu pasti ramai yang teruja ingin lihat wajah anak Hyunbin dan Son Ye jin kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 24 Disember Son Ye jin telah berkongsi foto kaki anaknya di laman Instagram ...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time