Instafamous Melenting Dan Bengang Apabila Netizen Tergamak Dedah Rate Card Tanpa Izin




KIRA-KIRA sedekad lalu, tiada siapa sangka akan wujud satu kerjaya yang digelar Instafamous yang mampu menjana pendapatan lumayan hanya dengan menjadi figura popular di media sosial.

Gaya hidup trendy yang dipamerkan golongan Instafamous ini juga menjadi ikutan generasi baharu kerana mereka memiliki pengaruh kuat di media sosial.

Maka, tidak hairanlah jika Instafamous menjadi pilihan jenama perniagaan lokal dan antarabangsa sebagai medan untuk mempromosikan produk mereka.

Baru-baru ini, perkongsian oleh seorang pengguna media sosial tentang nilai rate card atau iklan berbayar yang dikenakan oleh Instafamous di Malaysia menjadi tular di Twitter.



Bebenang terbuka yang dimuat naik pada Isnin itu berbunyi: “Balas bebenang ini dengan harga iklan berbayar geng-geng yang digelar Instafamous ini.

“Sertakan juga maklum balas, berbaloi atau tidak buat iklan berbayar dengan mereka atau analisis terhadap akaun mereka (contohnya, pengikut, impresi dan lain-lain).

“Supaya kita boleh simpulkan, berbaloi atau tidak buat iklan berbayar dengan mereka.”



Hantaran tersebut meraih reaksi yang menggalakkan daripada netizen dan mendapat lebih 6,200 ulang kicau serta lebih 4,800 tanda suka.

Namun, apa yang mengejutkan adalah harga yang diletakkan oleh beberapa personaliti media sosial mencecah ribuan ringgit bagi sekeping gambar advertorial yang dimuat naik ke akaun peribadi mereka.

Sementara itu, seorang Instafamous yang popular dengan video-video ulasan makanan didakwa mengenakan caj tambahan kepada pelanggan yang ingin menampilkan tunangnya dalam perkhidmatan iklan berbayar tersebut.

Bagaimanapun, bebenang itu menjadi semakin kontroversi selepas seorang Instafamous berhijab berang apabila rate card yang diberikan kepada pelanggan telah dikongsikan secara terbuka.

Adakah anda tahu, ini adalah maklumat sulit dan pihak pengurusan boleh mengambil tindakan ke atas anda.

Personaliti yang memiliki lebih 424,000 pengikut di Instagram itu memberi amaran bahawa individu yang memuat naik sebut harga tersebut berdepan tindakan undang-undang daripada syarikatnya.

“Hey, dah minta izin pengurus saya (orang yang menghantar sebut harga) ke untuk anda kongsi kepada umum?

“Adakah anda tahu, ini adalah maklumat sulit dan pihak pengurusan boleh mengambil tindakan ke atas anda. Cuma mahu ucap minta maaf kerana syarikat saya akan menyaman anda dan kini mereka sedang melakukannya.


“Saya minta maaf dan terima kasih kerana mendedahkan maklumat sulit sebut harga saya. Semoga anda menjalani hari yang indah.”

Isu tersebut menjadi semakin sensasi apabila rata-rata netizen beranggapan ugutan tersebut tidak berasas kerana harga perkhidmatan bukanlah rahsia perniagaan.

Dalam pada itu, Instafamous dan model sambilan @Syazlinzainal tidak menafikan pengguna berhak mengetahui rate card  personaliti media sosial atau influencer, tetapi tindakan pelayar Twitter tersebut menulis posting seperti itu akan menjejaskan imej dan mendorong netizen bertelagah.



"Saya tidak setuju apabila mendedahkan rate card secara terbuka itu dengan meletakkan kenyataan sebegini (tweet). Buat bebenang dan mengajak ramai-ramai untuk tunjuk rate card dan simpulkan sama ada ia berbaloi atau tidak.

"Memang mereka ada hak, tapi cara itu mungkin akan menjejaskan imej dan mendorong segelintir masyarakat berbalah. Selain itu, ia turut membuatkan anak muda terutama pelajar sekolah untuk terpengaruh 'membuat kerja' mengulas produk dan sebagainya berbanding menumpukan pelajaran di sekolah," ujarnya yang memiliki lebih 117,000 pengikut di Instagram itu.

Manakala, Instafamous @Syifamajid  yang mempunyai lebih 108,000 pengikut di Instagram pula berkata, biarpun namanya tidak dikaitkan dengan posting itu, dia berterima kasih kepada pihak yang membangkitkan isu berkenaan.



Syifa mengakui sebelum ini dia juga tidak mengetahui bahawa sebarang perniagaan yang ditawarkan termasuk promosi berbayar di platform digital harus dipamerkan.

"Mungkin Instafamous itu tidak tahu bahawa dia perlu memaparkan 'rate card' jika menawarkan perkhidmatan iklan berbayar di media sosial. Saya sendiri baru tahu mengenai perkara ini.

"Jika ia memang tertakluk kepada undang-undang, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah mematuhinya. Kerjaya Instafamous ini adalah satu pekerjaan baharu, mungkin sebab itulah tidak ramai yang tahu," jelasnya.

Pengguna media sosial turut mencadangkan supaya golongan Instafamous yang tidak memaparkan harga perkhidmatan mereka agar dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), selain perlu dikenakan cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sama seperti pembayar cukai yang lain.

Sumber dari mStar Online © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/02/instafamous-melenting-dan-bengang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecoh Apabila Netizen Kongsikan Penduduk Melayu Pulau Pinang Di Halau Keluar Dari Tanah Wakaf

Kecoh Apabila Netizen Kongsikan Penduduk Melayu Pulau Pinang Di Halau Keluar Dari Tanah Wakaf

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 444 hits
Tak sampai setahun memerintah akhirnya Kerajaan PH telah menunjukkan taring sebenar Kecoh Apabila Netizen Kongsikan Penduduk Melayu Pulau Pinang Di Halau Keluar Dari Tanah Wakaf
Syafiq Yusof Dedah Awal Kejutan Misteri Dilaila Gara Gara Tekanan Netizen

Syafiq Yusof Dedah Awal Kejutan Misteri Dilaila Gara Gara Tekanan Netizen

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 540 hits
Kejutan yang dirancang untuk diumumkan pada hari ke tujuh tayangan Misteri Dilaila terpaksa dianjak lebih awal gara gara tekanan netizen Pagi ini di Era Fm Syafiq Yusof pengarah Misteri Dilaila mendedahkan dan mengesahkan bahawa filem Miste...
Patutla Pakai Purdah Nak Tutup Perangai Buruk Netizen Bengang Mulut Puaka Wanita Ini

Patutla Pakai Purdah Nak Tutup Perangai Buruk Netizen Bengang Mulut Puaka Wanita Ini

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 1000 hits
Macam admin pernah cakap tadi penampilan luaran orang tu tak melambangkan personaliti seseorang Tak sangka bila kita lihat orang tu nampak baik tapi sebenarnya sikap dia jauh lebih buruk Kau tak lah lawa sangat hmmm Sumber Twitter Biarpun k...
Pas Tidak Perlu Melenting Bila Anwar Dedah Parti Itu Bayar Clare

Pas Tidak Perlu Melenting Bila Anwar Dedah Parti Itu Bayar Clare

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 420 hits
SUSUPAN PAGIAnwar dedah Pas bayar Clare RM1 422 juta APA dilakukan Anwar Ibrahim malam tadi adalah sesuatu yang mengejutkan Kita tidak fikir Anwar bertindak demikian kerana jarang sekali beliau mendedahkan aib orang walaupun aibnya sendiri ...
Gadis Cantik Ini Dedah Cikgu Gatal Curi Gambar Tergamak Perkenal Dirinya Sebagai Pe Lacur Di Grup P Orno

Gadis Cantik Ini Dedah Cikgu Gatal Curi Gambar Tergamak Perkenal Dirinya Sebagai Pe Lacur Di Grup P Orno

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 1444 hits
TERKEJUT dan marah Itulah reaksi seorang gadis apabila beberapa keping gambarnya yang dimuat naik di media sosial dicuri kemudian disebarkan oleh seorang lelaki di dalam kumpulan sembang por no grafi di aplikasi Telegram Lebih memeranjatkan...
Instafamous Bangga Buat Jangan Bayar Challenge Dikecam Bodoh Oleh Netizen

Instafamous Bangga Buat Jangan Bayar Challenge Dikecam Bodoh Oleh Netizen

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 539 hits
Viral di media sosial video Instafamous buat challenge mengarut iaitu Jangan Bayar Challenge dikecam bodoh oleh netizen Menurut individu terbabit mengakui dengan bangganya dia tidak membayar makanan yang telah dipesan dari kedai makanan Nam...
Bekas Klien Akhirnya Tampil Dedah Sikap Sebenar Doula Kontroversi Kecewa Sangat Apabila Dihina

Bekas Klien Akhirnya Tampil Dedah Sikap Sebenar Doula Kontroversi Kecewa Sangat Apabila Dihina

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 729 hits
SEBELUM ini hangat isu doula bertikam lidah dengan netizen dan doktor berhubung kepercayaan kaedah perubatan yang kononnya bersalin di rumah lebih selamat berbanding di hospital Tidak habis perang mulut antara doula dan netizen kali ini seo...
Punca Feri Terbakar Pihak Bomba Dedah Maklumat Terbaru

Punca Feri Terbakar Pihak Bomba Dedah Maklumat Terbaru

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 950 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan kebakaran feri yang membawa 52 penumpang di perairan Langkawi Kedah pada Isnin lepas bermula dari bilik enjin Ketua Pengarah Bomba Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata perkara itu disahka...
Rafizi Dedah Identiti Pemimpin Pas Terima Dana 1mdb

Rafizi Dedah Identiti Pemimpin Pas Terima Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 366 hits
Rafizi dedah identiti pemimpin Pas terima dana 1MDBPosted By on March 01 2019Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengotakan janjinya untuk mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB Dalam sidang media ...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Importance Of Domain Valuation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan