Kes 1mdb Pihak Pendakwaan Fail Permohonan Kes Dipindah Ke Mahkamah Tinggi



KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu, kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy itu, telah difailkan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi oleh pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Amir Nasrudin memaklumkan demikian ketika sebutan semula kes itu di hadapan Hakim Azura Alwi.

Loading...
“Pihak kami telah memfailkan permohonan memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi. Mohon satu tarikh sebutan selepas kami mengetahui sama ada, permohonan pindah ke Mahkamah Tinggi ini dibenarkan atau tidak,” katanya.

Azura menetapkan 5 April untuk sebutan semula kes di mahkamah sama.

Ketika ditemui Bernama, Amir memberitahu permohonan memindahkan kes itu telah difailkan semalam, bagaimanapun tarikh pendengaran permohonan itu di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.

Beliau berkata semalam, pihaknya juga telah menyerahkan 26 set dokumen berkaitan kes, kepada pihak pembelaan.

Pada prosiding hari ini peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee mewakili Najib, 66, manakala peguam Datuk N.Sivananthan mewakili Arul Kanda, 43.

Pada 12 Disember 2018, Najib, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.


Dia didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri Malaysia, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang tertuduh secara langsung mempunyai kepentingan.

Anggota Parlimen Pekan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Februari 2016 dan 26 Februari 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan tersebut, bagi melindungi Anggota Parlimen Pekan itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa yang sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Pada 4 Januari lalu, Azura membenarkan permohonan pihak pendakwaan, supaya kedua-dua kes Najib dan Arul Kanda itu dibicarakan bersama. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/03/kes-1mdb-pihak-pendakwaan-fail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Cbt Zahid Hamidi Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

Kes Cbt Zahid Hamidi Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 282 hits
MALAYSIAKINI Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur memindahkan kes Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan nilai puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi ke Mahkamah Tinggi Hakim Rozina Ayob memindahkan kes itu ...
Kes Rizal Mansor Dipindah Ke Mahkamah Sama Dengan Rosmah

Kes Rizal Mansor Dipindah Ke Mahkamah Sama Dengan Rosmah

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 215 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin membenarkan permohonan kes rasuah bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak Datuk Rizal Mansor dipindahkan ke mahkamah yang mendengar kes membabitkan isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Man...
Doj Fail Saman Terbaru Rampas Aset Rm154 Juta Terkait 1mdb

Doj Fail Saman Terbaru Rampas Aset Rm154 Juta Terkait 1mdb

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 210 hits
DoJ fail saman terbaru rampas aset RM154 juta terkait 1MDB Dikemas kini 19 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 23 Feb 20
Kes Pembunuhan Berprofil Tinggi Kebenaran Akhirnya Muncul Najib

Kes Pembunuhan Berprofil Tinggi Kebenaran Akhirnya Muncul Najib

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 256 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kebenaran akhirnya muncul berhubung dakwaan yang mengaitkan bekas perdana menteri itu dengan beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi Alhamdulillah Kebenaran akhirnya muncu...
Dari Fail Sprm Guan Eng Telah Menerima Sogokan 10 Tetapi Peguam Negara Telah Mengkuburkan Kes Tersebut

Dari Fail Sprm Guan Eng Telah Menerima Sogokan 10 Tetapi Peguam Negara Telah Mengkuburkan Kes Tersebut

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 451 hits
Malaysia Today akan mendedahkannya satu per satu dokumen kes ini dalam masa beberapa hari lagi untuk membuktikan kerjasama jenayah antara Peguam Negara SPRM dan pemimpin Pakatan Harapan yang menyembunyikan rasuah berkaitan dengan terowong b...
Keputusan Kes Saman Anwar Ke Mahkamah Persekutuan 14 Mac

Keputusan Kes Saman Anwar Ke Mahkamah Persekutuan 14 Mac

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 181 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Mac untuk memutuskan sama ada ia akan mendengar saman pemula yang difailkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengisytiharkan bahawa Akta Majlis Kesela...
Permohonan Najib Untuk Gugur Sri Ram Ditolak Mahkamah

Permohonan Najib Untuk Gugur Sri Ram Ditolak Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memfailkan permohonan untuk menggugurkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development ...
Pas Nafi Bayar Clare Luar Mahkamah

Pas Nafi Bayar Clare Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 277 hits
Wartawan Watan Online Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan tiada sebarang bayaran dibuat oleh PAS kepada pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown untuk penyelesaian luar mahkamah mengenai kes saman fitnah difailkan ...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini

Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil