Tak Adil Langsung Meski Menang Banyak Anugerah Peminat Running Man Kritik Sbs Dek Hal Ini
‘2024 SBS Entertainment Awards’ mencatatkan keputusan yang agak mengecewakan untuk “Running Man”.
Artikel Berkaitan
"Saya Tak Bersiap.." - Dikritik Seperti Tak Ikhlas Ketika Terima Anugerah, Song Jihyo Mohon Maaf
Pada malam itu, Yoo Jae-suk, yang menerajui “Running Man” dan “Whenever Possible” telah memenangi anugerah tertinggi, Daesang (Grand Prize). Dengan kemenangan ini, Yoo Jae-suk mencipta rekod dengan memenangi Daesang buat kali ke-20.
Namun, ada pihak yang meluahkan kekecewaan terhadap keputusan untuk ahli-ahli lain dalam “Running Man” meskipun mereka membolot anugerah untuk kategori ‘Rising Star’ (Ji Ye-eun, Kang Hoon) , ‘Scene Stealer Awards’ (Song Ji-hyo), ‘Most Viewed Short Clips’ (Kim Jong-kook), dan ‘Most Popular Program Awards’.
Sejak siarannya yang pertama pada tahun 2010, program itu telah menjadi salah satu program utama SBS dan merupakan rancangan hiburan paling lama bersiaran di Korea. Tetapi, di majlis anugerah kali ini, penganugerah buat ahlinya agak sedikit dalam kategori utama.
Ahli “Running Man” memenangi beberapa anugerah sampingan seperti ‘Rising Star Award’, ‘Scene Stealer Award,’ dan ‘Most Viewed Short Clip Award.’ Namun, anugerah utama seperti ‘Best Excellence Award’ dan ‘Excellence Award’ dimenangi oleh peserta dari “My Ugly Duckling”, “Kick a Goal”, “Same Bed, Different Dreams 2: You Are My Destiny” dan “Jungle’s Rice”. Malah ahli “Running Man” juga langsung tidak tersenarai sebagai calon untuk anugerah ini.
Selain itu, ada juga persoalan mengenai Ji Ye-eun dari ‘Running Man’ yang dianggap calon kuat untuk memenangi ‘Rookie Award’, tetapi tidak tercalon langsung. Dia hanya memenangi ‘Rising Star Award’ bersama Kang Hoon. Rookie Award dalam kategori Bual Bicara/Hiburan diberikan kepada Yoo Yeon-seok dari ‘”Whenever Possible” manakala Jin Sun-kyu dari “The Magic Star” memenangi kategori Rancangan.
Sebelum ini, di ‘2023 SBS Entertainment Awards,’ Ji Suk-jin dari “Running Man” juga tidak dicalonkan untuk Anugerah Utama (Daesang), menyebabkan ramai peminat meluahkan ketidakpuasan hati. Walaupun telah berkhidmat selama lebih dari 10 tahun sebagai ahli utama rancangan itu, Ji Suk-jin hanya memenangi ‘Honorary Employee Award’ pada tahun lalu.
Keputusan anugerah kali ini menyebabkan sesetengah peminat “Running Man” meluahkan rasa kecewa. Ada yang berkata,
Program jangka panjang seperti ini sangat luar biasa.
Saya sangka Ji Ye-eun akan menang Rookie Award.
Sebagai peminat ‘Running Man,’ saya kecewa.
Walau bagaimanapun, terdapat juga pandangan yang menyokong keputusan anugerah tersebut, memetik populariti dan kadar tontonan program seperti “My Ugly Duckling” dan “Kick a Goal” yang lebih menyerlah berbanding “Running Man” di Korea.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Tak Adil Langsung” – Meski Menang Banyak Anugerah, Peminat ‘Running Man’ Kritik SBS Dek Hal Ini first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/tak-adil-langsung-meski-menang-banyak-anugerah-peminat-running-man-kritik-sbs-dek-hal-ini/