Kerajaan Ph Perlu Berhenti Hasut Anak Muda Benci Sistem Raja Melayu


KUALA LUMPUR, 30 April – Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan Mohd Afif Mohd Anuar berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) seharusnya berhenti mengeluarkan kenyataan menghasut dan cuba mengelirukan golongan muda tentang peranan Raja-Raja Melayu
Jelas beliau, walaupun PH menekankan agenda Malaysia Baru tetapi mereka harus sedar bahawa kerajaan yang memerintah dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihan raya secara demokrasi tanpa ada campur tangan oleh mana-mana pihak termasuklah Majlis Raja-Raja Melayu
“Kerajaan PH harus mengakui kerana demokrasilah maka Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah selama 60 tahun akhirnya tumbang. Sebab itu saya amat kesal kerana perpaduan yang dibina selama era Malaysia moden ini telah dikeruhkan dengan agenda-agenda kotor bagi melemahkan sistem yang telah dibina selama ini
“Sistem ini sudah matang apabila masyarakat di Malaysia hidup dalam harmoni berbilang kaum di bawah naungan Raja-Raja Melayu sebagai pengimbang kepada kuasa eksekutif iaitu kerajaan yang memerintah
“Jadi, janganlah mengelirukan anak muda yang tidak cendurung kepada sejarah Melayu atau peranan Raja kononnya Raja ini sebagai tidak perlu atau mitos Melayu yang kian pupus,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Tun Dri. Mahathir Mohamad iaitu posisi Tunku Mahkota Johor (TMJ) boleh ditukar
Kenyataan tersebut seolah-olah menghasut rakyat agar tidak menghormati sistem Institusi DiRaja
“Kita perlu jelas bahawa keturunan Raja mana-mana negeri adalah sudah dijaga dan dimuktamadkan dan ada juga negeri yang mempunyai sedikit berbeza undang-undang tubuhnya. Walau bagaimanapun, keturunan ini masih juga akan diwarisi oleh keluarga
“UMNO adalah sebuah parti yang lahir dari Istana maka parti keramat ini mendokong institusi beraja dan saya rasa sebagai ahli UMNO saya perlu tampil untuk mengingatkan golongan muda bahawa sejarah kesultanan tidak pernah salah dan bukan mitos malah keberadaan kita di sini mengecapi segala nikmat adalah hasil titik peluh pembesar-pembesar istana selama berzaman
“Ini berbeza dengan kerajaan baru PH yang ditubuhkan di jalanan. Sebab itulah kesedaran tentang tampuk pemerintahan seakan-akan kabur sehinggakan sanggup untuk menidakkan Perlembagaan Persekutuan yang mana ada Raja berperlembagaan yang harus dihormati. Rukun Negara yang kedua juga ada menyebut ‘kesetiaan kepada Raja dan Negara’ dan ini fakta yang harus kita telusuri bersama,” tegas beliau lagi
Justeru, beliau menyarankan kerajaan PH untuk menghayati Perlembagaan artikel 71 (1) iaitu “Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu: tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana Negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukan oleh perlembagaan Negeri itu”
“Artikel ini menunjukkan bahawa Raja sebagai pemerintah tertinggi sesuatu negeri dan negara mempunyai bidang kuasa tersendiri dalam merangka hala tuju negeri atau negara itu sendiri. Artikel ini juga sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana tidak boleh diabaikan dan boleh diguna pakai di mana-mana prosiding mahkamah di negara ini
“Maka, fahamilah perkara ini dan masyarakat juga harus menyedari peranan Raja-Raja Melayu di dalam membentuk sebuah negara yang aman dan makmur kerana kuasa Raja adalah seiring dengan keputusan Majlis Raja-Raja Melayu dari sembilan negeri bersekutu,” terang Afif
Beliau turut membidas satu forum yang diadakan baru-baru ini berkaitan ratifikasi Statut Rom yang turut disertai Peguam Negara, Tommy Thomas
“Forum yang tular di media sosial ini secara jelas menunjukkan mereka cuba menegakkan benang yang basah dengan mengatakan Statut Rom ini tidak akan menggugat Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera. Di dalam video itu juga Syed Husin (bekas ahli PKR) menceritakan bagaimana Raja tidak penting dan pelbagai tomahan dilempar dan bagi saya ini adalah hasutan
“Ia kelihatan tidak signifikan apabila peguam negara mengatakan YDPA akan terjaga tetapi dalam masa yang sama Syed Husin menghentam golongan Raja. Maka saya menyeru kepada kerajaan, cukup-cukuplah hendak menghasut. Sekarang ini masa untuk mentadbir negara dengan baik dan bukannya masa untuk bermusuh dengan istana
“Janganlah menyentuh hal-hal yang mungkin tidak patut disentuh. Istana adalah keluarga, menyentuh hal siapa yang layak di takhta atau tidak adalah ibarat menyentuh susur galur Raja. Kuasa eksekutif tidak layak dan tidak patut ke arah itu demi membina masa depan Malaysia yang lebih baik,” tegas beliau lagi. –MediaUMNO

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2019/04/kerajaan-ph-perlu-berhenti-hasut-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raja Raja Melayu Sudah Lama Tidak Kebal Tommy

Raja Raja Melayu Sudah Lama Tidak Kebal Tommy

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 247 hits
Peguam Negara Tommy Thomas bercakap pada Forum Malaysia dan Statut Rom di Auditorium Tun Suffian Universiti Malaya Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Peguam Negara Tommy memberitahu kekebalan Raja Raja Melayu sudah lama terhapus sej...
Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Forum Hina Raja Raja Melayu

Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Forum Hina Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 266 hits
Pertubuhan Sahabat Erat Dan Amanat Rakyat Malaysia atau SEDAR Malaysia menggesa pelbagai pihak agar membuat laporan polis terhadap penganjur dan panelis Forum Awam Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang diadakan hari ini Presiden SED...
Tak Payah Sebut Raja Melayu Ini Baru Mahadzir Khalid

Tak Payah Sebut Raja Melayu Ini Baru Mahadzir Khalid

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 272 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahadzir Khalid berucap dalam ceramah siri Jelajah Menentang Statut Rom Mempertahankan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Pejabat UMNO Bahagian Kota Tinggi Johor semalam KUALA LUMPUR Keraj...
Bukan Islam Makin Berani Sentuh Kedudukan Islam Raja Melayu

Bukan Islam Makin Berani Sentuh Kedudukan Islam Raja Melayu

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 313 hits
Orang bukan Islam kini dilihat semakin berani menyentuh tentang agama Islam dan kedudukan Raja Raja Melayu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keberanian sesetengah pihak yang menjadikan internet dan laman sosial berkenaan isu ...
Mahathir Berani Sindir Anak Raja Dan Mufti Tetapi Takutkan D4p

Mahathir Berani Sindir Anak Raja Dan Mufti Tetapi Takutkan D4p

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 385 hits
Tunku Mahkota Johor sememangnya terkenal lantang bersuara sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi dan bukannya hanya bersuara mengkritik pada zaman Pakatan Harapan Beliau merupakan satu satunya Putera Mahkota daripada sembilan keraba...
Berhenti Dera Anak Dalam Senyap Besar Nanti Boleh Jadi Punca Anak Kurang Hormat Ibu Ayah

Berhenti Dera Anak Dalam Senyap Besar Nanti Boleh Jadi Punca Anak Kurang Hormat Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 463 hits
Pesanan untuk yang bergelar ibu bapa berhenti dera anak dalam senyap Rupanya itu antara punca anak kurang rasa hormat pada kita bila besar nanti Abah rama rama ni nak warna apa Warna je la apa apa pun Izni sambil tangan sibuk scroll Faceboo...
Statut Rom Raja Dan Kerajaan

Statut Rom Raja Dan Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 355 hits
OLEH AB JALIL BACKER KERAJAAN kelihatan tidak dapat menerima hakikat diminta oleh Majlis Raja Raja Melayu agar menarik semula ratifikasi Statut Rom yang telah dibuat secara senyap dan tanpa perundingan awam yang mencukupi Perdana Menteri Tu...
Raja Muda Pahang Murka Nama Digunakan Untuk Program Umno

Raja Muda Pahang Murka Nama Digunakan Untuk Program Umno

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 748 hits
Tengku Hassanal tak terbabit program 4 putera mahkota Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah menafikan terbabit dalam program Santai Teh Tarik Bersama 4 Putera Mahkota yang dikatakan berlangsung esok Sumbe...
Anak Muda Diminta Tak Perlu Cemas Kehilangan Pekerjaan Akibat Digitalisasi

Anak Muda Diminta Tak Perlu Cemas Kehilangan Pekerjaan Akibat Digitalisasi

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 267 hits
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Darmin Nasution meminta generasi muda agar tak perlu cemas dalam menghadapi era digital terutama takut kehilangan pekerjaan Pemerintah telah mengambil berbagai langkah untuk meningkatkan kompetensi ge...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan