Tajuddin Sudah Sahkan Siapa Punca Mn Jadi Porak Peranda Kata Pas


agendaily.com28/06/2022
Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan ketika Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019. - Gambar FBPunca kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang terjalin jadi porak-peranda sudah diketahui berpunca daripada siapa, kata Datuk Awang Hashim.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata pendedahan oleh bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membuktikan selama ini MN jadi huru-hara disebabkan krisis dalaman UMNO sendiri apabila terdapat pemimpinnya yang mementingkan diri sendiri.

“Kenyataan Datuk Seri Tajuddin ini mengesahkan bahawa siapa yang memporak-perandakan MN. Daripada kami? Kami sudah tahu tetapi berdiam diri sebab tak mahu merosakkan perpaduan kita.

“Sebab itu apa saja serangan ke atas PAS, kita tak jawab sangat macam itik patah kaki. Cuma sekali sekala kita bagi reaksi segera kepada serangan PAS dalam MN. Tetapi jawapan daripada Datuk Seri Tajuddin itu adalah jawapan kepada apa yang berlaku dalam MN dari mula lagi sehingga sekarang,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Zahid ini dilaporkan berkata kerjasama UMNO dan PAS melalui MN perlu dilupakan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Semalam, Tajuddin mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam UMNO, termasuk mengatakan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbohong mengenai laungan “No DAP No Anwar” sedangkan pemimpin atasan parti memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM.

Menurut Tajuddin, Zahid juga sebenarnya mempunyai cita-cita mahu menjadi PM, dan penamaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM dan “poster boy” Barisan Nasional (BN) sebenarnya hanya umpan supaya disegerakan PRU-15.

“Tak boleh pakai cerita poster boy ini semua, ini semua umpan… umpan kepada PM supaya dia bersetuju mengadakan pilihan raya (segera).

“Bila ada pilihan raya, dia (Zahid) masih nak bertanding, jadi Presiden parti, kalau menang UMNO, tak menang pun tapi UMNO jadi parti komponen utama dalam kerajaan baharu, dia lah jadi PM,” kata Tajuddin.

Dalam pada itu, Tajuddin juga menggesa supaya Zahid berundur dan melepaskan jawatannya kerana terpalit dengan kes mahkamah yang menyebabkan imej parti tersebut tercalar.

Menyentuh pelawaan PAS Perak terhadap Tajuddin yang kini dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu, kata Awang, ia akan dibincang dan diputuskan di peringkat pimpinan parti.

“Sebagai organisasi (parti) kami belum buat apa-apa keputusan. Itu (Pelawaan) hak peribadi, sapa-sapa boleh cakap dan bukan organisasi (parti) punya keputusan.

“Pandangan peribadi dia punya asas fakta yang tak boleh dikeluarkan dia buat tawaran, mesti ada alasan mungkin sebab berlaku di Perak dan PAS Perak yang buat tawaran,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/tajuddin-sudah-sahkan-siapa-punca-mn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Pelawa Tajuddin Wakili Pas Tidak Pernah Dibincangkan Idris Ahmad

Pru15 Pelawa Tajuddin Wakili Pas Tidak Pernah Dibincangkan Idris Ahmad

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 212 hits
Tindakan Pas Perak mempelawa Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bertanding atas tiket Perikatan Nasional mewakili Pas pada Pilihan Raya Umum ke 15 tidak pernah dibincangkan Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad berkata...
After Public Attack On Umno Leaders Takiyuddin Says Tajuddin Free To Join Pas Now

After Public Attack On Umno Leaders Takiyuddin Says Tajuddin Free To Join Pas Now

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 321 hits
PAS secretary general Datuk Seri Takiyuddin Hassan today said Pasir Salak Member of Parliament Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman can join PAS at any time to continue his political career Bernama photo KAMPAR Pasir Salak Member of Parliam
Tajuddin Sedia Pertimbang Cadangan Jadi Calon Pas

Tajuddin Sedia Pertimbang Cadangan Jadi Calon Pas

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 221 hits
malaysiakini comAhli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman menyatakan kesediaannya untuk bertanding atas tiket PAS dalam PRU akan datang jika dia disingkirkan daripada Umno Bagaimanapun kata bekas ahli majlis kerja tertinggi Umno itu s...
Tajuddin Sahkan Muhyiddin Tak Masuk Campur Kes Mahkamah Zahid

Tajuddin Sahkan Muhyiddin Tak Masuk Campur Kes Mahkamah Zahid

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 359 hits
agendaily com28 06 2022Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak masuk campur dalam kes mahkamah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Sidang media khas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam secara...
Laaa Teruk Betoi Menteri Pas Kata Seorang Orang Umno Memang Betoi Pun

Laaa Teruk Betoi Menteri Pas Kata Seorang Orang Umno Memang Betoi Pun

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 357 hits
BOB KELANANGLAAA teruk betul la pemimpin UMNO kata menteri PAS adalah tidak membantu langsung masalah negara malah melabel menteri2 PAS sebagai menteri cap ayam WALAUN xmarah ker olamak2 PAS dihina sedemikian apa nak kisah sangat asalkan da...
Tidak Wajar Pecat Memecat Berlaku Dalam Umno Kata Shahidan Selepas Tajuddin Disingkir

Tidak Wajar Pecat Memecat Berlaku Dalam Umno Kata Shahidan Selepas Tajuddin Disingkir

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 208 hits
agendaily com25 06 2022Ketua UMNO Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim kesal dengan budaya pecat memecat dalam UMNO Budaya tindakan pecat memecat dalam UMNO tidak sepatutnya berlaku kata Datuk Seri Shahidan Kassim selepas Ahli Parlimen ...
Pas Tak Tepati Janji Mn Sudah Sampai Surah Akhir Kata Tok Mat

Pas Tak Tepati Janji Mn Sudah Sampai Surah Akhir Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 155 hits
Mohamad Hasan berkata jika PAS mahu kembali bersama Umno dalam Muafakat Nasional mereka perlu berbuat demikian tanpa Perikatan Nasional PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata tindakan PAS tidak menepati janji dan konsist...
Tiada Masalah Antara Kami Kata Pas Selangor Selepas Menghadap Sultan

Tiada Masalah Antara Kami Kata Pas Selangor Selepas Menghadap Sultan

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 207 hits
Tiada masalah antara kami kata PAS Selangor selepas menghadap sultanPesuruhjaya PAS Selangor Ahmad Yunus Hairi menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan Shah Alam PETALING JAYA Pesuruhjaya PAS negeri Ahmad Yunus Hairi...
Tension Headache Paling Kerap Dialami Rakyat Malaysia Pakar Kata Boleh Jadi Punca Tumor Otak

Tension Headache Paling Kerap Dialami Rakyat Malaysia Pakar Kata Boleh Jadi Punca Tumor Otak

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 273 hits
SAKIT kepala boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor namun sesetengah individu mungkin akan mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti harian apabila kesakitan dialami semakin serius termasuklah migrain Tension headache merupakan sejenis...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Pesanan Terakhir Rasulullah Redakan Kemarahanmu

Mereka Ini Kebal Undang Undang Betul Ke Atau Penguatkuasa Kurang Berfungsi

Ilham Centre Bn Tiada Masalah Besar Kekal Kerusi Dun Ayer Kuning

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Apakah Bn Akan Rebah Bersama Kandang Babi Di Ayer Kuning Sebelum Ini Isu Kuil Di Tapak Haram

Paris Based Iea To Support Malaysia In Exploring Nuclear Energy Policy Says Dpm Fadillah