Rasuah Sindiket Bawa Masuk Warga Asing Sebelas Pegawai Agensi Penguat Kuasa Di Reman Sprm




PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini membenarkan 11 individu termasuk empat penguat kuasa sebuah agensi kerajaan direman kerana disyaki terbabit kes rasuah sindiket membawa masuk warga asing tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya.
Dari jumlah itu, tiga penguat kuasa lelaki yang berkhidmat di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) direman lima hari sehingga 25 Ogos, manakala seorang lagi direman tiga hari sehingga 23 Ogos ini.
Selain itu, empat pemilik syarikat termasuk dua lelaki dan seorang wanita direman lima hari sehingga 25 Ogos dan seorang pemilik syarikat wanita direman empat hari sehingga 24 Ogos ini.
Turut direman dua orang awam termasuk seorang lelaki dan wanita selama lima hari sehingga 25 Ogos, dipercayai bertindak menjadi wakil ejen sindiket terbabit.
SPRM juga menahan reman seorang lelaki yang juga pengurus syarikat selama empat hari sehingga 24 Ogos ini.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nadiah Abd Razak selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Terdahulu, SPRM menahan 12 individu membabitkan sembilan lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an menerusi Op Pump dijalankan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan, semalam.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata, mereka ditahan membabitkan empat pemilik syarikat dan tiga orang awam.
Kesemua terbabit dipercayai mempunyai peranan masing-masing bagi menguruskan kemasukan warga asing serta lima penguat kuasa yang bertugas di Terminal 2 KLIA.
Menurutnya, tangkapan ini hasil risikan dijalankan SPRM sejak 2022 terhadap kegiatan sindiket yang bersekongkol dengan pegawai-pegawai sebuah agensi penguat kuasa.
Siasatan mendapati, sindiket ini dikesan membawa masuk wang berjumlah lebih RM4 juta dari 2022 hingga 2024, dipercayai bagi urusan kemasukan warga asing yang turut diagih-agihkan kepada penguat kuasa terlibat.
Azam berkata, modus operandi kegiatan sindiket ini dengan membuat ‘counter setting’ iaitu bersekongkol dengan penguat kuasa di pintu masuk negara yang sedia menunggu di beberapa kaunter tertentu bagi memudahkan kemasukan kumpulan warga asing berkenaan.
Katanya, kumpulan warga asing yang ingin masuk ke negara ini akan menghubungi ejen berkenaan yang bertindak menguruskan tiket penerbangan termasuk urusan dengan penguat kuasa terlibat.
Ejen berkenaan akan memberikan maklumat kumpulan warga asing terbabit kepada penguat kuasa yang sudah menunggu di kaunter tertentu dan pada masa sama akan memaklum kepada warga asing terbabit untuk pergi ke kaunter terbabit sebaik tiba di negara ini bagi membolehkan mereka dilepaskan tanpa melalui pemeriksaan sepatutnya.
Kumpulan warga asing ini sepatutnya melalui pemeriksaan berdasarkan Pekeliling Imigresen Bilangan 4 Tahun 2021 iaitu mereka hendaklah mengemukakan pasport atau dokumen yang sah, mempunyai visa, mempunyai tiket perjalanan pergi balik yang sah, mempunyai wang sara diri mencukupi sepanjang berada di negara, perlu menunjukkan alamat penginapan atau booking hotel.
Dalam pada itu, SPRM turut menyita beberapa pasport warganegara Pakistan dan Indonesia, 13 telefon bimbit, barang kemas serta kepingan emas, selain wang tunai berjumlah lebih RM40,000.
Kata sumber, kesemua suspek termasuk seorang penguat kuasa dilepaskan tanpa dibebaskan dengan jaminan SPRM sebelum ini ketika ditahan menerusi Op Pump
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek berkenaan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. #malaysiagazette
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/08/rasuah-sindiket-bawa-masuk-warga-asing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Ditahan Seludup Masuk Warga Asing Anggota Penguat Kuasa Antara Dalang

12 Ditahan Seludup Masuk Warga Asing Anggota Penguat Kuasa Antara Dalang

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 138 hits
Mohd Iskandar Ibrahimam hmetro com myPEGAWAI SPRM membawa suspek untuk direman berkaitan kes penyeludupan warga asing di Mahkamah Putrajaya FOTO Mohd Fadli HamzahPutrajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membongkar kegiatan sindiket ...
Sprm Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Kes Sindiket Seludup Diesel

Sprm Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Kes Sindiket Seludup Diesel

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 134 hits
BernamaSPRM menahan seorang pengarah agensi penguatkuasaan di Kuching Sarawak kerana disyaki menerima rasuah daripada sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di Sibu Menurut sumber lelaki berusia lingkungan 40 an itu ditahan petang s...
Pengkhianat Lahanat Penguat Kuasa Korup Disyaki Terima Habuan Rm2 500 Lepas Warga Asing

Pengkhianat Lahanat Penguat Kuasa Korup Disyaki Terima Habuan Rm2 500 Lepas Warga Asing

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 193 hits
FMT ReportersBayaran rasuah paling rendah adalah RM500 bagi warga Uzbekistan dan paling tinggi warga Bangladesh Antara suspek termasuk penguat kuasa yang ditahan reman kerana dipercayai terbabit sindiket membawa masuk warga asing tanpa meng...
Lagi Pegawai Penguat Kuasa Lahanat Disyaki Minta Rasuah Direman

Lagi Pegawai Penguat Kuasa Lahanat Disyaki Minta Rasuah Direman

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 138 hits
BernamaGEORGE TOWN Seorang pegawai penguat kuasa sebuah agensi yang disyaki meminta rasuah kira kira RM6 500 sebagai balasan membantu menyelesaikan kes berkaitan judi laga ayam ditahan reman selama tiga hari Majistret Mohamad Azlan Basri me...
Lahanat Lindungi Premis Pelacuran Timbalan Pengarah Bersama Lima Penguat Kuasa Pbt Didakwa Terima Rasuah Esok

Lahanat Lindungi Premis Pelacuran Timbalan Pengarah Bersama Lima Penguat Kuasa Pbt Didakwa Terima Rasuah Esok

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 210 hits
Safeek Affendy Razalisafeek bh com myKUALA LUMPUR Timbalan pengarah bersama lima pegawai penguat kuasa sebuah pihak berkuasa tempatan yang ditahan kerana disyaki melindungi premis premis pelacuran dan premis perniagaan menggunakan lesen ali...
3 Penguat Kuasa Dicekup Didakwa Makan Suap Rm120 000

3 Penguat Kuasa Dicekup Didakwa Makan Suap Rm120 000

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 191 hits
BernamaKUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan tiga pegawai penguat kuasa sebuah jabatan di Sabah kerana disyaki menerima rasuah kira kira RM120 000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penye...
Kes Warga Asing Bunuh Isteri Anak Di Kedah Suspek Sempat Minta Imam Rukyah Anak Dakwa Dirasuk

Kes Warga Asing Bunuh Isteri Anak Di Kedah Suspek Sempat Minta Imam Rukyah Anak Dakwa Dirasuk

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 265 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myLELAKI warga asing direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya semalam FOTO BernamaAlor Setar Lelaki itu datang meminta supaya rukyahkan anaknya kerana menda...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cafe Hipster Dalam Hutan Di Kuala Lumpur

Isteri Punca Suami Jadi Silent Treatment

Suka Yang Mana

Flight To Precision The Subtle Power Of K Flex In Competitive Darts

Guna Tong Gas Bersubsidi Tapi Anda Peniaga Ini Risikonya Yang Ramai Tak Sedar

Sajat Saya Akan Berpenampilan Lelaki