Surat Berhenti Kerja Panduan Contoh Surat
Bagi mereka yang ingin membuat keputusan untuk berhenti kerja, mereka perlulah menghantar Surat Berhenti Kerja kepada majikan.
Berikut maklumat mengenai surat ini dan contoh-contoh surat tersebut.
Mengenai Surat Berhenti Kerja
Surat ini adalah pemberitahuan rasmi yang disampaikan kepada majikan sebagai pemberitahuan bahawa seorang ingin mengakhiri pekerjaannya.
Lazimnya, di dalam surat tersebut, seseorang akan memberitahu mengenai alasa ingin berhenti kerja dan tempoh pemberhentian tersebut.
Tujuan Surat Berhenti Kerja
Tujuan surat ini ditulis adalah untuk perekodan dalam sistem syarikat dan profil sebagai seorang pekerja.
Jika wujud hal-jal lain atau percanggahan, semua pihak perlu merujuk semula kepada surat rasmi tersebut.
Ini boleh mengelakkan salah faham sebab semuanya ditulis secara hitam putih.
Tambahan pula, pengurus sumber manusia atau HR boleh menyediakan dokumen yang diperlukan untuk proses peletakan jawatan tersebut.
Format Surat Berhenti Kerja
Surat ini mestilah ditulis dalam surat rasmi kerana ianya bersifat rasmi untuk memberi tahu pemberhentian kerja.
Surat tersebut mestilah mempunyai perkara-perkara berikut:
Alamat pengirim
Nama penerima
Alamat penerima
Tarikh surat dihantar
Perkara – Tujuan utama surat tersebut dihantar.
Isi surat – Memberitahu mengenai pemberhentian kerja dan sebabnya.
Tandatangan dan nama pengirim
Contoh Surat Berhenti Kerja
Contoh surat berkaitan pemberhentian kerja ini boleh dirujuk menerusi contoh di bawah:
i) Contoh 1
Ahmad Farhan Bin Ahmad Fuad
No 4, Kampung Tebuk,
Sungai Kob,
09700 Karangan,
KEDAH DARUL AMAN.
____________________________________________________________________________________________
Wong Engineering Corporation Berhad,
Lot 24, Jalan Hi-Tech 4,
09000 Kulim,
KEDAH DARUL AMAN. 28 Januari 2024
Tuan,
NOTIS SEBULAN BERHENTI KERJA
Merujuk kepada perkara di atas, saya Ahmad Farhan Bin Ahmad Fuad, ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan berhenti kerja sebulan daripada notis ini dikeluarkan iaitu 28 Februari 2024.
2. Saya berbuat demikian adalah kerana ingin menyambung pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
3. Adalah diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan pemberhentian kerja saya ini. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
(AHMAD FARHAN BIN AHMAD FUAD)
I/C NO: 920527-02-5557
ii) Contoh 2
Arman Bin Hashim
No. 2, Taman Suria Indah,
Jalan Suria 1,
80350 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM
____________________________________________________________________________________________
En Mohd Saiful Bin Ridhuan,
Pengurus Sumber Manusia
Kristal Frozen Industries Sdn.Bhd,
Kompleks Kilang SME Bank,
Lot E-1, 15 Jalan Tanah,
80350 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM 25 Januari 2024
Tuan,
NOTIS 24 JAM PERLETAKAN JAWATAN
Semoga Tuan berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya Arman Bin Hashim, bertugas sebagai kerani di Kristal Frozen Industries Sdn. Bhd. ingin memaklumkan kepada tuan tentang perletakan jawatan saya bermula 25 Januari 2024. Untuk makluman pihakTuan, perletakan jawatan ini disebabkan saya perlu memberikan perhatian sepenuh masa untuk menjaga ibu bapa saya di kampung.
3. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas di syarikat ini. Saya juga begitu gembira berkhidmat dengan syarikat ini yang telah banyak memberikan pengalaman berharga kepada saya. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………….
(ARMAN BIN HASHIM)
Kerani Kristal Frozen Industries Sdn.Bhd
Baca juga:
Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah & Alasan
Contoh Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kerja
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/surat-berhenti-kerja/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=surat-berhenti-kerja