Tak Perlu Superhero Yang Ada Kuasa Macam Macam Anak Perempuan Hanya Perlukan Ayahnya


Seorang lelaki yang lucu didapati apabila bersama keluarganya, dia lebih tegas. Tidaklah garang dan asyik marah-marah sahaja, tetapi tidak juga asyik bergurau tentang semua hal. Ayah yang mempunyai sense of humour ni biasanya mudah didekati dan anak-anak tidak takut berkongsi sebarang cerita dengan mereka. Tetapi, itu tidak bermakna anak-anak akan terlepas dari dimarahi jika buat salah.
Ketika menjalakan sesi fotografi bersama keluarga bahagia ini, Pa&Ma sempat bertanyakan tentang sikap Nabil sebagai seorang ayah kepada isteriya, Zira. Bercerita soal perwatakan Nabil di rumah, Zira memberitahu dia seorang suami dan ayah yang tegas. Dia akan memberitahu apa yang boleh dan tidak kepada anak-anak.

Dalam ketegasannya itu, dia sangat memanjakan kesemua anak mereka. “Dia tegas, tetapi manja sangat dengan anak-anak. Budak berdua ni pun (merujuk kepada Mikayla dan Medyna), kalau ada ayahnya bukan main behave,” terang Zira.
Artikel Menarik: [Alternatif Hilangkan Tompok Putih Gigi Anak, Gosokkan Kayu Sugi Direndam Air Suam]
Tambah Zira, Mika dan Babyna sangat rapat dengan ayah mereka. “Macam yang kita tahu, anak perempuan rapat dengan ayah. Mereka pun macam tu, rapat dengan Nabil,” tambah Zira. Nabil pula memberitahu, anak-anak mungkin rapat dengannya kerana jarang dapat berjumpa. “Mereka selalu dengan Zira, sebab tu bila saya ada mereka jadi rapat dengan saya. Saya rasa, masih ada perangai-perangai mereka yang saya tak tahu,” beritahu selebriti pelawak terkenal ini lagi.

Soal menguruskan anak-anak pula, Nabil serahkan kepada Zira. “Saya percayakan dia untuk menguruskan anak-anak. Memang dia yang selalu dengan mereka. Tapi saya akan beritahu cara bagaimana yang saya mahukan. Dia akan gabungkan kedua-dua cara kami, mengikut kesesuaian ketika dia uruskan tiga orang anak kami ni,” kata Nabil.
Mengapa anak perempuan yang rapat dengan ayahnya akan membesar menjadi orang yang berjaya?
#1: TEMPAT BERPAUT Seorang ayah yang penyayang dan baik akan memberi impak yang sangat besar kepada seorang anak perempuan. Tahukah anda, seorang anak perempuan sangat memerlukan figure seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk dia berpaut.
#2: HERO YANG SENTIASA MELINDUNGI Anak perempuan yang membesar dengan seorang ayah yang mempunyai ciri ciri di atas akan sangat rapat dengan ayahnya. Sebelum datang lelaki lain (iaitu suami) ayah lah adalah lelaki yang paling utama dalam hidupnya. Baginya ayah adalah hero yang akan sentiasa menjaga dan melindunginya. Kehadiran ayah itu akan membuat dia merasa selamat.

#3: BERI PUJIAN SUPAYA JADI YAKIN Fungsi ayah juga adalah untuk menyokong proses anak perempuan membesar. Segala bentuk belaian, kata-kata pujian ini akan membentuk seorang anak perempuan yang kuat dan mempunyai keyakinan terhadap dirinya.
#4: ELAK MASALAH FATHER-HUNGER Anak perempuan yang membesar tanpa sentuhan seorang ayah akan mengalami masalah father-hunger. Dimana anak ini akan membesar menjadi seorang anak yang sentiasa dahaga kasih sayang seorang ayah. Hasilnya dia akan tercari cari sentuhan itu melalui orang sekeliling contohnya teman lelaki.
Artikel Menarik: [Anak Tak Selesa, Senak Dan Sakit Tapi Mak Ayah Tak Perasan. Angin Pasang Boleh Undang Bahaya]
Malang sekali, mengikut satu kajian, anak perempuan yang tidak mendapat sentuhan seorang ayah akan menjadi gopoh dan tergesa gesa dalam mencari kasih sayang yang hilang itu.

Akibatnya mereka mudah menyerah kepada lelaki yang memberi perhatian kepada mereka. Hasilnya mereka lebih mudah terlibat dengan hubungan luar nikah dan aktiviti yang tidak bermoral bersama seorang lelaki yang pada sangkaannya adalah tempat dia meneguk kasih sayang yang dia tidak berjaya dapat melalui seorang ayah. Namun hakikatnya bukan.
#5: MENJADI KAYU UKUR Situasi ini berbeza dengan anak perempuan yang sudah cukup kasih sayang seorang ayah. Selain lebih yakin, mereka juga akan lebih berhati hati dalam mencari kasih sayang seorang lelaki selain ayahnya. Ayah akan menjadi kayu ukur kepada pemilihan yang akan dilakukan untuk memilih teman hidupnya.
Seandainya ayahnya seorang yang suka berjenaka, dia akan mencari lelaki yang juga suka berjenaka.

Seandainya ayahnya seorang yang suka membantu membuat kerja rumah, dia juga sedaya upaya akan mencari lelaki yang rajin membuat kerja rumah.
Sumber: Nabil Zira
 
The post Tak Perlu Superhero Yang Ada Kuasa Macam-Macam. Anak Perempuan Hanya Perlukan Ayahnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-perlu-superhero-yang-ada-kuasa-macam-macam-anak-perempuan-hanya-perlukan-ayahnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dalam Islam Tidak Ada Lepas Kahwin Anak Perempuan Tak Wajib Bertanggungjawab Ke Atas Ibu Dan Ayahnya

Dalam Islam Tidak Ada Lepas Kahwin Anak Perempuan Tak Wajib Bertanggungjawab Ke Atas Ibu Dan Ayahnya

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 478 hits
Dalam Islam Tidak ada lepas kawin anak perempuan tak wajib bertanggungjawab ke atas ibu dan ayahnya Takde dalam islam lepas kawin anak perempuan tak wajib bertanggungjawab ke atas ibu Selagi nama anak selagi tu kena bertanggungjawab kepada ...
Aku Tak Tau Macam Mana Nak Cakap Kat Abah 10 Kali Anak Cuba Bagi Tahu Nak Kahwin Reaksi Ayahnya Buat Hati Tersentuh

Aku Tak Tau Macam Mana Nak Cakap Kat Abah 10 Kali Anak Cuba Bagi Tahu Nak Kahwin Reaksi Ayahnya Buat Hati Tersentuh

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 646 hits
Kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa Walaupun sering digambarkan sebagai seorang yang tegas dan garang Mungkin semua itu hanya terlihat pada dasarnya sahaja kerana jauh di sudut hari seorang ayah mereka juga sangat menyayan...
Anak Pun Nak Makan Sedap Macam Kita Ayam Masak Lemak Versi Baby Terangkat Habis

Anak Pun Nak Makan Sedap Macam Kita Ayam Masak Lemak Versi Baby Terangkat Habis

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 515 hits
Nak sediakan makanan buat anak sebenarnya tidaklah sesukar mana Hanya perlu gantikan beberapa bahan menjadi lebih sihat dan lebihkan sayur sayuran untuk tambahkan khasiat dan zat pada anak Paling penting elakkan penambahan garam dan gula se...
Anak Sulung Perempuan Penyeri Keluarga Boleh Diharap Dan Dahulukan Adik Adik

Anak Sulung Perempuan Penyeri Keluarga Boleh Diharap Dan Dahulukan Adik Adik

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 603 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik adiknya apabila sudah besar Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan adakah adik adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang p...
Anak Selalu Selesema Dan Batuk Cuba Deep Cleaning Tilam Dengan Hanya 3 Bahan Mudah Ni

Anak Selalu Selesema Dan Batuk Cuba Deep Cleaning Tilam Dengan Hanya 3 Bahan Mudah Ni

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 718 hits
Banyak masa yang kita habiskan di atas katil tanpa disedari Kadang kadang bila anak kerap batuk dan selesema kita tertanya tanya kenapa Sebenarnya mungkin kerana debu hama yang ada di atas katil Artikel Menarik Cadar mudah ditanggalkan untu...
Pernah Peluk Anak Sampai Tak Sedar Air Mata Mengalir Sangat Tenang Bahagia Besarnya Kuasa Peluk Cium Anak

Pernah Peluk Anak Sampai Tak Sedar Air Mata Mengalir Sangat Tenang Bahagia Besarnya Kuasa Peluk Cium Anak

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 583 hits
Jika ibu bapa terlalu sibuk untuk memperuntukkan masa khas untuk anak setiap malam rutin yang satu ini iaitu memeluk dan mencium anak janganlah diabaikan Kuasa peluk dan cium anak ini sememangnya hebat Bukan anak saja terkesan ibu bapa pun ...
Ummi Takkan Susukan Anak Dalam Kereta Lagi Perut Anak Bergelodak Muntah Macam Air Paip

Ummi Takkan Susukan Anak Dalam Kereta Lagi Perut Anak Bergelodak Muntah Macam Air Paip

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 371 hits
Menyusukan anak dalam kereta nampak sesuatu yang biasa dan lazimnya kita lakukan namun sebenarnya anda sedang mengundang padah Bahaya sebenarnya menyusukan anak ketika kenderaan sedang berjalan kerana boleh menyebabkan tersedak ataupun munt...
Benda Ni Tak Mudah Saya Lalui Sendiri Dengan Kudrat Lelaki Suami Cuba Dulu Jaga Anak Baru Tahu Realitinya Macam Mana

Benda Ni Tak Mudah Saya Lalui Sendiri Dengan Kudrat Lelaki Suami Cuba Dulu Jaga Anak Baru Tahu Realitinya Macam Mana

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 500 hits
Rutin harian seorang isteri yang bekerja sememangnya tidak mudah Masa untuk diri sendiri sememangnya tidak ada Balik sahaja ke rumah berderet jadual yang sudah menanti untuk isteri Begitu juga masa yang diperuntukkan untuk anak anak dan mel...
Kalau Anak Rajin Explore Macam Macam Biarkan Dia Tengah Belajar Nak Jadi Pandai

Kalau Anak Rajin Explore Macam Macam Biarkan Dia Tengah Belajar Nak Jadi Pandai

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 429 hits
Sejak dari kelahirannya sehingga usia awal kanak kanak anak kita biasanya harus menggunakan lima deria untuk menjelajah dan belajar tentang perkara di sekeliling mereka Sebagai ibu bapa penting untuk kita memperkenalkan dan membuka peluang ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner