Benda Ni Tak Mudah Saya Lalui Sendiri Dengan Kudrat Lelaki Suami Cuba Dulu Jaga Anak Baru Tahu Realitinya Macam Mana


Rutin harian seorang isteri yang bekerja sememangnya tidak mudah. Masa untuk diri sendiri sememangnya tidak ada. Balik sahaja ke rumah, berderet jadual yang sudah menanti untuk isteri. Begitu juga masa yang diperuntukkan untuk anak-anak dan melayan karenah mereka. Tak meminta lebih, isteri hanya perlukan suami yang memahami dan sudi membantu menguruskan anak-anak bagi melancarkan kerja-kerjanya. Isteri dah cukup bangga kalau punya suami semacam ini.
Perkongsian daripada seorang suami ini, Firdaus Shakirin sememangnya cukup hebat. Pengalaman mengambil alih tugas isteri pada tempoh tiga tahun membuka mata bahawa tugas isteri yang bekerja sememangnya tidak mudah. Balik ke rumah pula terpaksa menguruskan keluarga dan rumah tangga. Inilah realitinya. Disebabkan itulah suami perlu bertoleransi dengan isteri.

“Rutin isteri bekerja dan ada anak kecil…”
Alhamdulillah, Allah bagi saya peluang dan kesempatan untuk saya melalui rutin tersebut walaupun saya ni seorang suami. Dulu isteri bekerja shif, 12 jam, siang dan malam, dia ada cakap kat saya yang dalam sehari, dia dapat tidur 2 jam je, then malam keje pulak lagi 12 jam. Memandangkan saya keje normal, saya ambik alih tugas jaga anak untuk bagi dia lebih masa untuk rehat lepas balik keje malam.
Anak saya masa tu ada 2 orang, sorang setahun 6 bulan manakala sorang lagi tu 5 bulan…
Rutin harian saya bermula seawal 5.30 pagi

Bangun tidur, siapkan diri sendiri, bancuh susu, prepare baju anak-anak untuk dihantar ke pengasuh, masukkan dalam beg then angkat anak sorang-sorang masuk dalam kereta…
Lepas antar kat pengasuh, saya p keje, balik saya ambik. Wife keje malam, so tak jumpa. Saya dah ambik siap-siap no telefon kedai makan, saya call dan order untuk makan malam, park je keta, dukung anak-anak, terus ambik makanan. Ada hari isteri masak, ada hari tak. Kalau dua-dua keje pagi, atau dia tak masak, saya memang tapau luar…

Sampai je umah, layan anak-anak jap, then mandi mandi buka pintu ya, tak boleh tutup. Risau anak-anak menangis dan jadi apa-apa kat anak-anak. Adakalanya, anak duduk depan pintu, tengok saya mandi. Mandi ok lagi, bayangkan kalau tengah buang air besar sambil pintu terbuka?
Kadang kadang terpaksa “tahan” dulu, line clear, baru buang…
Ha, takkan sampai macam tu…? Ya, memang sampai macam tu.

Time solat, kadang-kadang sampai 2,3 kali kena ulang solat sebab diorang datang duduk dan berbaring atas sejadah, tarik kain, masuk dalam kain, menangis nak susu dan sebagainya. Nak kata khusyuk tu, saya terus terang, memang tak…
Bila diorang senyap ja, saya pkir, apa la yang diorang buat. Bagi je salam, terus bangun cari anak-anak.

Masa makan, kadang-kadang sempat habiskan makanan, kadang-kadang tak…kadang-kadang makan sekali dengan diorang, letak sorang dalam bakul baby, then sorang lagi bagi dia makan biskut atau suap moi sendiri. Bersepah pun bersepah la, kalau nak tunggu line clear, memang tak sempat makan…anak-anak menangis, mengamuk, mengantuk, buat perangai…
Layan diorang dulu, pastu sambung makan pulak. Kadang-kadang tu makanan dah sejuk, nak makan pun dah tak lalu.
Time tido, yang kecik tu tido buaian. Kena ayun dulu, selawat, zikir bagai nak rak, baru tido. Kadang-kadang sampai sejam berzikir, baru dia tido. Pastu saya tidokan yang sorang lagi tu pulak, yang setahun lebih tu, tepuk-tepuk belakang dia. Bila diorang dua-dua dah tido, saya tak tido lagi, tapi keluar bilik dan kemas umah, basuh pinggan mangkuk. Setel apa yang patut.

Takkan nak tinggal rumah dalam keadaan bersepah.
Baru nak nyenyak, diorang menangis nak susu. Dalam satu malam tu kadang-kadang sampai 3,4 kali jaga buat susu, tukar pampers, tido cukup? Tak pernah cukup, bancuh susu pun sambil pejam mata. Esok pagi jaga, tepung susu terabur merata…kena lap pulak.
Berterusan sampai lah anak ketiga. Sehinggalah isteri berhenti kerja.
Benda ni tak mudah, tak jugak terlalu susah tapi ianya sangat-sangat meletihkan. Saya yang lalui sendiri, dengan kudrat seorang lelaki. Hampir 3 tahun saya jalani kehidupan macam tu, buat rutin yang selalunya seorang isteri buat even weekend pun, jika isteri bekerja, saya kena jaga anak dari pagi sampai malam.

Seharian main dengan diorang, diorang tido, saya tido. Weekend tak rehat la? Dengan anak kecil ni, tiada istilah rehat sebenarnya…
Jangan pandang mudah, jangan pandang rendah, jangan pandang seolah-olah benda ni tak ada apa-apa pun. Cuba buat dulu, then baru tahu mudah ke tak. Baru jaga sejam dua pun, kadang-kadang ada yang dah bunyi, dah marah-marah. Inikan bertahun-tahun kena jaga.
Semoga perkongsian ini dapat membuka mata suami-suami diluar sana untuk menghargai isteri awak-awak semua yang lalui. Apa yang saya lalui untuk membesarkan anak-anak dan dalam masa yang sama, kena berkerja disebabkan faktor kewangan dan ekonomi keluarga…

Ianya sangat-sangat meletihkan, trust me. But i’m willing to do it again. Pengalaman yang mematangkan kita untuk menjadi seorang suami dan ayah yang lebih baik lagi untuk isteri dan anak-anak.
Semoga bermanfaat…
The post “Benda Ni Tak Mudah, Saya Lalui Sendiri Dengan Kudrat Lelaki,” Suami Cuba Dulu Jaga Anak, Baru Tahu Realitinya Macam Mana! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/benda-ni-tak-mudah-saya-lalui-sendiri-dengan-kudrat-lelaki-suami-cuba-dulu-jaga-anak-baru-tahu-realitinya-macam-mana/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Tak Tau Macam Mana Nak Cakap Kat Abah 10 Kali Anak Cuba Bagi Tahu Nak Kahwin Reaksi Ayahnya Buat Hati Tersentuh

Aku Tak Tau Macam Mana Nak Cakap Kat Abah 10 Kali Anak Cuba Bagi Tahu Nak Kahwin Reaksi Ayahnya Buat Hati Tersentuh

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 646 hits
Kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa Walaupun sering digambarkan sebagai seorang yang tegas dan garang Mungkin semua itu hanya terlihat pada dasarnya sahaja kerana jauh di sudut hari seorang ayah mereka juga sangat menyayan...
Anak Anak Penjemput Rezeki Datin Becca Suami Bukan Sahaja Mewah Harta Benda Malah Ada Keluarga Bahagia

Anak Anak Penjemput Rezeki Datin Becca Suami Bukan Sahaja Mewah Harta Benda Malah Ada Keluarga Bahagia

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 552 hits
Memang meriah kalau ada ramai anak macam pelakon dan selebriti tanah air Datin Rebecca Nur Islam Mempunyai empat orang anak hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Dato Nur Azam Sulaiman iaitu Nor Anggun Raverra 7 Nor Anggerik Renesm...
Isteri Tak Yakin Dengan Suami Jaga Anak Rupanya Suami Ada Magic Tersendiri

Isteri Tak Yakin Dengan Suami Jaga Anak Rupanya Suami Ada Magic Tersendiri

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 854 hits
Bila perlu tinggalkan anak bawah jagaan suami susah nak gambarkan perasaan tu Pernah tak ibu ibu lalui pengalaman begini Disebabkan kita yang mengurus anak di kebanyakan masa kadang kadang kita rasa kurang yakin bila service bertukar tangan...
Pisahkan Anak Tidur Sendiri Bukan Mudah Kuatkan Hati Rela Bangun Dengar Anak Menangis

Pisahkan Anak Tidur Sendiri Bukan Mudah Kuatkan Hati Rela Bangun Dengar Anak Menangis

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 303 hits
Pisahkan tempat tidur anak bukan satu yang mudah lagi lagi bila anak dah terbiasa tidur sebilik dengan ibu bapa Mesti awalnya akan ada cabaran kerana anak akan menangis minta ditemankan atau perasaan kebimbangan bermain di fikiran ibu Ada i...
Usia Baru Setahun Lebih Tapi Gigi Anak Mereput Dan Patah Bapa Jaga Gigi Anak Kedua Untuk Tebus Kesilapan

Usia Baru Setahun Lebih Tapi Gigi Anak Mereput Dan Patah Bapa Jaga Gigi Anak Kedua Untuk Tebus Kesilapan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 621 hits
Bila bercerita mengenai anak bukan soal makan dan sakit anak sahaja ibu bapa perlu titik beratkan Gigi juga amanah Allah yang perlu dijaga oleh kita Anak tak pernah tahu mengenai giginya kita sebagai ibu bapalah yang bertindak menjaga dan m...
Dendam Mendalam Tak Dapat Kasih Sayang Dan Diabai Suami Wanita Tergamak Bunuh Anak Kandung Sendiri

Dendam Mendalam Tak Dapat Kasih Sayang Dan Diabai Suami Wanita Tergamak Bunuh Anak Kandung Sendiri

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 402 hits
Seorang wanita telah didakwa membunuh dua orang anak kembarnya di rumahnya yang terletak di Kota Kupang Nusa Tenggara Timur pada malam khamis Wanita yang berusia 24 tahun itu cuba membunuh diri selepas melakukan pembunuhan anak kembarnya it...
Jual Perasa Vape Nabil Nasihat Jaga Anak Sendiri

Jual Perasa Vape Nabil Nasihat Jaga Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 362 hits
Nabil semalam berkata kerjaya seninya sedikit terjejas selepas berlaku pertukaran kerajaan Foto ihsan Facebook Nabil AhmadKUALA LUMPUR 25 Sept Pelawak Nabil Ahmad menjelaskan pembabitannya dalam perniagaan perisa vape bukan untuk mempengaru...
Me Time Untuk Diri Sendiri Bukan Bermakna Kita Ibu Yang Teruk Jika Tak Bersama Anak 24 7

Me Time Untuk Diri Sendiri Bukan Bermakna Kita Ibu Yang Teruk Jika Tak Bersama Anak 24 7

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 368 hits
Setiap ibu memerlukan masa sendiri untuk berehat dan memberi keutamaan kepada diri sendiri Apa jenis aktiviti terpulanglah kepada si ibu Sama ada mahu tidur keluar shopping atau melepak dengan teman teman rapat Sebagai suami sesekali berila...
Hidup Daif Bersama Nenek Di Kampung Tina Dirayu Pulang Jaga Empat Anak Yang Masih Kecil

Hidup Daif Bersama Nenek Di Kampung Tina Dirayu Pulang Jaga Empat Anak Yang Masih Kecil

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 375 hits
Hidup sudahlah daif seorang nenek di Sandakan Sabah terpaksa pula menjaga empat orang cucunya yang berusia dua hingga 12 tahun selepas anaknya menghilang sejak berhijrah ke Kuala Lumpur Menurut Laporan Penderitaan Bilani Mutari 65 bermula s...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025