Anak Sulung Perempuan Penyeri Keluarga Boleh Diharap Dan Dahulukan Adik Adik


Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik-adiknya apabila sudah besar. Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan, adakah adik-adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang paling tua? Jangan pandang sebelah mata akan keupayaan seorang kakak. Banyak yang mereka boleh buat dan kemampuan mereka ada kalanya menjangkaui apa yang ibu bapa fikirkan.
Artikel Menarik: [Anak Sepahkan Rumah, Buat Bising Itu Satu Nikmat. Mereka Dah Besar, Kita Pula Rindu]
Anak sulung perempuan biasanya lebih prihatin dan penyayang. Rasa kasih kepada adik-adiknya tidak diselindungkan. Dia tanpa segan silu akan mencurahkan rasa sayangnya terhadap adik-adik. Mempunyai anak sulung perempuan akan memupuk sifat penyayang dalam diri adik-adiknya. Selain itu, dengan adanya kakak sulung rasa empati akan terbentuk dengan mudah dalam diri anak-anak anda yang lain.

Jika anak pertama anda adalah perempuan, bagus! Biasanya anak perempuan cepat dalam kemahiran bersosial. Lumrahnya mereka secara natural lebih sensitif terhadap emosi serta ekspresi seseorang. Kakak sulung juga akan mengajak adik-adiknya untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain.
Artikel Menarik: [Banyakkan Berdoa, Lancarkan Proses Bersalin. Ustaz Azhar Kongsika Bacaan Untuk Ibu ‘Tunggu Masa’]
Sebab itulah, kalau dibiarkan kanak-kanak perempuan bermain di taman misalnya, mereka lebih mudah berkawan berbanding budak lelaki. Kanak-kanak lelaki yang membesar bersama kakak dan adik perempuan lebih mudah bersosial dan mempunyai kelebihan untuk membina hubungan dengan kawan perempuan ketika mereka di sekolah.

Dengan adanya kakak sulung, bukan sahaja kemahiran sosial bagus bahkan keyakinan diri juga tinggi. Abang atau adik lelaki lebih banyak bersembunyi di sebalik perwatakan serius atau misteri dan menzahirkan kasih sayang dengan melindungi adik-adiknya. Kakak sulung juga begitu, tetapi mereka lebih lantang dan tidak gentar untuk menyuarakan pendapat mereka.
Artikel Menarik: [Bayi Ada 5 Jenis Tangisan. Kalau Mama Papa Boleh Bezakan Senanglah Nak Jaga]
Semakin mereka menginjak dewasa, anak perempuan mempunyai semangat yang tinggi. Mereka lebih cenderung untuk mempertahankan adik-adik mereka dan memastikan setiap orang dalam keluarga rapat antara satu sama lain. Lihat saja bila adik-adiknya bergaduh, jarang sekali kita lihat kakak sulung berpihak pada sebelah pihak.

Kebiasaannya, dia akan berusaha untuk memujuk adik-adiknya untuk berbaik dan sanggup merayu kepada ibu atau ayah untuk memberi ganjaran kepada adik-adik jika mereka ‘berkawan’ semula. Kakak sulung memang pandai memujuk dan selalunya dia selalu positif.
Walaupun orang kata mulut anak perempuan ni becok, tetapi jika adik-adiknya ada masalah, dialah pendengar setia. Dia juga tidak akan sesekali bercerita kepada orang lain perihal yang dia ketahui. Sebagai contoh, adik dimarahi ayah kerana nakal. Adik mengadu pada kakak dan ayah ternampak. Cubalah bertanya pada kakak apa yang adiknya beritahu, dia takkan buka mulut (biarpun ayah umpan dengan gula-gula kegemarannya!).

Biar apa pun jantina anak pertama anda, bersyukurlah. Kedua-duanya anugerah terindah dari Allah SWT. Setiap anak ada telatah dan perangainya sendiri. Kemampuan dan kelebihan anak-anak juga berbeza antara satu sama lain. Baik kakak mahupun abang (anak pertama), sebagai ibu bapa sudah tentu kita boleh mengharapkan mereka suatu hari nanti.
The post Anak Sulung Perempuan, Penyeri Keluarga. Boleh Diharap Dan Dahulukan Adik-Adik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-sulung-perempuan-penyeri-keluarga-boleh-diharap-dan-dahulukan-adik-adik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Sulung Arwah Mejar Zahir Bertanya Soalan

Anak Sulung Arwah Mejar Zahir Bertanya Soalan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 830 hits
Soalan Anak Sulung Arwah Mejar Zahir Saat Lihat Jenazah Bapa Buat Netizen SebakSemalam negara dikejutkan dengan berita pemergian anak pelakon veteran AR Badul Mejar Mohd Zahir Armaya 36 tahun sewaktu latihan Demonstrasi di Kem Kok Lawi Kota...
Anak Anak Penjemput Rezeki Datin Becca Suami Bukan Sahaja Mewah Harta Benda Malah Ada Keluarga Bahagia

Anak Anak Penjemput Rezeki Datin Becca Suami Bukan Sahaja Mewah Harta Benda Malah Ada Keluarga Bahagia

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 597 hits
Memang meriah kalau ada ramai anak macam pelakon dan selebriti tanah air Datin Rebecca Nur Islam Mempunyai empat orang anak hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Dato Nur Azam Sulaiman iaitu Nor Anggun Raverra 7 Nor Anggerik Renesm...
Setelah Melahirkan Bayi Laki Laki 10 Kali Berturut Turut Ibu Ini Akhirnya Dikaruniai Anak Perempuan

Setelah Melahirkan Bayi Laki Laki 10 Kali Berturut Turut Ibu Ini Akhirnya Dikaruniai Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 420 hits
Alexis Brett merupakan seorang ibu asal Inggris yang melahirkan bayi laki laki 10 kali berturut turut Ia berpikir keluarganya sudah lengkap namun ternyata ia dikaruniai satu anak lagi Kali ini ia melahirkan anak perempuan Dilansir Bored Pan...
Pas Sudah Tidak Boleh Lagi Diharap Tegakkan Islam Luah Bekas Pemimpin Akar Umbi Di Kelantan

Pas Sudah Tidak Boleh Lagi Diharap Tegakkan Islam Luah Bekas Pemimpin Akar Umbi Di Kelantan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 473 hits
ZIKRI ABDULLAH Sikap kasar dan keras pemimpin Pas terhadap Umno suatu waktu dahulu dan sekarang cuba menyelamatkan parti itu adalah penyebab pemimpin utama Pas cawangan Lundang meninggalkan parti itu dan kini menyertai AMANAH Guru agama Ust...
Teman Saya Jalan Boleh Pemuda Baik Hati Tolong Teman Anak Istimewa Comel Takut Air Hujan

Teman Saya Jalan Boleh Pemuda Baik Hati Tolong Teman Anak Istimewa Comel Takut Air Hujan

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 509 hits
Bagi sesetengah orang bukan mudah untuk melayani kanak kanak istimewa tambah tambah pula tiada kaitan dengan darah daging kita Namun bila ada individu yang prihatin terhadap kanak kanak ini pasti membuatkan hati tisu kita beremosi Menerusi ...
Dalam Islam Tidak Ada Lepas Kahwin Anak Perempuan Tak Wajib Bertanggungjawab Ke Atas Ibu Dan Ayahnya

Dalam Islam Tidak Ada Lepas Kahwin Anak Perempuan Tak Wajib Bertanggungjawab Ke Atas Ibu Dan Ayahnya

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 535 hits
Dalam Islam Tidak ada lepas kawin anak perempuan tak wajib bertanggungjawab ke atas ibu dan ayahnya Takde dalam islam lepas kawin anak perempuan tak wajib bertanggungjawab ke atas ibu Selagi nama anak selagi tu kena bertanggungjawab kepada ...
Buah Sayur Semua Dia Tolak Tepi Cara Ni Boleh Tarik Perhatian Anak Minat Makan Buah Boleh Elak Pembaziran

Buah Sayur Semua Dia Tolak Tepi Cara Ni Boleh Tarik Perhatian Anak Minat Makan Buah Boleh Elak Pembaziran

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 720 hits
Mood anak anak sememangnya sukar diduga Ada yang gemar makan nasi namun ada pula yang lebih gemar makan roti sahaja Begitu juga dengan buah buahan dan sayur sayuran yang ditolak mentah mentah oleh anak kecil kita Ada anak anak yang hanya ma...
Tak Ada Baka Kembar Tetap Boleh Dapat Anak Kembar Dr Hamid Arshat Kongsi Tip

Tak Ada Baka Kembar Tetap Boleh Dapat Anak Kembar Dr Hamid Arshat Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 653 hits
Pasti ada terdetik di hati pasangan suami isteri nak memiliki anak kembar Bagaimanapun masih ramai yang tidak tahu cara merancang serta mencuba rezeki untuk memilikinya Jika kita berusaha dan ikut apa yang dinasihatkan doktor pasti ada hasi...
Speed Read A Moto Morini Str Sport By Biltwell And More

Gadget Baru Semangat Baru Infinix Raikan Merdeka Dengan Hadiah Eksklusif

Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

As Kesan Kes Pertama Jangkitan Parasit Pemakan Daging Pada Manusia

Buasir Otak Tv Apa Yang Lebih Berharga Dari Berlian

The Noor Eau De Parfum Symphony Of Scents

Projek Ets3 Ke Johor Bahru Dijangka Beroperasi Dis 2025 Loke

Pelajar Lelaki Jatuh Asrama Tiga Tingkat Polis Mula Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Influencers As Marketing Strategy

Penunggang Motosikal Terlelap Pembonceng Tercampak Dari Jejantas

Bukan Saja Rafizi Sindir K Jaan Madani Anwar Pun Kena Balun Atas Isu Rasuah

Oem Factory Malaysia Reliable Manufacturing Solutions For Global Brands In 2025

Metmalaysia Kongsi Ramalan Cuaca Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025

Lelaki Jepun Berusia 102 Tahun Catat Rekod Pendaki Gunung Fuji Tertua