Susu Banyak Tapi Ada Waktunya Drop Syukur Dapat Susukan Anak Journey Penyusuan Indah Dato Siti


Lain orang lain pengalamannya. Bagi penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, pengalamannya menyusukan dua anaknya, Aafiyah dan Muhammad Afwa adalah pengalaman terpaling indah dalam hidupnya.
Kata Dato’ Siti menerusi perkongsiannya di Webinar Penyusuan Pa&Ma, Aku Tak Penat Susukan Anak, pengalamannya membawa Afiyah ke beberapa negara dan menyusukan kedua anak kecilnya dalam kesibukan waktu adalah detik paling manis dalam hidupnya.

Satu kepayahan dan perjuangan yang bukan sedikit tetapi cukup manis untuk dikenang. Kata Siti lagi, bila orang kata mengenai penyusuan yang struggle, penyanyi kesayangan ramai ini mengakui dia juga melalui detik yang sama dengan ibu yang lain.

“Bila bercakap tentang menyusukan anak, saya rasa setiap ibu memang niat nak menyusukan anak sendiri dan itu juga yang berlaku pada saya.
“Walaupun saya jadi ibu agak lambat, iaitu pada usia 39 nak masuk 40 tahun, saya ada juga perasaan takut. Takut dan bimbang adakah saya boleh susukan anak saya sampai umur dua tahun.
 
“Dari dapat tahu saya hamil lagi, saya dah banyakkan membaca untuk cari ilmu nak menggalas tanggungjawab dan sebagai persediaan untuk jadi ibu dan menyusu nanti.

“Saya banyak belajar dari menantu saya, Tya Ariffin. Saya tengok depan mata sendiri macam mana gigihnya Tya menyusu dan stok dia sampai penuh satu peti sejuk. Saya kagum sangat. Jadi waktu itu saya terfikir-fikir, dapatkah saya menyusu macam itu dengan usia yang dah lewat.
“Jadi saya positifkan pemikiran saya. Bila sampai waktu masa nak dekat bersalin, masa hamil tujuh ke lapan macam tu, emak saya pesan bila lepas mandi tu kena urut-urut sikit untuk lancarkan susu kelak. Jadi dari awal saya dah biasakan.

“Saya juga mengalami bengkak susu masa awal-awal dulu tapi alhamdulillah saya ada orang berpengalaman di sekeliling saya yang banyak membantu. Saya banyak membaca dan buat petua orang lama-lama dan konsisten positif serta sentiasa berdoa.
“Saya minum air yang cukup untuk menyusu. Apa saja petua banyakkan susu saya cuba termasuklah amalkan minuman sarang burung, Beaunest saya.

Ada waktu susu makin drop
Kegigihan Dato’ Siti dalam penyusuannya dua anaknya bukan sedikit. Sewaktu Aafiyah berusia hampir setahun, penyanyi tersohor negara ini turut sama membawa Aafiyah ke siri jelajah konsertnya di Jakarta tidak ketinggalan ketika lawatan ke Jepun dan Singapura demi memastikan penyusuannya pada Aafiyah lancar.

“Ini pengalaman yang sangat indah dalam hidup saya. Dari awal lagi, saya memang niat ke mana saya pergi saya memang akan bawa dia dan dah niat nak susukan dia sampai umur dua tahun.
“Lepas saya pantang, saya dapat offer ke Jepun, masa tu Aafiyah masih menyusu lagi dan sudah semestinya saya bawa dia ke Jepun. Masa latihan dan masa full dress pun saya tetap bawa Aafiyah.
“Alhamdulillah penganjur sangat memahami dan sediakan tempat untuk saya berehat dan menyusu. Sebelum naik pentas, saya susukan dia kenyang-kenyang dulu dan barulah buat persembahan. Semua ini satu pengalaman cukup manis buat saya,” kongsi Siti lagi.

Kata ibu cantik ini lagi, pengalaman menyusukan dua anaknya cukup berbeza.
” Pengalaman menyusukan Aafiyah dan Afwa memang sangat berbeza. Anak lelaki dan perempuan memang lain sangat. Kalau tengok badan Afwa pun memang sangat semangat. Saya pun cuba sedaya upaya untuk susukan Afwa walaupun kemampuan tak seperti orang muda. Tapi saya sentiasa positif.
“Orang kata struggle susukan anak dan sekarang pun saya melalui struggle tu. Ada masa susu banyak dan ada waktunya susu drop. Walaupun duduk dekat rumah, tidur tak cukup, badan penat.

“Masa saya penuh, terkejar-kejar dan kadang-kadang saya tak sempat nak pam susu. Bila dah tak konsisten mulalah susu makin kurang dan saya alaminya sekarang.
“Afwa pulak memang kuat sangat menyusu, sekali menyusu sampai 4-5 auns sampai berat sekarang berat dah 8kg lebih. Bila dah makin kurang, saya dah mula top up dengan susu formula. Saya harap saya diizinkan Allah untuk teruskan menyusu Afwa sampai umur dia dua tahun. Insyallah.

Banyak makan ikan dan lobak putih
Kata Siti lagi, selain menjadi kesihatan tubuhnya, apa yang diamalkannya adalah dengan menjaga pemakanan terutama di waktu pantang untuk memperbanyakkan susu.
“Sebenarnya waktu kita pantanglah cukup penting pada saya. Saya dijaga oleh Natalis, saya memang banyak makan ikan yang dikukus dan buat sup. Saya ambil lobak putih, susu kambing dan vitamin untuk banyakkan susu.
“Selain itu saya amal makan kurma dan Beaunest saya dan alhamdulillah saya konsisten sahaja dengan minum jumlah air yang banyak.
“Bagi saya kalau struggle nak susukan anak jangan sampai kita stress dan down, sedih yang berpanjangan sebab Allah akan bagi rezeki pada anak-anak.

 
Kalau kita dah cuba sehabis baik, kalau tak ada rezeki tak ada salahnya kita campurkan dengan susu formula,” kongsi Siti lagi.
Siti sempat berkongsi beberapa tip dan rahsianya menurunkan berat badan serta turut menyanyikan dua buah lagu untuk para peserta Webinar yang dilakukan secara virtual semalam.
Dihiburkan dengan dua nyanyian cukup merdu pastinya menjadi kegembiraan buat semua peserta webinar. Dan Pa&Ma begitu berbesar hati dengan kesudian Datuk Siti berkongsi pengalaman penyusuannya.
Menarik: Setiap Kali Ada Event Dialah Penghibur Orang Sekeliling, Stacy Sokong Anak Minat Menari

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Susu Banyak Tapi Ada Waktunya Drop” Syukur Dapat Susukan Anak, Journey Penyusuan Indah Dato’ Siti! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/susu-banyak-tapi-ada-waktunya-drop-syukur-dapat-susukan-anak-journey-penyusuan-indah-dato-siti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persiapan Untuk Susukan Anak Tu Dah Ada Ayda Jebat Banyak Terima Nasihat Tentang Penyusuan

Persiapan Untuk Susukan Anak Tu Dah Ada Ayda Jebat Banyak Terima Nasihat Tentang Penyusuan

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 209 hits
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui tidak sabar untuk menanti detik indah melahirkan zuriat sulungnya tidak lama lagi Baca Ayda dan Nabil berkongsi tentang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi perempuan sulung mereka menerusi temu ...
Anak Sihat Susu Badan Pun Banyak Walaupun Sudah Dua Kali Czer Shima Anuar

Anak Sihat Susu Badan Pun Banyak Walaupun Sudah Dua Kali Czer Shima Anuar

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 203 hits
Anak Sihat Susu Badan Pun Banyak Walaupun Sudah Dua Kali Czer Shima Anuar Gara gara penyanyi dan juga pelakon Ayda Jebat dikecam dan dipersoal netizen kerana memilih untuk bersalin secara pembedahan Caesarean pelakon Shima Anuar tampil pemp...
Alhamdulillah Penyusuan Baby Ke 2 Sangat Mudah Sef Pandai Menyusu Susu Isteri Pun Banyak

Alhamdulillah Penyusuan Baby Ke 2 Sangat Mudah Sef Pandai Menyusu Susu Isteri Pun Banyak

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 324 hits
Betullah orang kata kehadiran anak mengubah segala galanya Begitu juga bagi pasangan Doktor Selebriti ini Dr Say Shazril dan isterinya Dr Azura Abas yang merasai selepas kehadiran anak nombor dua dalam keluarga ia benar benar buatkan mereka...
Hiburan Anak Sihat Susu Badan Pun Banyak Shima Anuar Pertahan Keputusan Ayda Jebat Nak C Sect

Hiburan Anak Sihat Susu Badan Pun Banyak Shima Anuar Pertahan Keputusan Ayda Jebat Nak C Sect

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 329 hits
Semalam penyanyi dan pelakon Ayda Jebat hebat dikritik netizen gara gara keputusan untuk melahirkan anak sulung dengan kaedah Caesarean ataupun C Sect ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementHari ini pelakon Shima Anuar tampil mempertahankan rakan a...
Niat Nak Susukan Anak Hingga 2 Tahun Tanpa Campur Susu Formula Cara Ni Membantu Ibu

Niat Nak Susukan Anak Hingga 2 Tahun Tanpa Campur Susu Formula Cara Ni Membantu Ibu

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 322 hits
Pastinya setiap ibu memang mengimpikan untuk susukan anak sehingga 2 tahun tanpa campur susu formula Tapi kadang kadang ada juga halangannya Sebenarnya sokongan yang mantap sangat mempengaruhi kejayaan penyusuan Jadi kalau anda berazam nak ...
Stress Susu Tak Ada Tapi Mak Mak Mertua Paksa Menyusu Badan Siti Jamumall Akui Support System Penting

Stress Susu Tak Ada Tapi Mak Mak Mertua Paksa Menyusu Badan Siti Jamumall Akui Support System Penting

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 325 hits
Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall berkongsi pengalaman menyusukan kedua dua anaknya dan pastinya kisah penyusuan ini ada pahit dan manis Walaupun mempunyai perniagaan sendiri dan sentiasa sibuk namun bukan halangan bagi...
Susu Tak Keluar Jangan Putus Asa Praktis Tip Menyusu Ni Barulah Rasa Nikmatnya Dapat Susukan Anak

Susu Tak Keluar Jangan Putus Asa Praktis Tip Menyusu Ni Barulah Rasa Nikmatnya Dapat Susukan Anak

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 339 hits
Proses menyusukan anak sememangnya tidak mudah Tanpa pengalaman dan ilmu pengalaman pertama kali menyusukan anak menjadi terlalu sukar dan memenatkan Apa lagi kalau membandingkan susu kita dengan orang lain Boleh rasa down dan akhirnya kita...
Gosok Hari Hari Rosak Juga Bukan Susu Je Buat Gigi Anak Rongak Tapi Faktor Ini Penyebabnya

Gosok Hari Hari Rosak Juga Bukan Susu Je Buat Gigi Anak Rongak Tapi Faktor Ini Penyebabnya

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 341 hits
Setiap hari gosok gigi anak tapi kenapa rosak juga Apa punca sebenarnya Ini antara persoalan yang selalu di tanya oleh ibu bila berdepan masalah ini Ada yang kata sebab minum susu botol Tak kurang juga yang kongsikan salah satu puncanya seb...
Ww Akan Indah Pada Waktunya

Ww Akan Indah Pada Waktunya

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 279 hits
Allah menjadikan kita manusia dengan kelemahan dan kelebihan agar kita sedar dan tahu bahawa dengan BERUSAHA dan BERDOA Dia akan menjadikan segalanya indah pada waktunya Lukisan ai hari ni bertajuk Doa Untukmu
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi