Bukan Semua Aktiviti Sesuai Untuk Si Kecil Autisme Pakar Ini Kongsi 7 Cara Sesuai Untuk Mereka


Anak austime juga seperti anak-anak normal lain. Mereka juga memerlukan rangsangan aktiviti untuk perkembangan mental dan fizikalnya.
Namun aktiviti bermain selalunya sukar bagi anak-anak autistik ini, peluang pembelajaran sambil bermain menjadi terhad.
Ikuti panduan oleh Dr Airil Haimi Mohd Adnan yang merupakan Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan Penyelidik aktif psikologi perkembangan tahun awal dan serta sosiologi pendidikan usia praformal.
Aktiviti 1
Bermain dengan alat permainan ‘tradisional’
Terdapat beberapa permainan yang agak tradisional seperti catur atau dam dan lain-lain lagi yang yang terdapat di kedai serbaneka dan kedai permainan yang menawarkan peluang untuk si kecil autistik mencuba kemahiran seperti mengalihkan sesuatu, berkongsi sesuatu dan menunggu gilirannya. Namun, pastikan apabila anda memilih permainan seperti ini, cuba pilih yang tidak mengambil terlalu banyak masa untuk dihabiskan. Ini kerana tempoh fokus si kecil yang autistik mungkin agak terhad.
Aktiviti 2
Melakukan aktiviti berasaskan pergerakan
Rata-rata, ramai kanak-kanak dengan autisme sentiasa mahu bergerak aktif. Ini kerana mereka amat menikmati pergerakan memanjat, berlari, berayun, melompat dan lain-lain lagi. Kadangkala hal ini mendatangkan mudarat kepada mereka.Apa kata papa dan mama gunakan minat ini untuk melibatkan si kecil autistik dengan aktif? Aktiviti seperti berayun di atas buaian (dengan seliaan orang dewasa) boleh menjadi menyeronokkan. Melompat di atas trampolin, berlari bebas di padang atau taman rekreasi juga boleh dijadikan rutin positif untuk si kecil dengan autisme.

Aktiviti 3
Bemain dengan plastisin dan bahan serupa
Sesetengah kanak-kanak yang autistik benar-benar menikmati aktiviti dengan plastisin, bermain dengan pasir, lumpur atau bahan-bahan yang mungkin ‘menggelikan’ kanak-kanak lain.
Yang paling utama, ikutlah kehendak si kecil anda sendiri kerana yang utama ialah proses memfokus deria sebagai kanak-kanak dalam Spektrum Gangguan Autisme.
Aktiviti seperti ini dapat menjadi aktiviti yang menyeronokkan untuk si kecil autistik anda dan pada masa yang sama dapat melatihnya mengawal deria dan rangsangan yang ada kalanya boleh merimaskan dan melemaskan kanak-kanak yang ada gangguan autisme.
Aktiviti 4
Jom menari dan menyanyi
Muzik memotivasikan kanak-kanak. Kanak-kanak yang autistik tetapi dengan kepekaan bunyi yang tinggi akan menikmati muzik sebagai suatu medium untuk merangsang dan menenangkan diri mereka. Mama dan papa juga boleh mencari jalan untuk memasukkan elemen muzik dan lagu ke dalam aktiviti yang dilakukan dengan si kecil yang autistik pada setiap hari. Sebagai contoh, sambil menyanyi boleh dilakukan pergerakan aktif seperti menari dan menonton video muzik untuk kanak-kanak yang membawa keriangan.
Aktiviti 5
Aktiviti membina
Aktiviti pembinaan disukai oleh kanak-kanak lelaki dan juga perempuan. Untuk anak kecil yang autistik, aktiviti seperti ini banyak faedahnya seperti mendidik kesabaran dan membantu koordinasi diri serta kawalan rangsangan yang terlampau.Lebih menarik lagi, papa dan mama tidak semestinya harus membeli blok permainan binaan yang mahal-mahal. Ini kerana kotak kosong, alatan dapur yang tidak terlalu berat atau mudah pecah serta tajam, malah apa sahaja yang sesuai boleh digunakan untuk aktiviti berbentuk permainan membina (building things).

Aktiviti 6
Aktiviti seni dan juga kraf
Kanak-kanak autistik adalah insan yang mempunyai deria visual yang juga kuat. Maka, ramai kanak-kanak yang berada dalam Spektrum Gangguan Autisme amat menyukai kegiatan seni dan kraftangan termasuk menconteng dan meluksi yang menyenangkan dan memotivasikan mereka. Seni dan kraf juga boleh menjadi aktiviti bahasa yang hebat sambil menawarkan peluang penting untuk mengembangkan kemahiran motor halus. Namun, pastikan aktiviti ini bersesuaian dengan tahap perkembangan si kecil yang ada gangguan autisme berkenaan.
Aktiviti 7
Bermain menggunakan gajet atau peranti elektronik
Dalam ruangan ini bulan lepas, kita telah berbincang panjang lebar tentang manfaat demi manfaat komputer tablet, telefon pintar dan gajet serupa dalam perkembangan kanak-kanak pada tahap pendidikan usia praformal. Manfaat yang sama juga pasti dapat diraih oleh si kecil yang autistik. Autismenya tidak harus menjadi halangan untuk si kecil itu menikmati pembelajaran menerusi teknologi yang pasti menghiburkan. Hanya kata-kata kunci ‘dalam keadaan terkawal’ perlu menjadi panduan utama dalam menggunakan gajet agar tidak pula ketagihan pada hari muka.
 

 
The post Bukan Semua Aktiviti Sesuai Untuk Si Kecil Autisme, Pakar Ini Kongsi 7 Cara Sesuai Untuk Mereka appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bukan-semua-aktiviti-sesuai-untuk-si-kecil-autisme-pakar-ini-kongsi-7-cara-sesuai-untuk-mereka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Penyediaan Laksa Johor Sedap Dan Mudah Sesuai Untuk Berniaga

Cara Penyediaan Laksa Johor Sedap Dan Mudah Sesuai Untuk Berniaga

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 524 hits
Cara Penyediaan Laksa Johor Sedap Dan Mudah Sesuai Untuk Berniaga Sementara hujung minggu ni tak tahu nak masak apa Cikza pasti ramai yang masih tercari cari menu yang sesuai untuk dijamu bersama keluarga Tapi Menu yang Cikza nak kongsikan ...
Cara Pakai Topeng Muka Yang Betul Menurut Pakar Kesihatan

Cara Pakai Topeng Muka Yang Betul Menurut Pakar Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 944 hits
Dengan berlakunya penyebaran wabak Coronavirus yang kini merebak ke seluruh dunia seorang pakar dari World Health Organization Collaboration Centre Seto Wing Hong tampil memberitahu cara yang betul untuk memakai face mask ataupun topeng muk...
8 Cara Memaksimalkan Busana Putih Buat Segala Acara Semua Ada Triknya

8 Cara Memaksimalkan Busana Putih Buat Segala Acara Semua Ada Triknya

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 278 hits
Busana putih akan terlihat biasa saja kalau kamu nggak pintar pintar mengakalinya
Video Dulu Semua Hentam Doktor Pakar Ini Kononnya Dia Pro Ph Sekarang

Video Dulu Semua Hentam Doktor Pakar Ini Kononnya Dia Pro Ph Sekarang

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 255 hits
RINA HAMZAHBeberapa bulan lepas doktor pakar ni dah bagitahu kuarantin wajib di rumah atau self home quarantine ni takkan berkesan Tapi ramai yang HENTAM dia sebab kononnya dia ni pro PH Hari ini kita dapat lihat hasilnya betapa bijaksana K...
Anak Asyik Menyusu Sebelah Je Ada Cara Nak Atasi Ikut Nasihat Pakar Laktasi Ni

Anak Asyik Menyusu Sebelah Je Ada Cara Nak Atasi Ikut Nasihat Pakar Laktasi Ni

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 400 hits
Anda mungkin menghadapi masalah bayi suka menyusu sebelah payudara Nasihat pakar laktasi ini berguna untuk atasinya Maklumlah pening juga bila bayi menyusu sebelah sahaja payudara Ibu tentu rasa tak selesa lenguh bila posisi penyusuan tidak...
Letupan Di Lubnan Tiada Kaitan Aktiviti Keganasan Pakar

Letupan Di Lubnan Tiada Kaitan Aktiviti Keganasan Pakar

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 321 hits
Kuala Lumpur Insiden letupan besar di Beirut Lubnan tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan sebaliknya berkemungkinan akibat kegagalan kerajaan negara itu mengawal dan menguruskan bahan letupan amonium nitrat dengan baik Pakar Kaji...
5 Cara Tampil Ideal Dengan Rok Jeans Buat Yang Badannya Kecil Sampai Besar Bisa

5 Cara Tampil Ideal Dengan Rok Jeans Buat Yang Badannya Kecil Sampai Besar Bisa

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 552 hits
Nggak perlu pakai celana ketat ketat kalau ada rok jeans yang bisa kamu andalkan ini
Cara Memilih Hewan Kurban Idul Adha Sesuai Syariat Islam Cara Menyembelihnya Yang Benar

Cara Memilih Hewan Kurban Idul Adha Sesuai Syariat Islam Cara Menyembelihnya Yang Benar

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 285 hits
Sebentar lagi seluruh Umat Islam di seluruh dunia akan segera menyambut datangnya lebaran Idul Adha 1441 H yang insya Allah jatuh pada tanggal 31 Juli 2020 mendatang Lebaran Idul Adha memang identik dengan prosesi penyembelihan hewan kurban...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka

View Point Wang Kelian