Tak Perlu Judge Rumah Orang Ada Anak Kecil Ni Sepah Pemalas Pakar Kongsi Itu Perkara Normal


Baru sahaja lepas kemas rumah 5 minit, tiba-tiba anak sepahkan balik. Tarik nafas dalam-dalam si mama dan papa tengok rumah bersepah. Bukan tak kemas rumah, bukan pemalas tapi anak-anak yang sedang membesar seronok meneroka dalam rumah.
Mungkin ada mulut yang berkata-kata “sepahnya rumah dia” ataupun “nampak tak buat apa pun itu yang rumah dia asyik bersepah” tapi disebalik rumah yang disepahkan anak-anak itu sebenarnya anak dia sangat bijak. Namun, jika anda mempuyai anak yang sudah mencecah 2 tahun anda perlu mengajar dia selepas sepahkan kena kemaskan rumah. Jangan dibiarkan sikap tersebut sehingga dia dewasa. Untuk lebih penjelasan, kita baca apa kata pakar.

“TAK PANDAI KEMAS RUMAH KEEE???”
Kalau ada yang tanya soalan di atas, tolong “invite” masuk group Anak Sepahkan Apa Hari Ini? . Baru dia tahu langit tinggi atau rendah

Dulu sebelum saya masuk dalam bidang terapi, saya pun pernah tertanya.
“Macam mana boleh biar je anak conteng dinding?”
“Macam mana boleh terlepas bagi anak main alat solek?”
“Macam mana rumah boleh jadi huru hara?”
“Mak bapak tak pantau anak ke?”
Tapi itulah realitinya, anak seorang pun dah boleh menghuru harakan rumah kita. Tak perlu tunggu anak ramai
Kalau rumah yang ada anak normal pun dah macam itu, apatah lagi rumah yang ada anak istimewa. Saya pernah ada klien yang ada anak autisme cerita yang rumahnya tak ada apa-apa pun, di ruang tamu kosong sehinggakan TV pun tak ada. Mana kan tidak,
Lapik tikar getah rumah pun anak cabut buat main.
Pen sebatang tertinggal dah boleh buat 1 sisi dinding terconteng.
Mak ayah basuh tangan 5 saat, anak dah tabur nasi 1 ruang meja makan.
Setiap kali beli tv mesti anak pecahkan.
Kabinet dapur yang berat dan tinggi pun boleh roboh dibuatnya, mujur sangat anak sempat selamatkan diri.
Di pusat terapi saya juga tidak lari dari sepahan anak-anak didik, pernah juga berlaku episod:
1. Anak korek tahi sendiri dan makan.
Ya, makan!
Memang ada isu ini sejak sebelum dapatkan bantuan terapi. Akhirnya, kami minta mak ayah pakaikan baju renang zip belakang badan ataupun sediakan tali pinggang supaya anak tak boleh masuk tangan dalam diaper baru selesai masalah.
2. Anak membuang air besar di diaper, sejurus selesai membuang terus calit semua “hasilnya” di dinding.
Kes ini, memerlukan kehandalan deria baru mak ayah dan Teachers. Saat lepas habis membuang terus kena tukar diaper. Sesaat pun tak boleh lepas!
3. Anak buka zip bean bag yang digunakan semasa terapi. Habis 1 ruang terapi penuh “benda alah” putih itu.
Sesiapa yang pernah berada di situasi ini pasti tahu keazaban nak kutip “benda alah” putih itu. Azab! Akhirnya, semua bean bag kena jahit di bahagian zip. Bila anak cuba buka zip tak boleh, Teacher yang zip akan tersenyum lebar.
4. Anak obses dengan label barang-barang.
Habis nak berebut semua benda. Sabun basuh pinggan, sabun mandi atau benda yang berlabel kena buka label kalau tak mahu anak bawa dan cium label ke hulu ke hilir.
5. Anak makan semua benda termasuklah bekas bungkusan plastik. Paling suka getah tempe! Ya MAKAN, bukan tersalah baca ya. Kami terpaksa jauhkan anak ini dari segala benda. Perlu 100% pantauan, tak boleh terlepas walaupun 1 saat.
Ini baru 5 episod, tiap-tiap hari berdepan dengan episod lain-lain. Kadang-kadang terfikir, kami yang baru berdepan berapa jam pun dah macam ini. Macam mana mak ayah di rumah?
Memang tak dapat bayang. Tapi nak buat macam mana, itulah tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kita bila dah jadi mak ayah.
Disebalik rumah yang bersepah, terdapat makhluk kecil yang sedang berusaha mengembangkan otaknya sendiri.
Kena pilih, nak rumah bersepah tapi otak anak berkembang ataupun rumah tak bersepah tapi perkembangan anak terbantut?
Jangan terkejut kalau saya kata terbantut, sebab anak suka buat sepah itu adalah NORMAL bagi anak umur bawah 3 tahun. Paling ekstrim semasa umur 1-2 tahun, fasa dimana anak dah mula aktif kesana sini dan pantang lihat barang terkemas. Waktu ini normal anak RIMAS
– Barang dalam bakul.
– Barang dalam almari.
– Baju terlipat.
– Barang dalam kotak.
– Barang dalam beg.
Normal juga anak MARAH kalau kita kemas, sebab waktu ini anak rasa bila kita mengemas masuk benda dalam bakul, almari, beg atau kotak, barang itu HILANG selama-lamanya. Ada anak yang boleh menangis macam kena dera setiap kali mak ayah mengemas mainan dia
Inilah dipanggil skil “object permanence” masih dalam pembinaan. Biasanya umur 2-3 tahun, skil ini akan mula berkembang dan barulah anak redha bila mak ayah mengemas ataupun dia pun akan mula belajar kemas mainan.
Saya pernah ada kes anak lewat bercakap, mak ayah dengan bangganya beritahu:
“Anak saya baik, tak pernah buat sepah, conteng dinding dan boleh dengar kata cuma masalah bercakap”
Bila dah buat terapi, deria-deria anak sudah “dibangunkan” barulah mak ayah tersebut tahu yang dia tidak lari dari masalah rumah bersepah dan biasanya saya akan pesan awal-awal untuk lakukan persediaan. Bila mak ayah layankan sepahan anak, tiba-tiba semua komponen perkembangan anak meningkat.
Tapi sepah-sepah juga, jangan abaikan keselamatan keselamatan dan kebersihan. Mohon:
1. Elakkan beri anak main tali yang 12 inci ke atas untuk elak anak terjerut.
2. Untuk anak yang masih masukkan benda dalam mulut, jangan beri anak main mainan yang lebih kecil dari saiz mulutnya. Boleh cuba masukkan dalam ruang silinder bekas tisu tandas.
3. Belon atau bekas plastik, jangan beri anak main tanpa pantauan. Simpan di tempat yang anak tak boleh capai sebab sudah banyak kes anak tercekik ataupun lemas disebabkan ini.
4. Pisau, cecair pencuci, bahan api atau mudah terbakar mohon sorokkan dari pandangan anak. Letak di kabinet berkunci.
5. Bedak talkum sebenarnya bahaya untuk anak, ramai pakar kanak-kanak tak sarankan anak guna bedak talkum sebab risau habuk-habuk bedak masuk dalam saluran penafasan anak dan boleh buat penafasan tersekat dan risiko kanser paru-paru.
6. Jangan beri anak main lidi, kayu panjang, straw ataupun apa-apa yang panjang dan tajam tanpa pantauan. Risiko tercucuk mata atau anak letak. Dulu pernah jiran saya tercucuk anak tekak sebab menyanyi dan buat mikrofon guna lidi. Seriau!
7. Pastikan balkoni atau tingkap sentiasa tertutup jika tidak ada gril.
Tapi itulah, bila nak cerita bahaya. Anak main selimut pun bahaya. Anak-anak pun panjang akal, ada sahaja projeknya. Maka, jalan terbaik adalah usaha dahulu, tawakal kemudian.
Sebab itu, saya tak pernah judge rumah orang bersepah. Sebab rumah saya pun selalu bersepah! Bila ada orang nak datang, kelam kabut kemas. Bila rumah terkemas, tak ada pula orang nak datang. Masalah mak anak kecil seantero dunia.
Terima kasih, semoga bermanfaat.
Kredit: Maryam Jamadi,Pediatric Occupational Therapist, BEYOND Home Therapy Selayang & JB.
The post Tak Perlu ‘Judge’ Rumah Orang Ada Anak Kecil Ni Sepah, Pemalas. Pakar Kongsi Itu Perkara Normal! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-perlu-judge-rumah-orang-ada-anak-kecil-ni-sepah-pemalas-pakar-kongsi-itu-perkara-normal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dengar Suara Budak Gelak Doktor Kongsi Kisah Seram Diganggu Mainan Anak Dalam Rumah

Dengar Suara Budak Gelak Doktor Kongsi Kisah Seram Diganggu Mainan Anak Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 389 hits
Anak atau adik kau orang ada banyak anak patung atau binatang mainan tak di rumah Kalau ada baca cerita ni supaya tak kena gangguan macam aku kena Suatu malam dalam jam 2 pagi tekak aku haus bukan main Jadi aku pun turun ke dapur Masa aku n...
Bukan Semua Aktiviti Sesuai Untuk Si Kecil Autisme Pakar Ini Kongsi 7 Cara Sesuai Untuk Mereka

Bukan Semua Aktiviti Sesuai Untuk Si Kecil Autisme Pakar Ini Kongsi 7 Cara Sesuai Untuk Mereka

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 376 hits
Anak austime juga seperti anak anak normal lain Mereka juga memerlukan rangsangan aktiviti untuk perkembangan mental dan fizikalnya Namun aktiviti bermain selalunya sukar bagi anak anak autistik ini peluang pembelajaran sambil bermain menja...
Tular Gambar Ibu Muda Buat Food Delivery Bersama 2 Anak Kecil Rupanya Suami Sibuk Main Game Kat Rumah

Tular Gambar Ibu Muda Buat Food Delivery Bersama 2 Anak Kecil Rupanya Suami Sibuk Main Game Kat Rumah

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 508 hits
Pekerjaan menghantar makanan kebiasaanya dilakukan oleh golongan lelaki atas faktor risiko diatas jalan cuaca yang tak menentu dan beban berat makanan yang perlu dipikul untuk ke sesuatu lokasi Namun kini kerjaya tersebut turut diceburi ole...
Jangan Pandang Rendah Pada Anak Merekalah Guru Kecil Mak Ayah 3 Perkara Ini Jadi Pelajaran Tentang Kehidupan

Jangan Pandang Rendah Pada Anak Merekalah Guru Kecil Mak Ayah 3 Perkara Ini Jadi Pelajaran Tentang Kehidupan

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 583 hits
Dalam tak sedar rupanya anak anaklah yang banyak mengajar kita tentang erti kehidupan Sebaik sahaja dilahirkan anak mengajar kita untuk lebih bersyukur dan menghargai kurniaan Ilahi mengajar erti sabar dan banyak lagi Merekalah guru kecil k...
Musim Panas Ni Anak Mudah Selesema Doktor Kongsi Tip Rawatan Di Rumah Selain Makan Ubat

Musim Panas Ni Anak Mudah Selesema Doktor Kongsi Tip Rawatan Di Rumah Selain Makan Ubat

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 447 hits
Bila bulan lepas anak dah selesema lepas tu kena semula ibu ibu pun dah buntu Kalau nak bergantung dengan ubat pun tak elok juga untuk anak kecil Jadi ada baiknya ibu cuba buat beberapa langkah untuk mengurangkan selesema di rumah Apa yang ...
Dia Jadi Mudah Makan Bapa Kongsi Rahsia Buat Anak Jadi Suka Nak Makan

Dia Jadi Mudah Makan Bapa Kongsi Rahsia Buat Anak Jadi Suka Nak Makan

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 447 hits
Bila bercakap tentang pemakanan ramai ibu ibu yang mengadu anak saya tak suka makan bila makan sikit je atau anak saya langsung tak nak makan cuma nak susu Fasa ni tentu akan dilalui oleh setiap ibu Baca Kadang kadang ibu pun buntu sebab da...
4 Hari Baru Buang Air Apakah Susu Jadi Punca Anak Sembelit Pakar Pemakanan Saran Ambil Kira Faktor Ini

4 Hari Baru Buang Air Apakah Susu Jadi Punca Anak Sembelit Pakar Pemakanan Saran Ambil Kira Faktor Ini

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 437 hits
Si kecil anda tidak membuang air besar selama berhari hari najisnya pula agak keras itu mungkin petanda mereka mengalami masalah sembelit Biasanya bayi yang disusui ibu secara eksklusif tidak akan mempunyai masalah seperti ini kerana hampir...
Resepi Chicken Bone Broth Untuk Stok Makanan Anak Mudah Je Nak Buat Boleh Kuatkan Antibodi Si Kecil

Resepi Chicken Bone Broth Untuk Stok Makanan Anak Mudah Je Nak Buat Boleh Kuatkan Antibodi Si Kecil

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 477 hits
Chicken bone broth mudah disediakan dan enak dijadikan bahan rencah sajian bayi Paling win bila ia membantu menguatkan antibodi anak Ibu ibu tentu selektif bab makanan bayi Jadi aspek penyediaan sajian tanpa menggunakan bahan perisa tiruan ...
Ibu Ayah Cepat Marah Boleh Berjangkit Pada Anak Sebab Itulah Si Kecil Kuat Mengamuk

Ibu Ayah Cepat Marah Boleh Berjangkit Pada Anak Sebab Itulah Si Kecil Kuat Mengamuk

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 415 hits
Geram sampai tahap kesabaran tak boleh nak dikawal boleh berlaku bila anak buat perangai Tambahan pula dengan kepenatan selepas seharian bekerja antara salah satu punca ibu bapa tak boleh nak kawal kemarahan sehinga terpaksa naik tangan Sam...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Suriname Negara Pelbagai Kaum

Wayang Isu Pembinaan Kb Sentral

Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera