Tun M Akui Ketegasan Kerajaan Tangani Rasuah Sebabkan Sokongan Merudum


foto sumber internet
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) merosot kerana ketegasan kerajaan dalam memerangi perbuatan rasuah.

Dr Mahathir berkata terdapat kumpulan tertentu tidak lagi mendapat gaji ‘ekstra' daripada pihak tertentu yang mengamalkan korupsi.

Loading...
"...di sini kita dapati orang ini sekarang ini tak dapat duit kerana gerakan antirasuah ini. Mereka marah kepada kerajaan...dulu boleh dapat, la (sekarang) ni tak boleh dapat.

"Jadi kita dapati sokongan merosot dalam kalangan kumpulan tertentu yang terkenal kerana mereka memang bukan hanya dapat gaji tetapi dapat gaji 'ekstra' daripada punca lain.

"Itulah sebahagian daripada sebabnya kita lihat undi kepada PH merosot," katanya dalam satu temu bual khas sempena setahun pemerintahan PH di Putrajaya.


Golongan kecewa

Dr Mahathir berkata golongan tertentu itu berasa kecewa apabila tidak lagi mendapat pendapatan tambahan setiap bulan hasil penyelewengan mereka.

Ini kerana jika mereka meneruskan perbuatan itu, mereka akan dikenakan tindakan, oleh itu mereka tidak menyokong kerajaan hari ini, katanya.

Perdana menteri berkata perbuatan memberi wang kepada golongan tertentu oleh kerajaan terdahulu juga menyebabkan golongan berkenaan kecewa dengan kerajaan PH.

"Memang kerajaan dahulu mereka beri duit yang banyak kepada macam-macam golongan, nelayan dapat gaji, kalau tak dapat ikan pun dapat gaji RM300 sebulan, bachelors (bujang) dapat RM450, BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) lagi, macam-macam orang dapat duit.

"Kalau kita nak amal benda yang semacam ini samalah kita juga korup macam itulah. Nak beli sokongan dengan memberi wang itu rasuah.

"Kita tak boleh buat macam itu dan kita tak ada duit pun nak buat pasal kita tak curi duit," katanya.

Justeru, Dr Mahathir berkata kerajaan PH akan meneruskan usaha untuk mengubah mentaliti masyarakat supaya menolak amalan rasuah walaupun menyedari ia sesuatu yang sukar.

Beliau yakin pada masa depan masyarakat akan faham dan menghargai usaha murni kerajaan itu.

"Memang sukar tetapi kita hendak jadi rakyat berasa normal bagi mereka jika mereka tidak dibantu oleh orang yang berduit ini.

"Lambat-laun mereka mesti tahu bahawa mereka akan mendapat gaji mereka, dan kami akan cuba menambah baik gaji mereka, tetapi selepas beberapa lama nanti rakyat akan mula menghargainya, orang ramai sudah tentu patut menghargainya kerana mereka tidak lagi perlu membayar duit ekstra kepada pegawai-pegawai yang korup," katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/tun-m-akui-ketegasan-kerajaan-tangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setahun Ph Kedah Usaha Kerajaan Banteras Penyalahgunaan Kuasa Rasuah

Setahun Ph Kedah Usaha Kerajaan Banteras Penyalahgunaan Kuasa Rasuah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 307 hits
Temubual Eksklusif Bersama YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir 1 Tahun Pakatan Harapan Kedah USAHA KERAJAAN BANTERAS PENYALAHGUNAAN KUASA RASUAH
Ada Yang Mahu Kembali Pada Kerajaan Rasuah Dr M

Ada Yang Mahu Kembali Pada Kerajaan Rasuah Dr M

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 482 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui terdapat kalangan rakyat termasuk penjawat awam mahu kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tidak diteruskan untuk penggal akan datang hanya kerana kelantangannya mengekang rasuah Malah D...
Tun M Projek Ecrl Rundingan Kerajaan Terdahulu Tidak Telus

Tun M Projek Ecrl Rundingan Kerajaan Terdahulu Tidak Telus

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 536 hits
BEIJING Rundingan untuk membina Laluan Rel Pantai Timur oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah dilakukan secara tidak telus tanpa sebarang kajian terperinci mengenainya kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Itu Perdana Ment...
Mustapa Akui Tidak Selesa Dengan Kerajaan Dahulu

Mustapa Akui Tidak Selesa Dengan Kerajaan Dahulu

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 308 hits
SHAH ALAM DIKEMASKINI Tidak selesa dengan beberapa perkara yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dahulu adalah antara faktor pendorong kepada bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohame...
Sokongan 49 Kerajaan Perlu Sedikit Masa Tunai Janji Khalid

Sokongan 49 Kerajaan Perlu Sedikit Masa Tunai Janji Khalid

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 300 hits
Sokongan 49 Kerajaan perlu sedikit masa tunai janji KhalidPosted By on April 29 2019Kajian Merdeka Centre baru baru ini bahawa Kerajaan Pakatan Harapan hanya memperolehi 39 sokongan rakyat berbanding 79 ketika memenangi pilihan raya umum ke...
Pemimpin Melayu Di Ph Hanya Perlu Amalkan Rasuah Untuk Dapat Sokongan Undi Melayu Dan Menang Prk

Pemimpin Melayu Di Ph Hanya Perlu Amalkan Rasuah Untuk Dapat Sokongan Undi Melayu Dan Menang Prk

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 423 hits
Sekarang ini pun kerajaan yang mengamalkan anti rasuah dilihat suka bergaduh dan bertelagah dengan pihak tertentu Apakah ini kerana mereka rasa terganggu Jika amalkan rasuah boleh meredakan keadaan kenapa tidak pemimpin Melayu PH khususnya ...
Ph Akan Terus Banteras Rasuah Tun M

Ph Akan Terus Banteras Rasuah Tun M

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 226 hits
foto sumber internet PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan agenda membanteras rasuah walaupun sokongan terhadap kerajaan dan dirinya sendiri telah merosot Beliau turut meminta sem...
Sokongan Penjawat Awam Perkuat Kerajaan Makmurkan Negara Dr Maszlee

Sokongan Penjawat Awam Perkuat Kerajaan Makmurkan Negara Dr Maszlee

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 419 hits
KUALA LUMPUR Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata sokongan daripada penjawat awam kepada kerajaan Pakatan Harapan dilihat semakin bertambah kukuh membina kekuatan untuk memakmurkan Malaysia Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ...
Tak Mustahil Kerajaan Ph Akan Tarik Sokongan Majoriti Pengundi Melayu Di Pru15

Tak Mustahil Kerajaan Ph Akan Tarik Sokongan Majoriti Pengundi Melayu Di Pru15

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 471 hits
Dengan kekuatan ketekunan dan komitmen untuk berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum agama atau wilayah sepanjang proses pembinaan sebuah Malaysia Baharu tidak ada sebab mengapa Pakatan Harapan tidak mampu mendapat soko...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki