Lagi Kita Larang Lagi Dia Nak Buat Anak Umur 4 5 Tahun Dalam Fasa Impulse Control Lemah


Kita letak la peraturan elok mana pun. Mesti anak-anak nak langgar. Tak kisah la beratus kali kita pesan jangan. Siap ‘warning’ dengan muka bengis. Peduli apa diorang.

Sabar ya mak ayah.
Anak-anak ni tak sengaja pun nak jadi degil. Mereka cuma makhluk Allah yang belum fully-develop otaknya.
Especially yang umur 4-5 tahun ni.
Pada fasa ni, Impulse Control mereka masih lemah. Kawalan diri mereka tak cukup kuat. Keinginannya untuk ‘explore’ mengatasi keupayaannya untuk mereka ikut peraturan.
Sebab tu, lagi kita larang, lagi dia rasa ‘tergoda’ nak buat.
 
Apa yang boleh dibuat jika anak tak nak dengar kata?
#1 – Pujuk Anak Untuk Bertenang
Sebagai ibubapa kita tetap perlu pujuk anak walau anak tak makan pujuk. Kerana itu, antara langkah yang pertama patut ibubapa cuba adalah dengan pujuk anak yang tak dengar cakap dengan baik dahulu.
Cakaplah dengan lembut, dukung dan pegang anak dengan penuh kasih sayang. Mudah mudahan hati anak akan menjadi lembut. Sebenarnya anak-anak sangat sukakan perhatian.
#2 – Alihkan Perhatian Anak Pada Perkara Yang Lain
Anda juga boleh cuba alihkan perhatian anak dengan aiskrim atau sebagainya kemudian bercakap dan bertanya dengan baik apakah punca dia tak dengar cakap, mengamuk dan merajuk supaya kita lebih memahami anak kita.
Bila anak sebut mainan sedangkan anda tidak mahu beli mainan tersebut untuknya, anda boleh alihkan perhatian anak dengan benda lain yang dia sukai. Anda juga boleh cuba bawa dia ke tempat lain dan ingat jangan gunakan handphone sebagai penyelesaian.
Memberi handphone untuk selesaikan masalah begini hanya akan membuatkan anak semakin rasa bagaikan raja. Sebagai ibubapa, kadang-kadang anda perlu bersikap lebih tegas dengan anak. Tidak salah gantikan handphone dengan membawanya ke kedai buku untuk beli buku-buku mewarna yang sangat murah dan sebagainya.
#3 – Buat Perjanjian Dengan Anak Secara Berhemah
Kalau dapat anak tak makan pujuk atau tak dengar cakap begini, anda perlu bijak bermain dengan psikologi anak anda. Contoh, jika anak anda mengamuk tak tentu pasal maka anda boleh buat perjanjian dengan anak.
Penjanjian ini dengan memintanya untuk berkelakuan baik dan sebagai ganjaran anda akan berikan sesuatu. Berikan ganjaran yang dia suka dan tidak memudaratkan seperti bila malam akan bacakan dia buku, belikan buku baru, temankan dia main basikal di laman, bawa main di taman permainan dan lain-lain.
Tapi pastikan ganjaran itu bukan dalam bentuk wang ringgit. Bahaya jika beri ganjaran dalam bentuk wang ringgit untuk perkara sebegini takut nanti makin jadi biasa dengan hadiah berupa wang.
Jika beri wang untuk hari tertentu seperti dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran dan sebagainya tidak mengapalah. Ajar anak terima wang selepas usaha adalah lebih baik untuk bina peribadi anak.

#4. Beri Kata-Kata Nasihat
Sebenarnya anak-anak tak dengar cakap ini ada cara untuk kita mendekati mereka. Jangan sesekali membebel pada anak, tapi nasihatlah dengan cara yang betul.
Pilih waktu yang sesuai, habiskan masa dengan mereka dan dengar masalah mereka dengan baik. Walau masih kecil mereka juga ada di lema.
Mereka takkan mengamuk tanpa sebab yang munasabah dan nasihatlah dengan baik bahawa perbuatannya itu adalah salah dan ibu ayah memarahi kerana kamu sayang bukan kerana benci.
#5. Gunakan Sedikit Ketegasan
Jika semua langkah sudah anda cuba tapi perangai anak tidak mahu mendengar kata ini masih juga tak berubah, ini bermakna anda perlu bersikap lebih tegas. Jangan ugut anak pula.
Anda mungkin boleh beri sedikit hukuman dengan memendekkan waktu untuknya. Atau beritahu yang barang-barang kesukaannya akan disorok jika masih berdegil. Biar dia rasa kecewa dan setelah semuanya okay jangan lupa untuk terangkan padanya sebab kenapa anda lakukan begitu.
#6. Berdoa Pada Allah SWT Supaya Hati Anak Menjadi Semakin Lembut
Disebalik pelbagai cara yang sudah anda cuba itu, jangan lupa untuk berbalik pada Allah SWT. Berdoalah untuk anak anda kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab. Berdoalah agar hati anak anda lembut dan mudah mendengar kata.
Doa Untuk Anak Dengar Kata
Surah As-Syuura Ayat 19: “Allahu Latifun bi ‘ibadihi, yarzuqu man yasha’u, wa huwa l’-Qawiyyu l-‘Aziz”
Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Dan ingatlan tak ada yang mustahil bagi allah Anak-anak nih adalah amanah dari allah bila dapat anak tak makan pujuk anggaplah ianya ujian dari Allah untuk kita jadi ibu bapa yang lebih baik.
Jangan terlampau stress atau tertekan anak-anak masih kecil sebagai ibu bapa kite perlu banyak bersabar insyallah semakin membesar anak-anak akan semakin mendengar kata.
Kredit: bidadari.my, Wawa Shauqi

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
 
 
The post “Lagi Kita Larang, Lagi Dia Nak Buat” Anak Umur 4-5 Tahun Dalam Fasa ‘Impulse Control’ Lemah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lagi-kita-larang-lagi-dia-nak-buat-anak-umur-4-5-tahun-dalam-fasa-impulse-control-lemah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ayah Hisap Dia Bagi Sekali Dari Umur 9 Tahun Kenal Dadah Remaja 16 Tahun Jual Badan Bila Nak Duit

Hiburan Ayah Hisap Dia Bagi Sekali Dari Umur 9 Tahun Kenal Dadah Remaja 16 Tahun Jual Badan Bila Nak Duit

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 246 hits
Cerita ini sesuai dijadikan teladan betapa pentingnya didikan yang baik daripada ibu bapa untuk membentuk masa depan anak anak Perkongsian seorang wanita di TikTok meraih perhatian apabila dia menceritakan tentang kisah seorang remaja yang ...
Ragam Anak No 2 Memang Pelik Tak Nak Botol Susu Mengamuk Nak Gigit Selipar

Ragam Anak No 2 Memang Pelik Tak Nak Botol Susu Mengamuk Nak Gigit Selipar

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 207 hits
Membesarkan anak anak memang memberikan kita satu seribu pengalaman Setiap telatah lucu mahupun aneh yang di tunjukkan oleh anak anak kadang kala membuatkan kita sendiri rasa nak tergelak Orang kata macam macam pe el nak membesar Baru sahaj...
Dija Nak Lawan Ayah Sampai Pejam Pejam Mata Bukan Main Lagi Anak Tomok Menyanyi Cute Betul

Dija Nak Lawan Ayah Sampai Pejam Pejam Mata Bukan Main Lagi Anak Tomok Menyanyi Cute Betul

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 175 hits
Selepas viral gara gara menumpahkan pewarna kuku di sebuah butik pakaian anak perempuan Tomok Khadijah mula mencuri tumpuan ramai Ada sahaja aksi comel Khadijah yang mesra dipanggil Dadija dikongsikan oleh ibu dan ayahnya di media sosial Te...
Saya Tak Nak Anak Warisi Mindset Lelaki Mana Boleh Menangis Sedih Emosi Normal Manusia Tak Salah Pun

Saya Tak Nak Anak Warisi Mindset Lelaki Mana Boleh Menangis Sedih Emosi Normal Manusia Tak Salah Pun

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 303 hits
Kalau dahulu anak anak lelaki tidak dibenarkan menangis Seandainya dibuat juga mereka akan dianggap lemah Anak lelaki sepatutnya kuat dan tabah sekiranya ada masalah atau mengalami sebarang tekanan Sebenarnya menangis adalah sesuatu yang no...
Tak Perlu Pegang Sangat Istilah Kita Beli Beras Raf Yaakob Sedar Tugas Nak Bawa Anak Isteri Ke Syurga Lagi Berat

Tak Perlu Pegang Sangat Istilah Kita Beli Beras Raf Yaakob Sedar Tugas Nak Bawa Anak Isteri Ke Syurga Lagi Berat

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 240 hits
Usahawan Raden Ahmad Faizal Datuk Yaakob yang dikenali sebagai Raf Yaakob mendedahkan sisi kebapaanya melalui temu bual dalam Pa Ma Gala Award 2023 Menurut suami kepada Mawar Rashid selebriti popular dia mengakui dalam kelembutan namun teta...
Doktor Kongsi Nak Elak Anak Delay Perkembangan Banyakkan Aktiviti Tummy Time Sejak Lahir

Doktor Kongsi Nak Elak Anak Delay Perkembangan Banyakkan Aktiviti Tummy Time Sejak Lahir

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 235 hits
Perkembangan si manja anda bukan sahaja boleh dipengaruhi oleh masa malah jenis jenis aktiviti yang anda berikan kepada mereka Aktiviti tummy time boleh dianggap sebagai senaman awal untuk bayi anda Ia merupakan satu aktiviti di mana bayi a...
Teran Bagai Nak Rak Tapi Najis Keluar Sikit Kasihan Anak Sembelit Doktor Kongsi Simptom Perlu Tahu

Teran Bagai Nak Rak Tapi Najis Keluar Sikit Kasihan Anak Sembelit Doktor Kongsi Simptom Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 173 hits
Tak sampai hati bila tengok anak menangis sebab sakit perut Bayi terutamanya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu yang dirinya tak selesa melainkan dengan menangis Sebagai ibu ayah kita juga keliru untuk kenal pasti keadaan anak sama ada ...
Dah Pernah Beri Coklat Pada Anak Doktor Kongsi Umur Yang Sesuai Untuk Anak Makan Coklat

Dah Pernah Beri Coklat Pada Anak Doktor Kongsi Umur Yang Sesuai Untuk Anak Makan Coklat

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 299 hits
Coklat berkhasiat mengandungi lemak sihat serat zat besi magnesium dan zink Tetapi ia juga mengandungi kafein dan perangsang lain yang memberi kesan kepada perkembangan kanak kanak dan sistem saraf Menurut perkongsian Dr Amalina Daud anda m...
Memang Lemah Apa Nak Buat Dah Pandai Sangat

Memang Lemah Apa Nak Buat Dah Pandai Sangat

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 163 hits
Lemahhh Poster perbandingan harga yang tunjukkan zaman PN lebih mahal jadi bahan Konon fakta tak tepat Yang bertambah masalah geng sendiri yang bahan Benda anggaran Memang tak tepat Yang penting ada beberapa barangan seperti minyak masak da...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik