Ph Kalah Jika Hilang Sokongan Melayu Cina Kata Pm


Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada apa yang perlu ditakuti dengan Statut Rom yang telah diputar belit sehinggakan kerajaan membuat keputusan berpatah balik. — Foto oleh Shafwan Zaidon
PUTRAJAYA, 8 Mei — Pakatan Harapan (PH) memerlukan sokongan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama dan mesti bekerja keras untuk memastikan setiap orang puas hati dengan kerajaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap dalam satu temu bual khas sempena setahun pemerintahan PH, di sini, Perdana Menteri berkata semua orang fikir kerajaan hanya menjaga kepentingan kaum lain dan bukan kaum mereka.

“Tetapi hakikatnya kita memberi perhatian kepada semua kaum, kita harus memastikan setiap orang sedikit sebanyak akan berpuas hati.

“Jika PH hilang sokongan orang Melayu, kita akan kalah. Jika PH hilang sokongan kaum Cina, pun kita akan kalah. Dan, malahan kaum India pun memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan PH. Kita perlu lebih berhati-hati,” kata beliau.

Mengulas pernyataan bahawa gabungan PH memiliki jiwa Melayu-Islam dengan pendirian politik memecah belah, Dr Mahathir berkata hakikatnya adalah rakyat Malaysia pada amnya sangat mengambil berat soal kaum.

“Kita telah banyak bercakap mengenai perpaduan, menjadi bangsa Malaysia dan semua itu, tetapi semua orang masih juga bercakap tentang kaum mereka sendiri. Menteri-menteri yang hendak menarik sokongan kaum mereka mesti membangkitkan isu ini dalam kerajaan,” kata beliau.

Memetik contoh beberapa isu yang diperbalahkan seperti kuota kemasukan ke program matrikulasi dan Statut Rom, Dr Mahathir berkata kedua-dua isu tersebut telah “digembar-gemburkan” dan “diputar belit”.

Beliau menjelaskan bahawa program matrikulasi diwujudkan selepas kerajaan mendapati orang Melayu tidak mengambil peperiksaan Sijil TInggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan oleh itu tidak dapat masuk ke universiti.

“Jadi, kita buka pintu belakang untuk mereka. Isunya sekarang adalah kenapa hanya orang Melayu sahaja (boleh masuk matrikulasi), orang lain yang lebih baik keputusan mereka, kenapa tidak mendapat tempat?

“Jadi, sekarang kita setuju untuk memberi tempat kepada bukan Melayu juga. Tujuan (asal) kita mahu meningkatkan kemasukan para pelajar Melayu ke universiti menerusi matrikulasi jadi terbatal, kerana walaupun kaum Cina dan India pun masuk ikut pintu belakang, mereka tetap tidak puas hati,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata perkara itu tidak pernah berbangkit sebelum ini tetapi kini dimainkan dan dikutip pula oleh media.

“Dan rakyat merasakan kerajaan pilih kasih dengan melebihkan orang Melayu. Tetapi jika kita tanya orang Melayu dan orang Islam, mereka akan kata bahawa kerajaan tidak memberi perhatian berat kepada mereka dan tidak menegakkan Islam. Kita juga perlu menyedari akan perkara itu,” kata beliau.

Dr Mahathir juga menegaskan bahawa tiada apa yang perlu ditakuti dengan Statut Rom, dan itu telah diputar belit sehinggakan kerajaan terpaksa berpatah balik dalam keputusannya meratifikasi Statut Rom.

“Setiap orang ada masalah, bukan sahaja orang Malayu atau orang Islam. Orang Cina pun ada masalah, berkaitan UEC (Sijil Peperiksaan Bersama), sekolah-sekolah Cina, universiti untuk orang Cina, Masalah kaum India.

“(Tetapi) kita dapati sekiranya kita melayan hanya satu kaum, kita akan berdepan dengan masalah. Kita akan cuba secara minimum untuk memuaskan hati setiap orang secara sewajarnya. Tetapi tidak mungkin kita dapat memuaskan hati semua orang,” kata beliau.

Dr Mahathir berkata, “semua itu mengambil masa tetapi ia tidak bererti kerajaan bersikap pasif (tidak berbuat apa-apa).”

“Kita perlu bersedia, berhati-hati dalam apa juga tindakan dan percakapan kita, dan apa penyelesaian yang kita capai,” kata beliau.

— Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/ph-kalah-jika-hilang-sokongan-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalah Tiga Prk Sandakan Bukti Mandat Rakyat Kata Dap

Kalah Tiga Prk Sandakan Bukti Mandat Rakyat Kata Dap

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 271 hits
Lim Kit Siang mengakui ramai mengadu banyak perkara yang dijanjikan PH tidak tercapai dalam tahun pertama menjadi kerajaan Foto oleh Firdaus LatifSANDAKAN 10 Mei Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee meray...
Isu Kekal Kuata 90 Bumiputera Untuk Kurangkan Kebimbangan Orang Melayu Kata Anwar Viralhancing

Isu Kekal Kuata 90 Bumiputera Untuk Kurangkan Kebimbangan Orang Melayu Kata Anwar Viralhancing

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 465 hits
KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan keputusan Putrajaya mengekalkan 90 kuota Bumiputera dalam program matrikulasi Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan kebimbangan kaum itu selepas kerajaan menambah jumlah pelajar bagi ku...
Ph Hilang Populariti Itu Pendapat Anwar Kata Dr M

Ph Hilang Populariti Itu Pendapat Anwar Kata Dr M

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 366 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad percaya pilihan raya umum ke 15 akan menjadi medan sebenar bagi rakyat menilai kerajaan pimpinannya Kita bila jadi kerajaan kita harus menjangka untuk dikritik dan hilang populariti Bagaimanapun pilihan r...
Sentimen Melayu Islam Terancam Mainan Parti Kalah Cuba Tutup Kesalahan

Sentimen Melayu Islam Terancam Mainan Parti Kalah Cuba Tutup Kesalahan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR Tindakan blok pembangkang memainkan sentimen agama Islam dan hak Melayu yang kononnya terancam di bawah pentadbiran Pakatan Harapan didakwa bertujuan menyelamatkan diri daripada kesilapan lalu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mo...
Tak Mustahil Kerajaan Ph Akan Tarik Sokongan Majoriti Pengundi Melayu Di Pru15

Tak Mustahil Kerajaan Ph Akan Tarik Sokongan Majoriti Pengundi Melayu Di Pru15

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 468 hits
Dengan kekuatan ketekunan dan komitmen untuk berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum agama atau wilayah sepanjang proses pembinaan sebuah Malaysia Baharu tidak ada sebab mengapa Pakatan Harapan tidak mampu mendapat soko...
Pemimpin Melayu Di Ph Hanya Perlu Amalkan Rasuah Untuk Dapat Sokongan Undi Melayu Dan Menang Prk

Pemimpin Melayu Di Ph Hanya Perlu Amalkan Rasuah Untuk Dapat Sokongan Undi Melayu Dan Menang Prk

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 419 hits
Sekarang ini pun kerajaan yang mengamalkan anti rasuah dilihat suka bergaduh dan bertelagah dengan pihak tertentu Apakah ini kerana mereka rasa terganggu Jika amalkan rasuah boleh meredakan keadaan kenapa tidak pemimpin Melayu PH khususnya ...
Melayu Bersatu Melalui Umno Pas Dikatakan Rasis Cina Bersatu Melalui Dap Apa Pula

Melayu Bersatu Melalui Umno Pas Dikatakan Rasis Cina Bersatu Melalui Dap Apa Pula

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 489 hits
KEMENANGAN Dap di PRK Parlimen Sandakan memang sudah dijangka Melihat kepada komposisi kaum di kawasan itu yang didominasi pengundi Cina kita memang sudah menjangkakan Dap akan menang Parti Bersatu Sabah bukan bersama Barisan Nasional lagi ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan