Tajuddin Sahkan Muhyiddin Tak Masuk Campur Kes Mahkamah Zahid


agendaily.com28/06/2022
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak masuk campur dalam kes mahkamah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sidang media khas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam secara tidak langsung mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak masuk campur dalam urusan kes mahkamah melibatkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu mendedahkan semasa dalam perbualan telefon, Zahid mengadu kepadanya Muhyiddin ketika itu masih Perdana Menteri (PM) tidak mahu membantunya dalam urusan kes mahkamah yang dihadapinya.

Untuk rekod, Zahid juga sebelum menyaman Muhyiddin bersama seorang lagi mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas didakwa memfitnahnya berhubung permintaan pertolongan untuk menyelesaikan kes mahkamah dihadapinya.

Zahid memfailkan saman tersebut pada April, bagaimanapun dalam afidavit balas Muhyiddin berkata Zahid menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah.

“Selepas saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan, satu mesyuarat diadakan di kediaman saya bagi membincangkan, antara lain, pembentukan Kabinet baharu.

“Beberapa individu menghadiri mesyuarat itu termasuk plaintif, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Hadi Awang. Selepas mesyuarat berakhir, plaintif meminta untuk bercakap dengan saya secara peribadi dan saya meminta Azmin untuk turut serta.

“Ketika perbincangan, beliau menunjukkan sejumlah besar fail yang dibawa ke mesyuarat itu. Apabila saya tanya mengapa dia bawa fail itu, dia kata fail itu ada kaitan dengan kes jenayah terhadapnya yang didakwa mempunyai motif politik, dia kata dia tak bersalah dan minta bantuan saya,” kata Muhyiddin dalam afidavit tersebut.

Semalam, Tajuddin berkata Zahid sebenarnya terdesak dalam kes mahkamah yang sedang dihadapinya, malah mengadu kepadanya dalam satu perbualan telefon selepas Muhyiddin tidak mahu menolongnya dalam kes mahkamah beliau.

“Dia (Zahid) sangat terdesak, dia ingat dengan menyertai Mahathir dan kemudiaannya Muhyiddin, diaorang boleh tolong dia.

“Bossku (Datuk Seri Najib Razak) ingat dia boleh ditolong, Zahid pun begitu… sekali dah masuk tak dapat pertolongan itu yang mula marah, itu yang nak tarik sokongan.

“Saya tak boleh lupa Datuk Zahid pernah cakap dengan saya dalam telefon, Din dia kata (Tajuddin) dorang (Muhyiddin, Mahathir) ini pun tak gunalah, tak ada nak menolong (kes mahkamah),” katanya semasa sidang media semalam.

Semasa krisis tahun lalu yang menyaksikan Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai PM, Zahid bersama-sama 14 Ahli Parlimen (MP) UMNO menyertainya menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Zahid ketika itu bersama-sama cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang bersama langkah untuk menjatuhkan kerajaan ditadbir Muhyiddin.

Susulan itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi PM baharu menggantikan Muhyiddin selepas namanya dicadangkan Bersatu, PAS dan GPS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/tajuddin-sahkan-muhyiddin-tak-masuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Samsul Iskandar Ni Tak Tahu Ke Zahid Tu Ada Kes Mahkamah

Samsul Iskandar Ni Tak Tahu Ke Zahid Tu Ada Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan hangat yang dikeluarkan oleh bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Isnin membuktikan bahawa apa yang pernah disuarakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini ...
Kes Mahkamah Dan Serangan Tajuddin Merosakan Lagi Imej Zahed Liabiliti Kepada Umno

Kes Mahkamah Dan Serangan Tajuddin Merosakan Lagi Imej Zahed Liabiliti Kepada Umno

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 188 hits
Zahed langsung tidak jangka serangan Tajuddin sangat berbisa dan kini dia sedar tok mat najib dan beberapa lagi adalah musang berbulu ayam
Zahid Dakwa Pertemuan Dengan Tun M Hal Politik Bukan Kes Mahkamah

Zahid Dakwa Pertemuan Dengan Tun M Hal Politik Bukan Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 215 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa lima pertemuan membabitkan mereka antara Jun 2018 dan Februari 2020 adalah untuk membincangkan kes mahkamah dihadapi Presiden Umno itu Pengerusi Barisan Nasio...
Kes Zahid Semakin Melebar

Kes Zahid Semakin Melebar

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 314 hits
UKSB s SEKARANG MENYERLAH BIASA LA BILA DAH TERSEPIT CANGKOK LE SAPA YANG PATUT DI CANGKOK PADA AKU AJE YANG KENA ELOK LE SEMUA MAUK SAMA NANTI RAKYAT AKAN KATA INI LE KEROJE ORANG POLITIK GHOPA NYEEEEE PATUT LE DAPAT MEMERINTAH LAMEEEE Dak...
Zahid Tajuddin Knows What He Did Wrong

Zahid Tajuddin Knows What He Did Wrong

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 206 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi today refused to explain why he decided to remove Tajuddin Abdul Rahman from the party s supreme council Speaking to reporters in Kuala Lumpur Zahid urged reporters to address the question to Tajuddin It s ...
Sebab Apa Nak Bubar Parlimen Nak Selesai Kes Mahkamah Anwar

Sebab Apa Nak Bubar Parlimen Nak Selesai Kes Mahkamah Anwar

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 248 hits
malaysiakini comPresiden PKR Anwar Ibrahim berkata desakan untuk membubarkan parlimen supaya pilihan raya awal dapat diadakan adalah tindakan terdesak beberapa pemimpin Umno untuk melepaskan diri masing masing daripada kes mahkamah yang sed...
Tajuddin Sudah Sahkan Siapa Punca Mn Jadi Porak Peranda Kata Pas

Tajuddin Sudah Sahkan Siapa Punca Mn Jadi Porak Peranda Kata Pas

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 239 hits
agendaily com28 06 2022Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan ketika Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019 Gambar FBPunca kerjasama Muafakat Nasional yang terjalin jadi porak peranda sudah diketahui berpunca daripada siapa kat...
Terima Kasih Kepada Zahid Najib Tajuddin Dan Ramai Lagi Dari Umno Parti Keramat

Terima Kasih Kepada Zahid Najib Tajuddin Dan Ramai Lagi Dari Umno Parti Keramat

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 305 hits
Dalam ketika rakyat susah dan bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat dan pelbagai lagi CABARAN seperti penyakit dan isu keselamatan Tiba TIBA rakyat kenyang dan enjoy kenyang dengan Dengan drama terbuka pemimpin politik umno yang ber...
Wang Uksb Kenapa Hanya Zahid Pendosa Adalah Muhyiddin Maksum

Wang Uksb Kenapa Hanya Zahid Pendosa Adalah Muhyiddin Maksum

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 219 hits
Premiered 81 minutes ago Nur Jazlan Mohamed hari ini mempersoalkan mengapa hanya presidennya Ahmad Zahid Hamidi didakwa menerima rasuah daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd Sedangkan kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor it...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Mi Kuah Daging

Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba

Membazir Beli Magnetic Eyelash

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Gelombang Phk Landa Industri Media Kenapa

Replant Pokok Daun Rama Rama