Pintu masuk BBQ Lamb KL Kemensah
Apa yang boleh saya katakan adalah terbaik! Mana tidaknya, bila makan sahaja hidangan mereka terasa cair di dalam mulut.
Bersama kawan-kawan di BBQ Lamb KL Kemensah
Saya yakin jika anda search sahaja tempat ini di dalam Google, pasti anda akan menemui tempat ini. Terletak di Kemensah, pastinya ia merupakan tempat rekreasi bagi warga kota yang inginkan pengalaman bermain air sungai. Jadi BBQ Lamb KL Kemensah ini juga memberikan pengalaman untuk anda menjamu selera di dalam air sungai.
Bersma air yang mengalir tenang di kaki
Satu pengalaman yang berbeza untuk anda yang hadir ke sini dan menjamu selera sambil kaki bermain air sungai yang mengalir jernih. Pastinya akan memberikan pengalaman yang berbeza. Dengan udara segar dari rimbunan pepohonan kayu yang menghijau di sekeliling, pastinya anda akan menghilangkan rasa penat dari hiruk pikuk kota.
Namun yang pastinya, dengan suasana yang sebegini, ditambah dengan hidangan yang memikat dan menyelerakan, pastinya anda akan pesan lagi dan lagi. Sekali makan saya pasti anda akan teringat-ingat akan kesedapan hidangan ini.
Set hidangan utnuk 4 pax
Saya juga tidak terkecuali. Memesan hidangan BBQ yang menampilkan daging lembu, kambing, ayam dan juga itik pastinya memang menjentik selera. Seperti yang saya cakap, ianya memang cair dalam mulut. Secukup rasalah!
Untuk set hidangan yang 4 orang ini, harganya adalah RM150 untuk satu set. Bagi yang hidangan berdua adalah RM90 sahaja. Setiap hidangan dihadirkan bersama nasi, koktail, buah potong dan juga air free-flow. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |