Tak Mustahil Kerajaan Ph Akan Tarik Sokongan Majoriti Pengundi Melayu Di Pru15



“Dengan kekuatan, ketekunan, dan komitmen untuk berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah sepanjang proses pembinaan sebuah Malaysia Baharu, tidak ada sebab mengapa Pakatan Harapan tidak mampu mendapat sokongan yang lebih besar daripada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti, termasuk meningkatkan lagi sokongan pengundi Melayu ke tahap majoriti.”
Itu kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dalam satu kenyataan media menerusi portal Roketkini mengenai isu kerjasama UMNO dan Pas yang didakwa akan menggugat keutuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Menurut Kit Siang lagi, PH harus menentang serangan terbaru pembangkang itu dengan ‘senjata’ yang mereka gunakan sewaktu memenangi Pilihanraya Umum ke 14 lalu.
“Pakatan Harapan perlu menggunakan formula yang telah berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 bagi melawan serangan terbaharu UMNO-PAS yang memainkan politik pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan.
“Jika Pakatan Harapan dapat menewaskan politik pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan yang dimainkan Barisan Nasional dan PAS, tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh sekali lagi digunakan untuk menyerang balas kempen pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan yang dibawa UMNO-PAS,” tegas beliau.
Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri itu turut menempelak UMNO yang dikatakan hanya tahu menggunakan kempen kebencian serta ketakutan untuk meraih sokongan pengundi khususnya pengundi-pengundi melayu.
“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, UMNO mendabik dada bahawa mereka akan memperolehi kemenangan ekoran yakin dengan kempen pembohongan, berita palsu, kebencian dan ketakutan yang dimainkan mereka.
“Namun pembohongan, fitnah dan berita palsu ini tidak mampu menahan kemaraan Pakatan Harapan dalam meraih sokongan satu pertiga pengundi Melayu bagi menumbangkan Barisan Nasional dan membetulkan semula 60 tahun dasar pembinaan negara,” ujarnya.
Selain itu, veteran DAP berkenaan juga yakin kerajaan PH akan mampu membawa Malaysia menjadi sebuah negara baru yang bebas dari rasuah serta berintegriti sepertimana didalam manifesto mereka terdahulu.
“Harapan untuk melihat sebuah Malaysia Baharu seperti yang termaktub dalam manifesto pilihan raya adalah kunci yang telah membawa Pakatan Harapan ke Putrajaya, bagi mentrasformasi Malaysia daripada negara kleptokrasi global kepada negara yang berintegriti,” tambah beliau.
Rakyat Malaysia juga dinasihatkan agar tetap kekal percaya dan memberi ruang kepada Kerajaan PH untuk membina semula negara ini dari kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.
Kit Siang turut yakin bahawa Malaysia Baru akan lebih gemilang serta mendapat sokongan rakyat didalam tempoh empat tahun mendatang.
“Sepanjang 10 bulan lalu, rakyat Malaysia sudah mula tertanya-tanya sama ada mereka telah meletakkan harapan palsu kepada Pakatan Harapan dalam membina sebuah Malaysia Baharu yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, malah semua masyarakat dan kumpulan di Malaysia.
“Jika dalam tempoh empat tahun akan datang, Pakatan Harapan menggunakan formula yang telah membawa kemenangan bersejarah dan keputusan 9 Mei 2018 bagi membina sebuah Malaysia Baharu dan tidak terkeluar daripada landasannya akibat daripada serangan bertali arus dalam bentuk pembohongan tidak berasas, kebencian dan ketakutan yang dimainkan UMNO dan PAS, sokongan popular untuk Malaysia Baharu akan meningkat,” kata Kit Siang lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/05/tak-mustahil-kerajaan-ph-akan-tarik-sokongan-majoriti-pengundi-melayu-di-pru15/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Melayu Di Ph Hanya Perlu Amalkan Rasuah Untuk Dapat Sokongan Undi Melayu Dan Menang Prk

Pemimpin Melayu Di Ph Hanya Perlu Amalkan Rasuah Untuk Dapat Sokongan Undi Melayu Dan Menang Prk

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 382 hits
Sekarang ini pun kerajaan yang mengamalkan anti rasuah dilihat suka bergaduh dan bertelagah dengan pihak tertentu Apakah ini kerana mereka rasa terganggu Jika amalkan rasuah boleh meredakan keadaan kenapa tidak pemimpin Melayu PH khususnya ...
Sokongan Penjawat Awam Perkuat Kerajaan Makmurkan Negara Dr Maszlee

Sokongan Penjawat Awam Perkuat Kerajaan Makmurkan Negara Dr Maszlee

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata sokongan daripada penjawat awam kepada kerajaan Pakatan Harapan dilihat semakin bertambah kukuh membina kekuatan untuk memakmurkan Malaysia Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ...
Kajian Populariti Dr M Merosot Hanya 39 Pengundi Puas Hati Dengan Kerajaan Ph

Kajian Populariti Dr M Merosot Hanya 39 Pengundi Puas Hati Dengan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 277 hits
Populariti Dr Mahathir sebagai perdana menteri mencapai 71 pada Ogos 2018 PETALING JAYA Tahap kepuasan pengundi terhadap pencapaian Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri merosot daripada 71 yang dicatatkan pada Ogos 2018 kepada 46 pad...
Kajian Mendapati Kerajaan Ph Masih Tetap Dihati Majoriti Rakyat

Kajian Mendapati Kerajaan Ph Masih Tetap Dihati Majoriti Rakyat

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 273 hits
Tinjauan pendapat umum terbaru KAJIDATA Research akan populariti Pakatan Harapan semasa ia meraikan ulang tahun pertama pemerintahannya menunjukkan ramai melihat PH sebagai kerajaan yang berdaya maju berbanding kerajaan Barisan Nasional seb...
Ph Kalah Jika Hilang Sokongan Melayu Cina Kata Pm

Ph Kalah Jika Hilang Sokongan Melayu Cina Kata Pm

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 208 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada apa yang perlu ditakuti dengan Statut Rom yang telah diputar belit sehinggakan kerajaan membuat keputusan berpatah balik Foto oleh Shafwan ZaidonPUTRAJAYA 8 Mei Pakatan Harapan memerlukan sokongan se...
Kerajaan Ph Perlu Berhenti Hasut Anak Muda Benci Sistem Raja Melayu

Kerajaan Ph Perlu Berhenti Hasut Anak Muda Benci Sistem Raja Melayu

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR 30 April Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan Mohd Afif Mohd Anuar berkata kerajaan Pakatan Harapan seharusnya berhenti mengeluarkan kenyataan menghasut dan cuba mengelirukan golongan muda tentang peranan Raja Raja...
Tun M Akui Ketegasan Kerajaan Tangani Rasuah Sebabkan Sokongan Merudum

Tun M Akui Ketegasan Kerajaan Tangani Rasuah Sebabkan Sokongan Merudum

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 282 hits
foto sumber internetPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan merosot kerana ketegasan kerajaan dalam memerangi perbuatan rasuah Dr Mahathir berkata terdapat kumpulan tertentu tidak lagi mendapa...
Sokongan Kepada Kerajaan Merosot Selepas Pru14 Merdeka Center

Sokongan Kepada Kerajaan Merosot Selepas Pru14 Merdeka Center

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 288 hits
TAHAP sokongan rakyat kepada kerajaan dan pimpinan di Putrajaya kini merosot kata Merdeka Center hampir setahun selepas mandat melalui Pilihan Raya Umum ke 14 mengangkat Pakatan Harapan memerintah Penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri ...
Sokongan 49 Kerajaan Perlu Sedikit Masa Tunai Janji Khalid

Sokongan 49 Kerajaan Perlu Sedikit Masa Tunai Janji Khalid

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 259 hits
Sokongan 49 Kerajaan perlu sedikit masa tunai janji KhalidPosted By on April 29 2019Kajian Merdeka Centre baru baru ini bahawa Kerajaan Pakatan Harapan hanya memperolehi 39 sokongan rakyat berbanding 79 ketika memenangi pilihan raya umum ke...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram