Harap Jangan Maki Pakcik Itu Dia Ada Masalah Ingatan Warga Emas Pandu Melawan Arus Jadi Punca Kemalangan Ditahan Polis




Pengguna Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA) semalam digemparkan dengan kejadian seorang lelaki warga emas memandu secara melawan arus menghala ke Pusat Bandar Shah Alam. 


Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 5 petang semalam di mana warga emas berusia 73 tahun terbabit memandu kereta Perodua Kelisa secara melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan apabila keretanya bertembung dengan Myvi dan menyebabkan sebuah lagi kenderaan terbabas.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, sebelum kejadian itu berlaku, warga emas itu memandu dari rumahnya di Seksyen 8 menuju ke pasar raya di Seksyen 13. Namun dia tersalah jalan dan termasuk ke LKSA. 


Sebaik tiba di Plaza Tol Sri Muda, dia yang tidak mempunyai kad Touch n Go mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan cara melawan arus. Tindakannya itu menyebabkan sebuah kereta Honda City yang dipandu lelaki berusia 33 tahun tidak sempat mengelak lalu terbabas dan terbalik di sebelah kiri jalan. 


Kelisa itu kemudian bertembung dengan Perodua Myvi yang dipandu wanita berusia 25 tahun yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Sri Muda dari Bukit Jelutong. Kedua-duanya tidak mengalami kecederaan. 


Difahamkan, semua yang terbabit telahpun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam. Polis menahan warga emas terbabit untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu. 




Sementara itu, anak kepada warga emas terbabit berkata, bapanya dibawa balik ke rumah oleh orang awam dan dia kemudian membawa bapanya ke IPD Shah Alam untuk membuat laporan polis. Menurutnya, bapa dia kurang sihat dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menjalani pemeriksaan. 


Kejadian itu juga dirakam orang awam dan video tersebut viral di media sosial. Netizen di media sosial menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman tegas terhadap warga emas itu kerana tindakannya sangat berbahaya dan boleh menyebabkan pengguna jalan raya terbabit dalam kemalangan. 


Pemandu Myvi terbabit, Sarah Shahira, melalui akaun Twitternya juga memohon netizen tidak memaki hamun warga emas berkenaan. 


"Hi semua. Saya pemandu Myvi itu. Harap jangan maki-maki pakcik itu ye. Pakcik itu dah berumur 73 tahun dan ada masalah ingatan. Semoga semuanya baik-baik dan dipermudahkan segala urusan saya," tulisnya. 


Hi Semua. saya pemandu myvi tu. Harap jangan maki2 pak cik tu ye. Pak cik tu dah umur 78 tahun and ada masalah ingatan. https://t.co/rRKQXJQyPn
— Sarah Shahira (@_sarahshahira) October 29, 2020

Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS, Twitter


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/10/video-harap-jangan-maki-pakcik-itu-dia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Miliki 20 Senapang Patah Warga Emas Ditahan Polis

Miliki 20 Senapang Patah Warga Emas Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 453 hits
Miri Lelaki warga emas ditahan di kediamannya di Kampung Bakam di sini semalam kerana memiliki 20 laras senapang patah tanpa lesen Lelaki berusia 87 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Miri dalam satu serbuan selepa...
Gara Gara Tiada Kad Tng Warga Emas 73 Tahun Nekad Pandu Lawan Arus

Gara Gara Tiada Kad Tng Warga Emas 73 Tahun Nekad Pandu Lawan Arus

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 294 hits
Kenderaan Honda City terbalik di LKSA ketika mengelak dilanggar suspek warga emas yang memandu kereta Kelisa melawan arus dalam kejadian 5 petang tadi KUALA LUMPUR Gara gara tidak mempunyai kad Touch n Go untuk melepasi tol Sri Muda Shah Al...
Polis Selangor Selesaikan 46 Kes Tipu Sasar Warga Emas

Polis Selangor Selesaikan 46 Kes Tipu Sasar Warga Emas

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 281 hits
SHAH ALAM 22 OKT Polis menyelesaikan 46 kes tipu menang peraduan yang berlaku di pasar raya di sekitar Selangor dengan penahanan seorang lelaki berusia 41 tahun di sebuah rumah di Pelabuhan Klang dekat sini jam 2 petang Sabtu lalu Ketua Jab...
Ini Rupanya Punca Kereta Kelisa Melawan Arus Bahaya Betul

Ini Rupanya Punca Kereta Kelisa Melawan Arus Bahaya Betul

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 374 hits
Sejak petang tadi tular di media sosial video memaparkan sebuah kereta Kelisa bertindak melawan arus dari Plaza Tol Sri Muda Lebuh Raya Kemuning Shah Alam kira kira jam 5 petang Menerusi video tular di Facebook itu perakamnya mengatakan seo...
Penganggur Ugut Warga Emas Guna Pisau Ditahan

Penganggur Ugut Warga Emas Guna Pisau Ditahan

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 241 hits
Pisau yang digunakan suspek untuk mengugut mangsa BUTTERWORTH Seorang penganggur ditahan selepas mengugut warga emas dengan menggunakan sebilah pisau di Lahar Tambun Tasek Gelugor di sini petang tadi Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ...
Empat Suspek Punca Kematian Polis Ditahan

Empat Suspek Punca Kematian Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 324 hits
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM AYOB Khan Mydin Pitchay menunjukan pemandu kereta Myvi dan janda yang menyewakan kereta tersebut kepada suspek yang berjaya di berkas pada sidang akhbar di IPK Johor di sini UTUSAN RAJA JAAFAR ALI JOHOR BAHRU Sera...
Ingat Gta V Ke Nak Main Rembat Kereta Polis 2 Ditahan Rembat Kereta Peronda Pdrm

Ingat Gta V Ke Nak Main Rembat Kereta Polis 2 Ditahan Rembat Kereta Peronda Pdrm

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 429 hits
Sebuah kereta peronda model Honda Civic 1 8S milik pasukan polis di Kepala Batas Pulau Pinang dilarikan dua suspek pada jam 9 40 malam tadi Lapor Harian Metro dua suspek lelaki terdahulu menunggang motosikal masuk ke Ibu Pejabat Polis Daera...
Jangan Ikut Cakap Profesor Kangkung Itu

Jangan Ikut Cakap Profesor Kangkung Itu

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 214 hits
NORMAN RADZUANBila Profesor Profesor terpilih berbicara Apabila Media kelirukan minda masyarakat MAHU TUKAR KERAJAAN UTK SELAMATKAN EKONOMI Setiap hari media akn memilih Profesor yg memihak utk menghasut rakyat Persoalannya pernah tak Profe...
Polis Minta Senarai Saya Kata Itu Urusan Saya Dan Agong

Polis Minta Senarai Saya Kata Itu Urusan Saya Dan Agong

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 251 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata bahawa pihak polis yang menyoal siasatnya selama dua jam hari ini turut memintanya mengemukakan nama nama ahli parlimen yang menyokongnya dalam pembentukan sebuah kerajaan baru Bagaimanapun anggota parlime...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator