Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Buka Cawangan Di Cameron Highlands Banteras Penjajah Asing




PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka cawangan baharu di Cameron Highlands, Pahang bagi memperluas perkhidmatan di kawasan tersebut.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pembukaan cawangan itu adalah bagi mengambil perhatian serius dan meminta masyarakat menyalurkan maklumat salah guna kuasa bagi membanteras kegiatan pendatang asing yang ‘menjajah’ kawasan berkenaan.
Katanya, pada 30 Julai lalu bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke-65, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah daerah itu sudah mula ‘dijajah’ oleh pendatang asing secara terang-terangan.
“Mengambil contoh tanah di Cameron Highlands, Al-Sultan Abdullah bertitah tanah di kawasan itu yang dipajak dan disewa kepada petani, kini disewakan kepada warga asing, kerana nafsu dan pentingkan wang ringgit sehingga mengadai integriti,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pembukaan cawangan baharu SPRM Cameron Highlands hari ini.
Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan mereka yang dipertanggungjawabkan mengalas amanah ini supaya melaksanakan dengan penuh integriti dan tidak sesekali ‘gelap mata’ apabila ditawarkan imbuhan wang.
“SPRM mengambil maklum dan menjunjung titah Sultan Pahang dan akan mengambil perhatian sewajarnya berhubung perkara ini serta berharap masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak kami berhubung salah laku dan salah guna kuasa bagi membanteras kegiatan ini,” katanya.
Tambah Ahmad Khusairi, pihaknya juga berharap penjawat awam terutama pihak berkuasa tempatan dapat membantu SPRM dalam memerangi kegiatan menjajah tanah oleh warga asing di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan, berdasarkan statistik SPRM Pahang sejak 2020 sehingga kini sebanyak 1,741 maklumat diterima melibatkan 440 kertas penyiasatan awal dan 384 kertas siasatan.
Jelasnya, SPRM Pahang turut membuat seramai 282 tangkapan dengan 104 kes pertuduhan berserta 56 sabitan.
Berdasarkan statistik itu, di Cameron Highlands SPRM terima 68 maklumat dan membuka 13 kertas penyiasatan, kertas siasatan (tujuh) serta tangkapan (sembilan) manakala kes pertuduhan dengan satu sabitan (tiga).
“Statistik ini menunjukkan SPRM memerlukan satu cawangan di sini (Cameron Highlands) bagi menjalankan aktiviti penyiasatan, pencegahan dan pendidikan masyarakat selain Ibu Pejabat SPRM Pahang di Kuantan, cawangan di Raub serta cawangan di Temerloh,” ujar beliau.
SPRM dalam satu kenyataan menjelaskan, pejabat berkeluasan 57.8 meter persegi yang terletak di C-1-29, Cameron Fair Jalan Persiaran Camelia, Tanah Rata itu menempatkan empat pegawai.

Menurutnya, pejabat itu dilengkapi bilik ketua cawangan, bilik merakam kenyataan dan ruang kerja. "Orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan rasuah atau salah guna kuasa boleh hadir ke pejabat berkenaan atau menghubungi talian 05-485 0007," ujarnya.
Beliau berkata, dengan pembukaan cawangan baharu ini diharapkan agar kes-kes rasuah di daerah berkenaan dapat menunjukkan penurunan. #sinarharian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/08/suruhanjaya-pencegahan-rasuah-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cameron Highlands Council Demolishes Santorini Inspired Attraction

Cameron Highlands Council Demolishes Santorini Inspired Attraction

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 98 hits
The Cameron Highlands District Council demolished an illegal Santorini inspired tourist attraction yesterday because it did not get approval from the authorities According to a post on its Facebook page the CHDC said the enforcement action ...
Pihak Berkuasa Robohkan Mini Santorini Di Cameron Highlands Rupanya Dibina Secara Haram

Pihak Berkuasa Robohkan Mini Santorini Di Cameron Highlands Rupanya Dibina Secara Haram

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 156 hits
Kira kira sebulan yang lalu satu lokasi tarikan pelancong di Cameron Highlands dinamakan Mini Santorini telah dibuka kepada orang ramai untuk datang berkunjung Bertemakan biru dan putih ia menjadi pilihan ramai pengunjung untuk datang menga...
Rasuah Sindiket Bawa Masuk Warga Asing Sebelas Pegawai Agensi Penguat Kuasa Di Reman Sprm

Rasuah Sindiket Bawa Masuk Warga Asing Sebelas Pegawai Agensi Penguat Kuasa Di Reman Sprm

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 133 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Majistret di sini membenarkan 11 individu termasuk empat penguat kuasa sebuah agensi kerajaan direman kerana disyaki terbabit kes rasuah sindiket membawa masuk warga asing tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya Dari jumlah...
Kenapa Tesla Batal Rancangan Buka Kilang Di Malaysia

Kenapa Tesla Batal Rancangan Buka Kilang Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 155 hits
Adrian Lim Chee An Jawapan mudah sebab faktor China Jawapan panjang ini dia Sebelum munculnya China dalam industri EV Tesla adalah jenama yang diwar warkan oleh media barat sebagai global industry leader Ini bukan perkara baharu Amerika sem...
Belum Ada Komitmen Rasmi Daripada Tesla Untuk Buka Kilang Di Malaysia Tengku Zafrul

Belum Ada Komitmen Rasmi Daripada Tesla Untuk Buka Kilang Di Malaysia Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 96 hits
Syarikat automotif terkenal iaitu Tesla milik Elon Musk belum membuat sebarang komitmen untuk membuka kilang di Malaysia Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bahawa walaupun Malay...
Keadaan Di Uk Membimbangkan Rakyat Malaysia Mesti Jauhi Kawasan Protes

Keadaan Di Uk Membimbangkan Rakyat Malaysia Mesti Jauhi Kawasan Protes

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 202 hits
BHarianonline nbsp Anjing polis menggigit penunjuk perasaan di Bristol selatan England selepas kejadian tikaman Foto AFPSEREMBAN Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom semakin membimbangkan dan ada yang berubah kepada keganasan k...
Update Terkini Kasus Pembunuhan Wni Di Miri Malaysia

Update Terkini Kasus Pembunuhan Wni Di Miri Malaysia

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 156 hits
Polisi Malaysia menginformasikan WNI tersebut diduga merupakan korban pembunuhan
Kenapa Ringgit Naik Tapi Pasaran Saham Malaysia Jatuh

Kenapa Ringgit Naik Tapi Pasaran Saham Malaysia Jatuh

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 198 hits
First kita kena faham bagaimana asas pasaran modal bergerak Orang yang menggerakkan modal ni ialah pengurus dana So macam mana pengurus dana ni buat keputusan nak letakkan wang mereka di mana Faktor utama adalah resiko So mereka nak letakka...
Kalahkan Singapura Amp Indonesia Wanita Malaysia Tersenarai Yang Paling Cantik Di Asia

Kalahkan Singapura Amp Indonesia Wanita Malaysia Tersenarai Yang Paling Cantik Di Asia

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 151 hits
Melalui laporan Insider Monkey wanita di Malaysia masuk dalam senarai wanita paling cantik di Asia dan mengalahkan negara jiran seperti Singapura Indonesia dan Thailand var currentUrlTwo window location hostname window location pathname
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini