Susukan Bayi Sambil Mengopi Bukan Tak Boleh Buat Tapi Risau Anak Tak Boleh Tidur


Bolehkah ibu yang menyusukan anaknya mengambil minuman kopi pracampuran untuk menambah kecergasan tubuh? Apakah pengambilannya secara harian boleh meninggalkan kesan buruk kepada bayi?
Pasti persoalan ini antara soalan yang sering berlegar di fikiran ibu menyusu yang sangat menggemari kopi sebagai minuman harian. Jika sehari tidak dapat menghirup kopi, pasti tidak lengkap kehidupan pada hari itu.
Artikel Menarik: [Anak Mula Pandai Menyorok Untuk Buang Air, Itu Salah Satu Tanda Anak Anda Bukan Bayi Lagi]
Menurut pakar laktasi, umumnya ibu yang menyusukan boleh makan atau minum apa sahaja yang diingini asalkan ia diambil dalam kadar yang sederhana. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan ibu menyusu boleh minum minuman berkafein asalkan ia dalam amaun yang sederhana. Ketahuilah bahawa segelintir bayi terutamanya yang berumur bawah enam bulan mungkin lebih sensitif terhadap pengambilan kafein oleh si ibu.

Dalam pada itu, semasa hamil, adakah anda turut minum kopi setiap hari? Soalan ini ditanyakan kerana menurut pemerhatian kebanyakan bayi yang mana ibunya mengelak sepenuhnya pengambilan kafein sewaktu hamil memberi lebih reaksi terhadap kafein yang diambil ibunya pada masa kini.
Artikel Menarik: [Jangan ‘Bunuh’ Hormon Tidur Anak, Ini Kesilapan Terbesar Yang Kita Terlepas Pandang]
Walau bagaimanapun, bayi anda mungkin tidak lagi sensitif sekiranya umurnya melebihi enam bulan. Sehubungan itu, bayi baru lahir perlu mengambil masa yang lebih lama untuk memetabolismekan kafein berbanding bayi yang lebih berusia. Bayi pramatang atau bayi yang sakit juga mempunyai masalah dengan pengambilan kafein oleh si ibu.
Sementara itu, kafein telah diluluskan oleh American Academy of Pediatrics untuk diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya. Seperti yang dinyatakan dalam Medications and Mother’s Milk (Hale), kafein tergolong dalam Kategori L2 Risiko Laktasi iaitu lebih selamat; paras susu agak rendah (0.06-1.5% dos ibu) dan biasanya meningkat satu jam selepas makan. Oleh itu, jika anda ingin minum kopi, minum selepas sesi penyusuan. Dengan yang demikian, paras kafein akan menurun pada sesi penyusuan seterusnya.
Artikel Menarik: [Biar Anak Merangkak Sendiri, Jangan Tolong Kalau ‘Berat Badan’. Perlahan-Lahan Dia Mampu!]
Dianggarkan amaunnya perlu kurang daripada cawan bersaiz 5oz atau 500mg/sehari. Malah, pelbagai sumber menyarankan had bagi pengambilan kafein adalah antara 300mg hingga 750mg/sehari.

Satu kajian menunjukkan amalan meminum kopi yang kronik mungkin menurunkan kandungan zat besi dalam susu ibu (Nehlig & Debry, 1994). Berdasarkan Breastfeeding Answer Book (Nancy Mohrbacher), pengambilan kafein berlebihan oleh ibu iaitu melebihi 750ml sehari boleh memberi kesan kepada bayi di mana dia menunjukkan tanda-tanda rangsangan terhadap kafein.
Bayi yang terlebih rangsangan kafein menjadi aktif, bermata luas dan tidak tidur untuk tempoh yang lama. Dia juga mungkin menjadi cerewet. Jika ini terjadi, kurangkan atau hentikan pengambilan untuk dua hingga tiga minggu untuk melihat sebarang perbezaan.
 
Jika anda teragak-agak berkenaan amaun kafein, perhatikan kelakuan bayi. Itu sahaja cara untuk anda kenal pasti dan mendapat jawapannya. Amaun kafein yang mungkin menjejaskan bayi adalah berbeza antara seorang bayi dengan bayi yang lain. Ia bergantung pada umur dan tahap kesihatan bayi.
 
The post Susukan Bayi Sambil ‘Mengopi’. Bukan Tak Boleh Buat, Tapi Risau Anak Tak Boleh Tidur appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/susukan-bayi-sambil-mengopi-bukan-tak-boleh-buat-tapi-risau-anak-tak-boleh-tidur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tummy Time Bagus Tapi Bayi Kecil Yang Belum Boleh Meniarap Hanya Boleh Tidur Terlentang

Tummy Time Bagus Tapi Bayi Kecil Yang Belum Boleh Meniarap Hanya Boleh Tidur Terlentang

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 574 hits
Masih ramai ibubapa dan penjaga bayi yang keliru dan salah faham dengan kebaikan meniarap Meniarapkan bayi untuk bermain atau berlatih menguatkan otot SEMASA BAYI BERJAGA di sebut TUMMY TIME Tummy time sangat disaran dan banyak manfaatnya A...
Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Karies Gigi Doktor Saran Nak Gigi Anak Cantik Tolong Jaga Dari Mereka Kecil

Tidur Sambil Hisap Susu Boleh Undang Karies Gigi Doktor Saran Nak Gigi Anak Cantik Tolong Jaga Dari Mereka Kecil

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 605 hits
Penjagaan gigi sebenarnya sangat penting tapi ramai antara kita yang ambil mudah Justeru kesihatan gigi tidak didedahkan kepada anak anak sejak kecil lagi dan akhirnya gigi anak anak menjadi rosak Dalam satu perkongsian Dr Azila Mohd Kasim ...
Anak No 2 Ragam Dia Pelik Sikit Tapi Bila Anak Dah Tidur Datang Rasa Sebak

Anak No 2 Ragam Dia Pelik Sikit Tapi Bila Anak Dah Tidur Datang Rasa Sebak

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 337 hits
Anak anak terkadang ada sahaja perangai mereka yang menduga kita Bukan berniat nak berkasar dengan anak anak namun tekanan kerja tekanan urusan seharian kadang kadang mencabar emosi Anak anak yang berperangai sebenarnya dia hanyalah inginka...
Bersalin Caesar Anak Lepas Tu Nak Cuba Normal Boleh Buat Tapi Kena Tahu Kemampuan Diri

Bersalin Caesar Anak Lepas Tu Nak Cuba Normal Boleh Buat Tapi Kena Tahu Kemampuan Diri

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 502 hits
Wanita yang pernah melahirkan anak melalui pembedahan biasanya mengharapkan untuk bersalin normal untuk kelahiran yang seterusnya Mungkin juga kerana terlalu banyak mendengar cerita tentang kesukaran jika selalu melahirkan secara Caesarean ...
Wow Kementerian Cadang Naikkan Cuti Bersalin 98 Hari Bagi Sektor Swasta Boleh Rehat Sambil Jaga Anak

Wow Kementerian Cadang Naikkan Cuti Bersalin 98 Hari Bagi Sektor Swasta Boleh Rehat Sambil Jaga Anak

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 259 hits
Dalam masyarakat Melayu berpantang adalah amalan turun temurun yang masih diamalkan sehingga ke hari ini kerana ada banyak manfaat dengan amalan tersebut Tambahan pula ada berita gembira baru baru ini apabila Kementerian Sumber Manusia menc...
Buah Pun Sama Manis Kenapa Gula Tak Boleh Tapi Buah Boleh Untuk Bayi Bawah 2 Tahun

Buah Pun Sama Manis Kenapa Gula Tak Boleh Tapi Buah Boleh Untuk Bayi Bawah 2 Tahun

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 392 hits
Persoalan sebegini sering kita dengar daripada pertanyaan ibu ibu mengenai pengambilan gula pada anak di bawah usia dua tahun Hakikatnya buah sememangnya teramat manis malah mempunyai kandungan gula yang agak tinggi Jadi mengapa buah boleh ...
Travel Tapi Masih Boleh Memasak Untuk Anak

Travel Tapi Masih Boleh Memasak Untuk Anak

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 510 hits
BismillahAku menerima request agar menulis tentang tips memasak ketika travel bercuti Nahhh macam tau tau je amak Nuha ni memang kaki travel Mana tak nya selain post tentang menu Nuha amak juga aktif menulis tentang review hotel dan tempat ...
Cakap Boleh Tapi Nak Apa Apa Anak Tunjuk Je Apa Nak Buat Pakar Kongsi Tipnya

Cakap Boleh Tapi Nak Apa Apa Anak Tunjuk Je Apa Nak Buat Pakar Kongsi Tipnya

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 361 hits
Anak pandai sebut nama objek tetapi tak pandai minta tak pandai tanya dan jawab soalan tak pandai ikut arahan dan macam macam lagi Kenapa ini terjadi Ini adalah kerana bertanya dan menjawab soalan meminta berbual dan mengikut arahan semua i...
Anak Anak Makan Bahagian Bertulang Je Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni Satu Famili Boleh Makan

Anak Anak Makan Bahagian Bertulang Je Nah Buatkan Dada Ayam Yang Terlebih Macam Ni Satu Famili Boleh Makan

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 429 hits
Berbanding bahagian dada ayam anak anak lebih suka pada bahagian yang bertulang seperti kepak ayam paha dan sebagainya Sudahnya bahagian isi ayam dibiarkan begitu sahaja Bagi mengelakkan pembaziran berlaku resipi yang satu ini patut anda cu...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids