Kenapa Ringgit Naik Tapi Pasaran Saham Malaysia Jatuh
First, kita kena faham bagaimana asas pasaran modal bergerak. Orang yang menggerakkan modal ni ialah pengurus dana.
So macam mana pengurus dana ni buat keputusan nak letakkan wang mereka di mana?
Faktor utama adalah resiko. So mereka nak letakkan wang mereka di tempat “paling untung” tapi pada masa yang sama “paling selamat”.
Mereka nak high risk, safest place. So mereka akan gerakkan modal mereka ke tempat yang mereka yakin untung tapi selamat.
Macam mana nak tentukan letak dimana? Jawabnya ialah pedictability and certainty. Uncertainty mencipta resiko. Certainty mengurangkan resiko.
Dalam keadaan di mana market is predictable and certain, resiko turun. Tapi dalam keadaan di mana market is unpredictable and uncertain, resiko tinggi.
Dalam keadaan market predictable, mereka akan lebih banyak allocate dana ke pasaran ekuiti. Pasaran ekuiti ada resiko yang lebih tinggi tapi return pun lebih tinggi.
Ingat ya high risk high return, low risk low return.
Tapi dalam keadaan market unpredictable, mereka akan pindahkan dana ke pasaran bon. Ini kerana pasaran bon mempunyai resiko yang lebih rendah (sebab dijamin oleh kerajaan) tapi pada masa yang sama pulangan pun kurang.
Jadi sekarang kita dah boleh cantumkan puzzle ni untuk jelaskan keadaan yang berlaku sekarang.
Pada first half 2024, market is predictable. Federal Reserve firm yang mereka akan kekalkan interest rates pada 5.5 peratus.
Jadi sebab market is predictable pengurus dana willing untuk take more risk, letakkan wang di pasaran ekuiti. Sebab tu dalam masa enam bulan yang lepas US stock market index dalam keadaan menaik.
Second half 2024, uncertainty mula berlaku. Inflasi menunjukkan penurunan. Ni masih okay lagi. Tapi pasaran kerja US menunjukkan tanda-tanda ekonomi US sedang melemah dan berpotensi bergerak ke arah kemelesetan.
Kadar pengangguran naik kepada 4.3 peratus pada Julai 2024. Pada Januari 2024 ia pada kadar 3.7 peratus. Ini adalah kadar tertinggi sejak 2021.
Penciptaan kerja baru pada bulan Julai 2024 hanya 114,000 iaitu lebih rendah dari jangkaan.
Sementara itu kadar inflasi turun lagi kepada 3 peratus pada Jun 2024.
Data-data ekonomi ini semua membawa uncertainty kepada pasaran. Ia juga membawa kemungkinan US mungkin akan masuk ke dalam kemelesetan jika Fed tak bertindak turunkan kadar faedah dengan pantas.
Bila uncertainty berlaku, pengurus dana mula pindahkan wang ke tempat yang lebih selamat iaitu bon. Ini membuatkan harga bon naik. Harga bon mempunyai hubungan negatif dengan yeild. Sebab itu bon yeild jatuh.
Ini membuatkan Wall Street jatuh. FBM KLCI memang secara tradisi akan track performance Wall Street. Bila Wall Street jatuh, FBM KLCI juga jatuh.
Sebab tu kita nampak FBM KLCI dan Wall Street mulai jatuh pada awal bulan ini. Kenapa? Sebab pada masa itulah data pekerjaan ini diumum. Pengurus dana bertindak dengan pantas untuk uruskan resiko dana mereka.
Tapi kenapa pula Ringgit naik? Kenapa tak jatuh seperti FBM KLCI?
Ingat tak saya tulis tadi predictability dan certainty akan hasilkan resiko rendah? Jom kita tengok apa yang terjadi pada Ringgit.
Kalau korang perasan sejak awal tahun BNM ada cakap inflation expected untuk Malaysia pada 2024 ialah antara 2.5 hingga 3.5 peratus. Apa maksud tersirat di sini?
Maksudnya, walau inflasi naik (akibat pelarasan susbidi) inflasi dijangka dalam keadaan terkawal. Bila inflasi terkawal, BNM akan kekalkan OPR pada 3 peratus hingga hujung 2024. So kerajaan bertanggungjawab untuk wujudkan strategi di mana inflasi ini tak naik lebih dari jangkaan.
Nampak tak ada elemen predictability dan certainty di sini. Clear policy path ni membuatkan resiko pengurus dana dalam keadaan yang lebih terkawal berbanding di negara yang mereka tak pasti.
Semakin hampir US turunkan kadar faedah mereka, bila BNM holds OPR steady, bermaksud pengurus dana tahu interest rates gap ini akan jadi rendah tak lama lagi.
So lebih baik mereka pegang Ringgit sekarang sebab bila Fed benar-benar turunkan kadar faedah mereka akan buat untung bila letakkan wang mereka di sini.
Keadaan akan terus jadi baik kepada Ringgit DENGAN SYARAT SELAGI US tak masuk ke dalam kemelesetan. Jika US masuk ke dalam kemelesetan, Ringgit juga akan jatuh sebab pengurus dana akan mula pindahkan wang beramai-ramai ke asset yang lebih selamat seperti bon US dan gold. Ini membuatkan mereka akan menjual Ringgit.
Tapi jika US berjaya elak dari kemelesetan dan Fed turunkan kadar faedah pada masa tepat, Ringgit akan terus mengalami pengukuhan.
Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/08/kenapa-ringgit-naik-tapi-pasaran-saham.html