Tajuddin Minta Maaf Melenting Di Mahkamah


B Nantha Kumar 

   
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman meminta maaf di mahkamah kerana sikapnya ketika hadir kes perbicaraan saman terhadap Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad hari ini.

Kes saman itu turut melibatkan dua yang lain iaitu KiniTV Sdn Bhd dan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) yang masing-masing diwakili K Shanmuga dan Rueben Mathiavaranam.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Aliza Sulaiman sebelum itu mengingatkan Tajuddin agar merujuk kepada peguam dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Saya meminta maaf kepada mahkamah kerana ini kali pertama saya di mahkamah. Saya tidak biasa dengannya (proses mahkamah)," katanya.

Prosiding hari ini adalah bagi perbicaraan penuh kes saman berhubung dakwaan Tajuddin bahawa Khalid memanggilnya dengan istilah "sial" pada dua sidang media di lobi Parlimen pada 21 dan 24 November 2016.

Istilah sial berkenaan diucapkan Khalid dalam Dewan Rakyat selepas Tajuddin  menyebut hanya Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) satu-satunya ahli parlimen wanita yang mempunyai 'Kok'.

Khalid turut mendakwa Tajuddin menghina anggota parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto.

Susulan itu, Tajuddin mencabar Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam supaya mengulangi perkataan "sial" di luar Dewan Rakyat kepadanya.

Dakwa video disuntingPerbicaraan yang bermula pada 11.10 pagi itu menyaksikan Tajuddin tidak berpuas hati selepas pihak defendan dibenarkan menyiarkan tiga klip video yang diakui oleh Tajuddin sebagai sumber kepadanya untuk memfailkan saman berkenaan.

Video pertama yang disiarkan memaparkan pertikaman lidah antara Tajuddin, Khalid, Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena), Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) dan Teresa di Dewan Rakyat.

Tajuddin turut mendakwa video tersebut sebagai disunting.

"Kalau kamu nak siarkan. Biar ia dari awal. Jangan main politik. Kandungan video perlu secara menyeluruh. Ini disunting bagi kepentingan anda," kata Tajuddin ke arah peguam Khalid, Sankara Nair.

Khalid yang turut berada di dalam mahkamah dilihat tersenyum ke arah Tajuddin sebelum bergegas keluar dari dan memaklumkan beliau perlu menghadiri mesyuarat.

Tajuddin kemudian ditenteramkan oleh peguamnya, Hasnal Rezua Merican dengan memaklumkan bahawa pihak defendan mempunyai hak untuk memaparkan video berkenaan.

Selepas itu, Tajuddin sekali lagi tidak berpuas hati apabila klip video kedua dipaparkan.

Klip video kedua itu merupakan rakaman sidang media yang pertama oleh Khalid di luar Dewan Rakyat yang memaparkan ahli-ahli parlimen PH mengecam tindakan Tajuddin dalam Dewan Rakyat yang disifatkan sebagai tidak bertamadun serta menghina golongan wanita.

Susulan itu, Tajuddin dilihat berpaling dari sudut paparan klip video berkenaan dan memandang arah lain.

"Apa ini?" soal beliau kepada Hasnal, sebelum diminta bersabar oleh peguamnya itu.

Tajuddin berdiam diri ketika klip video ketiga disiarkan.

Video ketiga tersebut merupakan sidang media kedua oleh Khalid yang memaparkan pemimpin Amanah itu menyatakan kesediaan meminta maaf kepada Tajuddin sekiranya Tajuddin turut membuat yang sama kepada Teresa dan Kasthuri.

Bawa kamus DBPKetika Hasnal meminta Tajuddin untuk mengesahkan ketiga-tiga video tersebut, Tajuddin tidak menjawab soalan penguamnya sebaliknya mengadu bahawa beliau tidak diberi ruang untuk mempertahankan diri.

"Video ini tidak adil dan berat sebelah. Mereka sepatutnya memberi masa kepada saya untuk menjawab. Ini tidak adil. Video ini cuba potret (gambarkan keadaan) lain.

"Yang Arif saya tidak akan benar isu (penyiaran video terhadapnya) ini dipanjangkan. Ini isu maruah saya. Jadi, jangan main-main dengan hal ini. Ini bukan isu simple (senang)," katanya.

Hakim kemudian mengingatkan Tajuddin bahawa beliau tidak menjawab soalan.

Tajuddin memohon maaaf dan menjelaskan bahawa beliau tidak biasa dengan prosedur mahkamah kerana merupakan kali pertama hadir prosiding seumpamanya.

Terdahulu, Tajuddin turut membawa kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke mahkamah untuk menerangkan erti perkataan 'sial' yang digunakan terhadapnya.

"Ini kamus DBP edisi keempat, di mana perkataan 'sial' diertikan sebagai 'celaka' yang membawa maksud menjahanam dan terkutuk.

"Dalam bahasa Inggeris ia membawa maksud 'cursed' bermakna orang tidak boleh dekat dengan seseorang 'cursed'", jelas beliau lagi.

Perbicaraan akan bersambung pada Mei untuk pemeriksaan balas terhadap Tajuddin oleh Sankara.

LIHAT VIDEO DI SINI




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/tajuddin-minta-maaf-melenting-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Hadi Bersungguh Nak Selesai Saman Luar Mahkamah

Kenapa Hadi Bersungguh Nak Selesai Saman Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 360 hits
Malaysiakini Seorang peguam hari ini berkata PAS bercakap benar apabila menegaskan Abdul Hadi Awang dan parti itu tidak membuat sebarang bayaran kos bagi menyelesaikan saman terhadap Clare Rewcastle Brown baru baru ini Hal itu kerana kata S...
Instafamous Melenting Dan Bengang Apabila Netizen Tergamak Dedah Rate Card Tanpa Izin

Instafamous Melenting Dan Bengang Apabila Netizen Tergamak Dedah Rate Card Tanpa Izin

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 1172 hits
KIRA KIRA sedekad lalu tiada siapa sangka akan wujud satu kerjaya yang digelar Instafamous yang mampu menjana pendapatan lumayan hanya dengan menjadi figura popular di media sosial Gaya hidup trendy yang dipamerkan golongan Instafamous ini ...
Pas Tidak Perlu Melenting Bila Anwar Dedah Parti Itu Bayar Clare

Pas Tidak Perlu Melenting Bila Anwar Dedah Parti Itu Bayar Clare

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 439 hits
SUSUPAN PAGIAnwar dedah Pas bayar Clare RM1 422 juta APA dilakukan Anwar Ibrahim malam tadi adalah sesuatu yang mengejutkan Kita tidak fikir Anwar bertindak demikian kerana jarang sekali beliau mendedahkan aib orang walaupun aibnya sendiri ...
Gerindra Desak Psi Minta Maaf Soal Larangan Poligami

Gerindra Desak Psi Minta Maaf Soal Larangan Poligami

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 285 hits
Menurutnya Grace tak etis melarang ajaran Islam yang diperbolehkan Dia mengatakan langkah Grace bisa masuk kategori penistaan agama Andre ingin Grace mengakui kesalahan dan meminta maaf kepada umat yang merasa
Kes 1mdb Pihak Pendakwaan Fail Permohonan Kes Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

Kes 1mdb Pihak Pendakwaan Fail Permohonan Kes Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy itu telah difailka...
Papagomo Didakwa Di Mahkamah Majistret Atas Tuduhan Mencederakan Syed Saddiq

Papagomo Didakwa Di Mahkamah Majistret Atas Tuduhan Mencederakan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 390 hits
Papagomo atau Wan Muhammad Azari Wan Deris kini dilaporkan didakwa di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan iaitu mengaib dan mendatangkan kecederaan ke atas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Walaubagaimanapun Papagomo ...
Peguam Mahu Cabar Prosiding Hina Mahkamah Peguam Negara

Peguam Mahu Cabar Prosiding Hina Mahkamah Peguam Negara

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 366 hits
MALAYSIAKINI Peguam Arun Kasi berkata beliau akan mencabar prosiding menghina mahkamah yang mahu dimulakan Peguam Negara Tommy Thomas terhadapnya Kenyataan itu dibuat setelah Mahkamah Persekutuan semalam membenarkan permohonan Thomas untuk ...
Kes Cbt Zahid Hamidi Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

Kes Cbt Zahid Hamidi Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 352 hits
MALAYSIAKINI Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur memindahkan kes Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan nilai puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi ke Mahkamah Tinggi Hakim Rozina Ayob memindahkan kes itu ...
Wisma Tok Guru Mahkamah Tolak Injunksi Husam Dengan Kos Rm20 000 00

Wisma Tok Guru Mahkamah Tolak Injunksi Husam Dengan Kos Rm20 000 00

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 496 hits
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Naib Presiden Amanah Husam Musa untuk mendapatkan kebenaran merayu bagi memperoleh injunksi interlokutori berkaitan akses bangunan Wisma Tok Guru sementara menunggu penyelesaian dua tuntutan ...
Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Tahniah Dan Terima Kasih

7 Easy Ways To Top Up Your Touch N Go Card In Malaysia

Harimau Merah Intrik Dalaman

Elderly Support Building A Caring Future Today

Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Rafizi Masih Boleh Main Peranan Besar Di Luar Kabinet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Pensel Warna Yang Paling Tak Berguna

Agar Agar Marble

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Remaja 13 Tahun Seronok Jadi Superman Dikejar Polis

1 Bilion Dah Guna Meta Ai Tapi Ramai Tak Sedar Pun Mereka Sedang Guna