Tak Perlu Pegang Sangat Istilah Kita Beli Beras Raf Yaakob Sedar Tugas Nak Bawa Anak Isteri Ke Syurga Lagi Berat
Usahawan, Raden Ahmad Faizal Datuk Yaakob yang dikenali sebagai Raf Yaakob mendedahkan sisi kebapaanya melalui temu bual dalam Pa&Ma Gala Award 2023.
Menurut suami kepada Mawar Rashid, selebriti popular, dia mengakui dalam kelembutan namun tetap ada ketegasan mendidik anak-anak dan pendidikan agama paling dititikberatkan baginya dan isteri.
“Secara jujur, Raf ingat kata-kata arwah bapa sebelum meninggal “G, adik cukup ke bapak bagi semua ni”. Perasaan tu sangat sedih, bila membesarkan anak-anak Raf rasa, cukup ke apa yang Raf bagi pada diaorang. Raf amat pentingkan cukup ke pendidikan agama pada mereka, sebab nanti akan disoal cukup ke pendidikan agama yang kita bagi pada anak.”
“Apa yang kita ajar pada anak-anak sekarang memang berlandaskan didikan arwah ayah. Apa yang arwah bapak ajarkan pada kami, kami ketengahkan kepada anak-anak. Jadi apa yang baik kita ikut.”
Seorang Bapa Yang Lawak
Macam Raf dengan anak-anak memang bercakap soft dengan anak. Tapi bab melawak memang Raf, Raf obses bila anak gelak. Jadi ikan dugong, ikan paus itu semua Raf lah bukan Mawar.
Saya ada lima orang anak. Pelbagai peringkat umur, dua ke fasa yang 12 dan 8 tahun, yang bawah 4 tahun dan 2 tahun, last 8 bulan. Yang sulung saya berikan sedikit kebebasan. Anak kecil biasanya kita akan explain pada mereka, tak say no.
Tambah ayah kepada 5 cahaya mata ini, dia mengakui menjadi seorang ayah bukan tugas yang mudah kerana perlu membimbing anak dan isteri menuju ke syurga.
“Jujur Raf cakap bila dah ada anak 5, memang rasa down. Rutin sebagai ayah memang sibuk. Kadang-kadang mengeluh sebab tak ada me time. Macam isteri, Raf bagi Me Time. Its ok untuk kita buat tanggungjawab lebih, sebab kita suami kan.”
“Setiap kali down, Raf akan ingat..jaga isteri dan anak ini satu amanah. Ada masa kita kena ketepikan keeinginan kita demo kebahagiaan mereka. Istilah kita beli beras, tak perlu terlalu pegang dengan benda itu sebab tanggungjawab kita nak abwa anak isteri ke syurga itu berat.”
“Kita harapkan isteri patuh, dengar cakap tapi pernah tak kita cermin diri kita untuk mereka ikut? Perbanyakkan ilmu agama, banyak baca macam mana Nabi didik isteri dan anak.”
Ikuti perkongsian penuh Raf Yaakob sebagai penerima Anugerah Best Papa Millennial, Pa&Ma Gala 2023 di bawah ini.
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Tak Perlu Pegang Sangat Istilah ‘Kita Beli Beras'” Raf Yaakob Sedar Tugas Nak Bawa Anak Isteri Ke Syurga Lagi Berat! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tak-perlu-pegang-sangat-istilah-kita-beli-beras-raf-yaakob-sedar-tugas-nak-bawa-anak-isteri-ke-syurga-lagi-berat/