Suspek Kelar Pergelangan Tangan Mangsa Berkali Kali Sehingga Putus Bff Mangsa Ditahan Polis




Seorang perempuan yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang remaja perempuan di Kuala Berang, semalam, ditahan polis untuk membantu siasatan. 


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut berkata, suspek yang sebaya dengan magnsa itu ditahan setelah diserahkan oleh ibunya sendiri pada jam 8.15 pagi tadi. 


Tangkapan dibuat berdasarkan bukti dan juga video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran lokasi kejadian. 


Suspek dan ibunya datang ke Balai Polis Telemong untuk memberi keterangan. Namun, polis mencurigai keterangan suspek dan juga dikesan beberapa tanda-tanda kecederaan baru termasuk gigitan pada lengan dan badan suspek. 


Suspek kemudian ditahan dan pemeriksaan di rumahnya juga menemui beberapa barangan termasuk wang tunai dan peralatan solek dipercayai milik mangsa. 


Siasatan awal mendapati, suspek datang ke rumah mangsa dengan menunggang motosikal. Suspek dan mangsa bersembang di ruang tamu. Mangsa dipercayai menyebut sesuatu yang menimbulkan kemarahan suspek, lalu berlaku pergaduhan dan pergelutan. 


Suspek yang gagal mengawal diri, terus mengambil pisau yang berada di ruang tamu dan mengelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus. 


Suspek yang masih belajar di tingkatan enam disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 


Dalam kejadian semalam, Siti Nur Surya, ditemui mati di ruang tamu rumahnya dengan pergelangan tangannya yang putus. Mangsa dibunuh di hadapan ibunya yang terlantar sakit, menghidap kanser otak. 


Sementara itu, teman lelaki mangsa, Muhammad Haiqal berkata, mangsa ada menghantar mesej WhatsApp kepadanya pada pagi sebelum kejadian. 


"Saya beritahu mahu ke tempat kerja dan dia balas dengan ucapan jaga diri," katanya yang kemudian dimaklumkan oleh kenalannya pada jam 4 petang bahawa mangsa telah mati akibat dibunuh. 


"Saya terus ke rumah keluarga arwah dan terkedu selepas mendapati ia benar-benar berlaku. Macam tak percaya. Saya bersama ibu baru berjumpa arwah di rumahnya Sabtu lalu ketika menziarahi ibunya dan arwah amat mesra bersembang dengan ibu," katanya. 


Muhammad Haiqal dan Siti Nur Surya merancang untuk bernikah tahun depan. Tetapi impiannya itu kini terpaksa dilupakan. 


Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan kampung pada petang ini. 


Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/11/suspek-kelar-pergelangan-tangan-mangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pergelangan Tangan Mangsa Mungkin Dipotong Ketika Dia Masih Hidup Polis

Pergelangan Tangan Mangsa Mungkin Dipotong Ketika Dia Masih Hidup Polis

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 1189 hits
Penelitian video rakaman kamera litar tertutup berhampiran lokasi kejadian setakat ini menunjukkan suspek utama keluar dari rumah mangsa Siti Nur Surya 19 yang dibunuh dengan kejam sehingga pergelangan tangannya dipotong sehingga putus Piha...
Suspek Panas Hati Sebab Mangsa Merendahkan Keluarga Rupa Parasnya Polis

Suspek Panas Hati Sebab Mangsa Merendahkan Keluarga Rupa Parasnya Polis

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 452 hits
Polis mendakwa pihaknya telah berjaya menyelesaikan kes bunuh Siti Nur Surya Ismail 19 dalam tempoh kurang dari 24 jam selepas suspek 19 tampil menyerah diri dan mengaku melakukan jenayah itu Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik berkata...
Empat Suspek Punca Kematian Polis Ditahan

Empat Suspek Punca Kematian Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 351 hits
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM AYOB Khan Mydin Pitchay menunjukan pemandu kereta Myvi dan janda yang menyewakan kereta tersebut kepada suspek yang berjaya di berkas pada sidang akhbar di IPK Johor di sini UTUSAN RAJA JAAFAR ALI JOHOR BAHRU Sera...
Harap Jangan Maki Pakcik Itu Dia Ada Masalah Ingatan Warga Emas Pandu Melawan Arus Jadi Punca Kemalangan Ditahan Polis

Harap Jangan Maki Pakcik Itu Dia Ada Masalah Ingatan Warga Emas Pandu Melawan Arus Jadi Punca Kemalangan Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 284 hits
Pengguna Lebuhraya Kemuning Shah Alam semalam digemparkan dengan kejadian seorang lelaki warga emas memandu secara melawan arus menghala ke Pusat Bandar Shah Alam Menurut laporan Harian Metro kejadian itu berlaku pada jam 5 petang semalam d...
Enam Anggota Polis Ditahan Peras Ugut Orang Awam

Enam Anggota Polis Ditahan Peras Ugut Orang Awam

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 344 hits
Ketua Polis Selangor CP Datuk Noor Azam Jamaludin KUALA LUMPUR Enam anggota polis ditahan kerana disyaki memeras ugut orang awam di sekitar Serdang semalam Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi...
Ronnie Liu Ditahan Polis Berhubung Catatan Di Facebook

Ronnie Liu Ditahan Polis Berhubung Catatan Di Facebook

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 291 hits
PETALING JAYA Seorang pemimpin DAP ditahan polis dalam siasatan mengikut Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung suatu catatan di Facebook Semalam Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata Ronnie L...
Suspek Ugut Youtuber Ditahan Poca

Suspek Ugut Youtuber Ditahan Poca

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 447 hits
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR AYOB KHAN MYDIN PITCHAYJOHOR BAHRU Empat suspek yang didakwa terbabit kejadian jenayah mengugut personaliti media sosial Youtuber ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Myd...
Dah Rembat Kereta Polis Suspek Pergi Jemput Awek Nak Tunjuk Kehebatannya

Dah Rembat Kereta Polis Suspek Pergi Jemput Awek Nak Tunjuk Kehebatannya

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 1610 hits
Seorang lagi suspek yang terbabit dalam kes curi kereta peronda Honda Civic 1 8S milik Polis Diraja Malaysia dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada jam 9 15 malam Sabtu 24 Oktober 2020 berjaya ditahan Suspek berumur 28 tahu...
Takziah Anggota Polis Maut Rakan Setugas Parah Mpv Kejar Suspek Terbalik

Takziah Anggota Polis Maut Rakan Setugas Parah Mpv Kejar Suspek Terbalik

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 603 hits
JOHOR BAHRU Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut manakala rakan setugas parah selepas kenderaan peronda yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau Kampung Kangkar Tebrau di sini hari ini Difahamkan dalam ...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Penting Buat Ibu Dan Ayah

Tempah Apom Balik Di Majlis Kenduri Abang

Tak Sampai Sebulan Dilahirkan Ain Edruce Sebak Anak Diserang Virus Rsv

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok