Pengalaman Makan Dalam Sungai Di Bbq Lamb Kl Kemensah


Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah | Assalamualaikum semua.. Tiap kali nampak kengkawan post pasal restoran BBQ Lamb KL Kemensah, tiap kali tu jugak la hati membuak-buak rasa nak pergi. Tapi kalau nak pi sensorang memang tak syok  la kan. Kang risau pulak sesat ke tempat lain. Lagipun tempat ni lebih happening kalau pergi ramai-ramai. So, sis pun plan la dengan kengkawan untuk pergi ke sana. Apa nak jadi, jadi la. Sis tetap nak pi.. hahaha.


Plan punya plan akhirnya impian sis nak makan kat sini tercapai bila semua setuju nak pergi pada 30 Julai 2019 yang lepas. Tu pun last minit plan sebab kebetulan kawan sis iaitu Mawardi datang dari Kelantan. Ye la, member jarang-jarang mai KL, Sekali mai kena la bawak pi tempat best macam BBQ Lamb KL Kemensah ni. Oh ya, mesti korang tertanya-tanya kan apa yang specialnya restoran ni kan sampai sis teruja lain maciam. 

Ya, bagi yang dah tau tu mesti korang akui yang restoran ni lain dari yang lain kan. Ok, bagi yang belum tau, ha restoran BBQ Lamb KL Kemensah ni la yang menawarkan hidangan BBQ di dalam sungai. Unik kan. Tu yang sis teruja sangat tu. Teringin nak rasa pengalaman makan dalam sungai. Asyik duk tengok orang post je kan. Mana aci.. hehe. Lagipun restoran yang terletak di belakang Zoo Negara ni pernah viral suatu ketika dulu kerana keunikannya


Memandangkan kami pergi seramai 6 orang jadi kami pergi 2 kereta. Oh ya, mungkin kami pergi pada hari cuti umum jadi agak sukar cari parking. Lagipun laluan agak sempit untuk masuk ke kawasan restoran tu. Jadi kena hati-hati sikit la ye. Kalau agak-agak driver tu kurang confident, better bagi yang berpengalaman bawa kereta ya. Sis pun failed masa nak parking, sebab memang kena betul-betul susun supaya ada space untuk kereta lain. Fuhhh.. mujur la ada driver yang cekap. hehe


Bab parking dah settle, so kami pun menuju ke restoran. Oh ya, bagi yang tak pernah pergi ke sini sis nak bagitau yang restoran BBQ Lamb KL Kemensah ni ada sessi masa untuk makan. Setiap sessi hanya berdurasi 2 jam sahaja. Ini adalah kerana tempat duduk yang limited. Lagi satu, better buat booking dahulu sebelum datang supaya dapat mengelakkan menunggu lama dan mudah untuk urusan tempat duduk. Tambahan pula masa kami datang ni time cuti umum so agak kelam kabut sikit la sebab ada yang datang secara walk in. Tapi kalau datang hari biasa mungkin selesa sikit, tak ramai orang


Setelah menungu lebih setengah jam, akhirnya kami dapat meja kami. Masa nak turun tu punya la slow giler sebab licin. So, sape-sape nak datang tu make sure selipar korang masih ok ye. Jangan pakai selipar yang dah haus. Alamatnya ada yang jatuh tersembam. Memang kena careful tau especially bagi yang bawak anak tu. Tapi masa nak celup kaki dalam air, kami semua tanggal selipar. Mudah nak gerak dalam air


Walaupun kami dah dapat meja, tapi makanan kami belum ready lagi. Mungkin sebab terlalu ramai pelanggan yang datang jadi mereka perlukan lebih masa untuk sediakan makanan. Jadi sementara menunggu tu kami pun apa lagi, bergambar la dulu kan. Bukan senang nak lepak dalam sungai kan. hehe. Sambil-sambil tu jeling-jeling la juga pelanggan lain. Rata-rata masing-masing gembira menikmati hidangan sambil celup-celup kaki dalam air di restoran BBQ Lamb KL Kemensah ni


Bila makanan sampai, kami semua teruja. Akhirnya sampai juga makanan kami. Kami memilih untuk menikmati set menu BBQ. Dalam set ni ada campuran daging lembu, ayam, kambing dan itik. Setiap set didatangkan bersama 4 pinggan nasi herba, 4 koktail buah-buahan, sup, 4 jenis sos, salad sayuran coleslaw, buah tembikai dan juga minuman (free refill). Maknanya set ni boleh makan 4 orang la.


SET MENU BBQ ( 4 Persons ) = RM150
Tapi memandangkan kami datang 6 orang, kami so kami amik satu lagi set untuk 2 orang. Ye la, mana cukup kan kalau order untuk 4 orang sahaja. Bagi set 2 orang makan ni pun sama juga campurannya iaitu ada daging lembu, ayam, kambing dan itik. Setiap set didatangkan bersama 2 pinggan nasi herba, 2 koktail buah-buahan, sup, 4 jenis sos, salad sayuran coleslaw, buah tembikai dan juga minuman (free refill).


SET MENU BBQ ( 2 Persons ) = RM90

Memandangkan kami dah lapar, jadi tanpa berlengah lagi kami pun terus la makan. Bila masuk aje suapan pertama, terus hilang rasa penat menunggu lama. Serius wei, segala daging yang dibakar cukup lembut, tak liat dan juicy sangat. Segala perapannya memang meresap hingga ke dalam. Ditambah pula dengan 4 jenis sos pencicah yang menambah rasa.. perghh memang nikmat tauuu. Kalau korang tanya mana yang paling sedap, jawapan aku semua sekali.. haha, cliche?? Nooo, sebab memang betul semua sedap. No wonder la ramai pelanggan yang datang ke sini. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk merasai keenakan hidangan di  BBQ Lamb KL Kemensah sambil celup-celup kaki dan menikmati pemandangan yang menghijau.


Alhamdulillah, rata-rata di antara kami berpuas hati dan mengakui keenakan makanan kat sini. InshaAllah kalau ada rezeki kami akan datang lagi ke sini untuk merasai menu yang lain pula especially Set Menu Makanan Laut (seafood). Macam best je sebab nampak ada lobster.. yummm yumm. Ok la, kalau korang pun nak merasai pengalaman makan dalam sungai boleh la datang ke restoran BBQ Lamb KL Kemensah ye.. ni kat bawah sis kongsikan no contact dan juga sessi masa makan untuk panduan korang ye..

DETAIL DAN WAKTU OPERASI BBQ LAMB KL KEMENSAH
Isnin hingga Khamis : 12pm~10pm (last order 9pm)
Jumaat : 4pm~10pm (last order 9pm)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum :  Sessions 12pm~2pmSessions 2pm~4pmSessions 4pm~6pmSessions 6pm~8pmSessions 8pm~10pm*Riverside* and *River dining* akan dibuka untuk keseluruhan masa operasi

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus whatsapp kewasap.my/60122114100/reservations

Location Bbq Lamb Kemensah : https://goo.gl/maps/YxpwHeR9j6p
Facebook page : https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2019/08/pengalaman-makan-dalam-sungai-di-bbq.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bbq Lamb Kl Kemensah Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai

Bbq Lamb Kl Kemensah Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 1300 hits
BBQ Lamb KL Kemensah Makan Sambil Rendam Kaki Dalam SungaiBBQ Lamb KL Kemensah Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Dah lama Momi perati dekat media sosial nampak ramai yang makan dalam sungai yang meng...
Tak Sangka Makanan Di Bbq Lamb Kl Kemensah Ini Amatlah Sedap Patutlah Ramai Orang Datang

Tak Sangka Makanan Di Bbq Lamb Kl Kemensah Ini Amatlah Sedap Patutlah Ramai Orang Datang

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 715 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda sihat sejahtera hendaknya Baiklah utnuk entri kali ini saya ingign berkongsi dengan anda semua mengenai pengalaman saya makan di BBQ...
Sekali Datang Bbq Lamb Kl Kemensah Mesti Nak Repeat Lagi

Sekali Datang Bbq Lamb Kl Kemensah Mesti Nak Repeat Lagi

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 487 hits
Assalamualaikum semua Kali terakhir BBL datang BBQ Lamb KL Kemensah tak silap rasanya time berbuka puasa tahun 2018 Itu pun tak puas nak explore kawasan restoren sebab waktu sampai dah magrib dekat waktu iftar Awal bulan Ogos ni BBL sekali ...
Kedai Makan Di Sungai Bakap Yang Pelayan Nya Kurang Ajar

Kedai Makan Di Sungai Bakap Yang Pelayan Nya Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 1142 hits
Hi semua Nak cerita la pengalaman makan kat satu kedai makan ni Ahad lepas kami keluar makan Oleh sebab tahu dah yang kedai makan yang kami suka pergi tu tutup sebab pekerjanya cuti raya haji jadi kami pilih untuk cari kedai makan lain Kami...
Makan Makan Nusantara

Makan Makan Nusantara

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 252 hits
Makan makan nusantara Merayau sampai usop Sekali tutup daa Singgah port biasa Mak Ani Layan nasi kerabu sama nasi lemak taruk daging Hahaha Ngantor mama ke sekolah jap Lepak lepak jap sempat tapau pisang goreng mak on the way back mak aning...
Pekerja Dipaksa Makan Anak Ikan Hidup Hidup Dicelup Darah Ayam Gara Gara Tak Capai Kpi

Pekerja Dipaksa Makan Anak Ikan Hidup Hidup Dicelup Darah Ayam Gara Gara Tak Capai Kpi

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 372 hits
Setiap pekerjaan mempunyai sasaran atau piawaian yang ditetapkan untuk dicapai bagi setiap pekerja Jika pretasi kerja tidak memuaskan tindakan seperti amaran bertulis akan dikeluarkan supaya pekerja berusaha meningkatkan pretasi mereka Namu...
Enak Makan Biji Durian Rebus

Enak Makan Biji Durian Rebus

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 589 hits
Biji durian bukan sahaja boleh dijadikan benih untuk ditanam Biji durian sebenarnya juga boleh dimakan Untuk makan biji durian perlu direbus terlebih dahulu Caranya mudah sahaja Masukkan di dalam periuk sehingga semua biji durian tenggelam ...
Koleksi Makanan Yang Sa Makan 2 Hari Ni

Koleksi Makanan Yang Sa Makan 2 Hari Ni

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 549 hits
Hi korang Masih slowly SA mengamalkan pemakanan yang sihat walaupun ada antaranya sebenarnya tak sihat pun bukan cheating tapi lebih kepada tak tau nak makan apa dan main belasah jer order lepas ni takleh la nak main belasah je kena ikut be...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord